Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

07 April, 2011

Idea dah Ada, tapi Kekangan Teknologi Pula


Salam dan hai


Saya nak menulis tentang pengalaman saya dan D masuk ke rumah baru. Saya kira, mungkin ada cebisan pengalaman tu dapat digunakan oleh mana-mana bakal/mantan pengantin yang akan berpindah berdua bersama suami.


Tapi...


Gambar pula tak dapat nak pindah ke komputer. Tak tau kenapa.


Mungkin tak serasi kot model handphone saya dengan komputer ni. Banyak sangat nak kongsi, tapi teknologi membataskan saya. Post dah siap, cuma gambar tak dapat nak dipindahkan. Jadi rasa marah* Tak best la tulis post tanpa gambar.

Jadi memandangkan tujuan saya tak kesampaian, saya masukkan sedikit gambar selingan, perjalanan persiapan rumah kami yang saya dan D usahakan. Gambar ni memang dah lama dipindah daripada handphone.



Ini dulu lalang semata, tapi sekarang tanah sekangkang 'anak kera'ni sudah saya tanam dengan pokok pandan dan pokok cili. Rancangan masa hadapan, nak tanam serai, daun kari dan limau purut.



masa kami sibuk cari lampu dan kipas untuk rumah kami.


Ibu belikan water dispenser pasal saya tak biasa minum air paip yang dimasak *kasih ibu.



D dengan almari idaman dia.



Roman blind di tingkap tangga.



sudut dobi saya yang masa tu cuma ada sabun. Sekarang ketiga-tiga tingkat ni dah penuh dengan barang.



Penapis yang praktikal.



Sedikit deko di dapur. Letak kat tepi peti ais pasal D tak suka magnet di pintu peti ais. Situasi menang-menag.



Nanti dalam post akan datang, saya nak kongsi tentang pengalaman menguruskan urusan rumahtangga tanpa bantuan ibu. Tak susah, cuma kena belajar susun aktiviti dan masa. Tapi penat itu memang pasti.



InsyaAllah saya akan cari wadah untuk pindahkan gambar-gambar daripada handphone ni.






p.s Pada mereka yang ke majlis Elya, mungkin kita dapat berjumpa ya? InsyaAllah, mahu meraikan Elya dan bakal imamnya :D






7 April 2011

18 comments:

lovelyadibah on April 7, 2011 at 9:54 AM said...

wah!!t xora dtg time elya kawin!:)sonoknyer:)huhu~..

masmOna on April 7, 2011 at 9:59 AM said...

fridge magnet letak kat tepi instead of depan..comel je huhu

♀ Perempuan Manis on April 7, 2011 at 10:09 AM said...

okay anak ibu lah ni ;-)
tp tak pe..pengalaman kan semua ni..lagipun smpai ble nk harapkan ibu kan..heheh..n memori sama2 cari barang utk rumah, mesti best ..

famzmhj on April 7, 2011 at 10:10 AM said...

bestnye sudah ade rumah sendiri... Atun masih mencari lagi.

Dah banyak dah barang kat rumah Xora ni. Rase jeles plak. Haha~ T__T

~ NANA ~ on April 7, 2011 at 10:30 AM said...

sukanye tgk org yg dh ade rumah sendiri :)

LisaLisut on April 7, 2011 at 10:45 AM said...

terbalik la pulak.i tak suke tempek2 bendaalah tu kt fridge.tunang i suke bawak balik benda2 tu dan tempek *_*

haha.ni yg best rumah ats tanah ni.bole cucuk tanam.kalau atas pokok mcm i tak dapek nk menanam apa2.haha.

ita citot on April 7, 2011 at 10:47 AM said...

beshnye ade umah sendiri. ble bercucuk tanam lagi. besh2! =)

hiasan kat tangga tu cantek (^_^)

Lieya on April 7, 2011 at 11:14 AM said...

good luck, supaya menjadi isteri mithali

PussyCat on April 7, 2011 at 11:18 AM said...

hello sis..kat mana beli penapis tuh?nak jugak :-)

Lala on April 7, 2011 at 11:23 AM said...

ala comey!!

kalau ada rezeki, boleh jumpe xora kat kenduri elya!!!

Aniem on April 7, 2011 at 12:01 PM said...

Xora, kongsi tips nak beli rumah! Syg kamu.:-P

Unknown on April 7, 2011 at 1:51 PM said...

besh nya dok umah sendiri. belajar berdikari hehe.

LINA EVERLYNN on April 7, 2011 at 4:07 PM said...

hye blogwalking di sinie :) bila dh berkahwin smuanya kene buat sndri :)

my5xurra on April 7, 2011 at 6:39 PM said...

HYE XORA! NK TGK LG GMBR UMAH BR! HEHEHE. NICE!

puteriraifana on April 7, 2011 at 6:42 PM said...

yey boleh jumpa puan xora kita!!!

Xora on April 8, 2011 at 8:06 AM said...

dear all terima kasih utk semua komen :D korang semua pun selamat maju jaya ye bila nak deko rumah sendiri nanti :D

P.S Pussy cats, penapis tu saya beli di Cosway. kat Ikea pun ada warna hitam.

Aniem: mungkin saya akan tulis tentang apa yg kamu utarakan hari ni :)

Cik Puan Mimi on April 8, 2011 at 9:07 AM said...

bestnyeee urus rumah sendiriiii..
syok betol

Anonymous said...

seronoknyer pindah rumah baru n dapat hias rumah sendirikk!!..

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates