Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

09 February, 2011

Kalau Nasihat Saya Laku


Salam dan hai.

Curi-curi masa nak kemas kini blog. Hehe. Dah lama rasanya tak menulis post bawah label Isu Padat pasal tak ada idea. Cuma kebelakangan ini, emel yang dihantar pada saya, rasanya persoalan mereka sesuai dijadikan topik Isu Padat kali ini.

Saya suka kongsi persoalan yang sering diajukan pada saya menerusi emel daripada pembaca kerana bagi saya, kebanyakkan soalan mereka, saya sendiri pun tak pernah terfikir! Mereka memang amat kreatif dan kritis. Terus sahaja persoalan mereka jadi modal topik saya pagi ini : Nasihat untuk bakal pengantin

Huu, tak terlayak lagi diri ini nak beri nasihat, gelaran isteri baru digalas 3 bulan lebih. Bak kata orang, baru suku pertama, semuanya masih manis. Tapi mungkin ada beberapa perkara yang saya kira boleh saya kongsi sesama kita ya. Nasihat daripada orang lain, pemerhatian saya, saya gabungkan jadi satu post. Saya harap, kita sama-sama boleh tambah lagi maklumat jika ada yang saya terkurang atau tersilap. Cuma apa yang saya kongsikan disini, bukan la sesuatu yang tipikal kita baca tentang tugasan seorang isteri, tapi perkara-perkara yang bagi saya mungkin kita ada/ akan terlepas pandang selepas berkahwin.

1. Sayangkan suami, biar-biarkan dia.
Antara nasihat terbaik saya pernah dapat, rasanya daripada
Reen, yang dapat daripada orang lain (sapa ye Reen? aku yakin aku dengar ni daripada kau) Jangan terlalu manjakan suami. Konteks manjakan suami disini, bukan la bermaksud jangan panggil dia dengan panggilan yang dia suka atau jangan buat suara manja-manja dengan dia. Maksud 'manja' disini ialah jangan sesekali kita manjakan nak buat semua benda dan tugas untuk suami. Contoh, kalau suami kita dah pegang cawan dan nak buat air nescafe, kita cepat-cepat amik cawan tu daripada dia dan kata kita akan buatkan air untuk dia. Jangan ya biasakan suami kita, kita buatkan semuanya untuk dia. Mungkin kesannya tak nampak sekarang, tapi apabila tua, apabila sudah terbiasa "Bak sini sayang buatkan", bila diminta tolong, suami kita akan liat. Beranggapan kita boleh buat semua perkara. Biarkan dia buat apa yang dia nak buat. Ingat, kita isteri dan kita bukannya berkahwin dengan budak lelaki 8 tahun yang perlu ditatang segalanya. Suami kita mampu selesaikan apa yang nak dia buat sebaiknya. Biarkan dia. Mungkin korang sendiri akan kagum, bila rupanya nasi lemak dia lebih sedap daripada nasi lemak korang (ni perumpaan aje ye! :P)

2. Wajib, bukan patut.
Nafkah zahir, sila jangan kompromi. Ingat ya, nafkah zahir itu adalah tanggungjawab suami dan tanggungjawab itu sama sekali tidak akan kurang, walaupun si isteri bekerja atau si isteri berkemampuan lebih daripada suaminya. Menafikan atau meng 'tak apa' kan nafkah zahir ini, bagai kita menindakkan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kaum Adam. Ingat, nafkah zahir bukan patut, tapi WAJIB. Berapa jumlahnya, baru itu terpulang pada kemampuan dan hasil perbincangan suami isteri. Nafkah zahir ini, berbalik semula pada nasihat nombor satu tadi, jangan manjakan suami dengan memejamkan mata tentang isu nafkah zahir ini. Kalau kita beranggapan, dengan tidak menuntut nafkah zahir, kita dah menolong suami, sebenarnya kita telah menutup pintu untuk dia beribadat pada Allah. Allah S.W.T telah mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri dan menunaikan amanah tersebut merupakan ibadat kepadaNya. Takmo tolong tambah pahala suami? Kata sayang suami, kaaaaaan...

3. Kita semua pasti berubah
Masa sebelum kahwin, saya paling takut kalau saya tak dapat buang habit suka sambung tidur lepas solat Subuh :P ada kawan-kawan saya yang telah melatih diri mereka beberapa bulan sebelum kahwin, untuk terus bangun dan tak sambung tidur. Tapi saya tak mahu dengan alasan nak menikmati moment terakhir bujang hehe. Lepas kahwin, automatik saya boleh tak sambung tidur lepas subuh, terus tolong ibu atau mak buat sarapan pagi. Jadi saya rasa, kita semua boleh berubah dengan syarat ada kemahuan dan kesedaran yang kita perlu berubah untuk menjadi lebih baik. Tak pandai memasak sekali pun, kalau sanggup belajar, takkan jadi masalah. Wanita ni makhluk yang mengkagumkan tapi kita bukannya sempurna. Selagi kita sedar diri dan sedar tanggungjawab kita, tiada apa pun yang mustahil untuk kita pelajari dan perbaiki.

4. Persiapkan diri dengan ilmu rumahtangga
Ada pengantin baru yang diuji oleh makcik, nenek atau mak mentua, masak resepi sekian-sekian. Selamat maju jaya la korang ye. Hehe. Saya ada kawan yang terpaksa telefon mak dia dalam bilik perlahan-lahan bertanyakan bahan-bahan resepi untuk masak mee goreng blackpepper --ok tipu, saya la orangnya yang telefon ibu tanya resepi tu. Haha. Perkara lain yang kita kena ingat, tak semua orang boleh berkongsi dapur. Maksud berkongsi dapur ni, macam buat tugas memasak ni sama-sama di dapur. Ada yang lebih selesa dia seorang memasak, tak mahu ada campur tangan orang lain. Jadi, kalau ibu mentua/ ipar duai macam tu, jangan cepat melatah ingat kita tak disukai. Bersedia juga jika cara masak mak mentua kita berbeza dengan cara mak kita selalu buat. Cuba sebaiknya ingat kedudukan dimana garam gula, minyak teh dikabinet dapur rumah mentua. Belajar cara nak cuci sotong, sayur dan ayam sebaiknya. Belajar siang ikan kecuali korang bunting pelamin dan tak digalakkan menyiang ikan tu bonus ok. Belajar kenal rupa ayam separuh masak dan masak penuh. Tak perlu nak jadi chef, tapi sebolehnya, tahu perkara asas. Jangan sesekali kata "Saya memang jarang masak", kalau boleh cuba kata "Saya masih belajar ilmu dapur ni". Sekurangnya, nampak kesungguhan nak baiki diri. Si suami juga tak terlepas. Sebolehnya, perbaiki bacaan ketika solat dan cuba la hafal banyak surah-surah untuk dibaca ketika bersolat, mana tahu bapa mentua minta imamkan satu rumah ke kan dan bapa mentua tu pulak tok imam!? kalau seminggu asyik surah yang sama (..yang dibaca dengan suara amat perlahan :P), takde variati pula.

5. Jangan halang aktiviti dia selagi tak melalaikan tanggungjawab dia
Sebelum kahwin dulu, ada juga kawan-kawan yang mengusik "Habis la dzulq kahwin dengan kau, ko kan garang mesti aku tak dapat lepak-lepak dengan dia lagi". Kita kena faham, yang ada kawan-kawan dia, dia kenal jauh lebih lama daripada dia kenal kita. Kalau saya sendiri, saya pun tak mahu jika dia meletakkan saya disituasi saya kena pilih antara dia dan Nity. Walau selepas kahwin, D masih ada aktiviti bersama kawan-kawan dia dan saya masih bebas menulis blog. Kami berdua dapat buat apa yang kami suka bersendirian. Suami yang baik dan bertanggunjawab, akan sentiasa sedar diri status dia tanpa perlu campur tangan kita. Lagipun, masing-masing dah cukup dewasa kan, bukan bagai budak sekolah yang perlu dihembat pagi Ahad untuk ingatkan basuh kasut. Namun, tetap penting bagi kita untuk saling ingat mengingati, takut-takut kita terbabas. Sedalam mana pun, sehebat mana pun cinta dan keserasian kita dan pasangan, kita tetap manusia biasa, terdedah dengan godaan dan anasir syaitan.



Rasanya cukup dulu 5 perkara diatas saya kongsikan pagi ni. Kalau ada pembaca yang nak tambah, boleh kongsi di ruang komen ya?


9 Februari 2011

21 comments:

Byzura Mj (By) on February 9, 2011 at 9:23 AM said...

semua tu mak pesan masa sebelum by kawin... oh sudah hampir! Sangat berguna tips ni. Paling ramai orang nasihat adalah jangan manjakan suami. dan tambah sikit. jangan sesekali bagi lelaki tahu duit simpanan kita! :P

Kak Teeha on February 9, 2011 at 9:32 AM said...

usia perkahwinan saya baru setahun lebih. jadi rasa mcm tak layak nak bagi nasihat bab2 rumahtangga ni. masih setahun jagung. masih mentah. kalau bayi tu, masih merah lagi.

tp sy pasti, setiap psgn berbeza. sbb perangai manusia ni berbeza..jadi lalui je dgn warna warni=)

ada sesetengah perkara, tak perlukan tips atau nasihat. lalui saja dgn semulajadi..

Unknown on February 9, 2011 at 9:37 AM said...

Untuk nasihat yg pertama, mmg selalu sye dgr dr mulut emak dan makcik sye.mereka mmg selalu nasihatkn perkara yg sme pd saya.kdg2 sye sndri takut sbb sye sedar adakalnya sye mmg suke manjakn bakal suami sye tue:)

Xora on February 9, 2011 at 10:00 AM said...

Bai: mak kamu amat best!! hehe tapi tips tearkhir tu saya tak tahu la pulak... shhhuuuuu

Saya: betul, setiap pasangan berbeza kan? tapi tetap saya rasa, tunjuk ajar dan nasihat esp daripada mak dan org2 tua mmg berguna pasal kita org muda ni kadang2 alpa dan amik tak endah aje. dapat tips daripada mereka ni dah kira cam short cut la :P

Yumie: agaknya, org2 tua dulu dah merasa kot manjakan suami yek? jadi takmo kita bt kesilapan yg sama kot yek?

lovelyadibah on February 9, 2011 at 10:01 AM said...

alamak!seyes yg first 2 sll je wt..manjakan dier..neves plak!kena start la dari skrg..hehe~

thanks xora!hehe

Xora on February 9, 2011 at 10:04 AM said...

Adibah: kena thanks kat Reen ni pasal dia yg kasitau saya :P kenapa ye org2 tua selalu kasi nasihat cam tu, mesti penting ni kan?

Aty Fared on February 9, 2011 at 10:05 AM said...

yup.. nasihat relevan macam ni memang masih laku..:) saye sendiri pasti amik tau... nasihat paling saye 'makan'... jgn manjakan suami..!! betul... sy tak nak die terus jadi orang malas yang nanti susah nak diharap suatu hari nanti..so..dari awal2..kene biarkan die..apetah lagi kalao sebeLom ni..die boleh jer buat sumer tu sendiri kan... :)

Xora on February 9, 2011 at 10:09 AM said...

Aty: tu la, risau gak kan pasal ada garis halus antara manjakan sampai merosakkan dengan manjakan sayang-sayang.. hehehe..

Reen Tart Nenas on February 9, 2011 at 10:34 AM said...

iye, Xora. Jiran2 aku yang pesan masa sehari sebelum majlis. sbb itu yg mereka rasa skang, dulu ms memuda, tatang suami bagai minyak yg penuh. semua pun isteri nak buat. then, bila dah tua nie, xlarat, anak nak kena jaga lagi. baru rs menyesal. ekekeke

Xora on February 9, 2011 at 10:35 AM said...

panggil aku xora *slap. tu la, aku rasa org2 tua dah belajar kot kan. harus harus kita amik ikhtibar

Puan T on February 9, 2011 at 11:07 AM said...

tips no 1 ko amat aku setuju.sb itu yg aku praktikkan dari day 1 aku nikah.

tips ko psl masuk dapo dan masak2 aku juge setuju.mertua aku amat tangkas di dapo so aku ng ipar2 aku hnyalah melakukan keje2 menggaul2 dalam kuali.muahahah~

aku mau menambah tips lagi:

1. jangan meneruskan aktiviti suke tinggi suara dekat boifren, dibawa2 meninggi suara kt suami. BERDOSA TAHU!lama2 suami buley fedap dan beranggapan korang xreti hormat dia sebagai suami.

2. jangan selekeh serabai xtentu hala. sebelum kawen kemain waaahh mekap 5 inci foundation, lepas kawen xboh ape langsung. sebelum kawen ye2 baju lawo, dah kawen baju kelawar koyak rabak korang pakai. jangan jangan jangan. sebab tu jangan salahkan kes suami carik pompuan lain sb isteri yg dia nikah dah xsama ng yg dia kenal sebelum kawen.

tips kedua di atas adelah ape aku belajar time kusus kawen + ape mak ng mkck2 aku nasihat. sb kene ingt, lelaki secara dasarnya tertarik ng pompuan melalui mata.

p/s: oh pjg pulak komen aku.baik aku wat post baru kan jorah.ahahahaahha!~

Xora on February 9, 2011 at 11:10 AM said...

Puan T, aku tak tau nak maki ko kat komen ni, gmail chat atau kat blog ko sndiri.. tau takpe.. rajin ko tulis komen ye.. KO BT POST BARU SKRANG~~~ *slap

Elya Roza on February 9, 2011 at 11:16 AM said...

takottt klo tiber2 mak mertua or makcik2 husband nak test masakan kite!huhuhu

Unknown on February 9, 2011 at 11:38 AM said...

isu padat yang sangat berguna! nasihat tu boleh datang dari sesiapa je, tak kira baru kawen atau da lama.. sebab kadang2 orang lama pun ada tercicir jugak

Emme Amalina on February 9, 2011 at 11:40 AM said...

nice tips dear... =)
no 1 plg best.jgn mnjakan suami dr awal.ok2.i'll keep that in mind.hehe
=)

Nur Iman on February 9, 2011 at 11:50 AM said...

Ok..tips2 yg sgt berguna dr semua....
take noted...hihi.

Acaii on February 9, 2011 at 11:56 AM said...

Ini adalah entry yang paling best :) terutamanya tang memasak tu,hehe. Apa yang ixa cakap ni sebenarnya pengalaman kepada orang2 yang baru kahwin,hehe. Insyaallah semua tu lah yang menjadikan kita insan lebih baik.

Orange Lover on February 9, 2011 at 2:26 PM said...

heee...suka baca entry nie..panduan berguna..hee

Ajwedding on February 9, 2011 at 6:45 PM said...

ni yg suka msuk blog xora ni..entry yg sgt berguna..

nasihat ni sgt laku..hehhehe

siti said...

salam xora,lame dah tak melawat :)...sangat2 laku n sgt2 setuju utk no :
1. betul,at least en suami pun tahu wat keje umah walaupun keje umah yg basic2 aje..
2. betul,mmg dah start buat autodebit sejumlah amaun dr akaun en suami ke akaun siti..hahaha
3. betul,situasi yang sama ngan siti,pas suboh zzz..tp skarang idok lagi..samalah kiter..hehehe
4. betul...boleh tak xora wat entri resepi mee goreng blackpepper tu,nak blajor gak..hehehe
5. betul,kalo leh jgn kacau en suami masa dia dengan aktivitinya..tp sesekali boleh terjah dia dgn aktivitinya,ckp jer surpriseee..hehee

sekian, wasalam...hehehee

harzharun on February 13, 2011 at 3:47 PM said...

:) khatam baca entry tertinggal nih...sgt malas skang buka blog...huuu

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates