Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

18 February, 2011

Proses Pembelajaran Sepanjang Hayat


Salam dan hai

Mana-mana isteri pun akan melalui proses pembelajaran peel suami masing-masing, dan vice versa. Apatah lagi, sebelum kahwin, kita memang dah selalu dengar ayat "Nanti dah kahwin, kau tau la perangai dia sebenar". Jadi secara tak langsung, kita sebenarnya sudah tahu yang ada beberapa bahagian dirinya yang kita akan kenal selepas tinggal sebumbung.

Hidup rumah tangga ni memang pembelajaran sepanjang hayat. Bila dua orang berbeza hidup bersama, masing-masing bawa budaya dan cara hidup berbeza, yang kita dapat daripada habit, latar belakang keluarga dan faktor-faktor lain. Bila dua gaya ini bertembung, hanya akan berlaku dua perkara; sama ada ngam atau melantun.

Kadang-kadang, perkara harian yang kita dah selalu buat masa bujang, mungkin bukan perkara yang suami kita suka. Contoh, D tak suka kalau ada barang di atas katil. Saya pula memang habit daripada kerja dulu, segala file dan tas tangan saya letak atas katil. Pelik juga dalam bulan pertama saya kahwin, saya perasan tas tangan dan file saya diletakkan di tempat lain. Rasa macam ada penunggu lak dalam bilik yang mengubah kedudukan barang-barang. Sampai la satu hari saya tanya D, mengapa dia alihkan barang saya dan jawapan dia, dia tak suka ada barang atas katil pasal D suka baring terus atas katil berehat sekejap lepas balik kerja.

Sejak tu, saya tak letak lagi barang atas katil *kadang-kadang masih letak, tapi kalau dah dengar bunyi motor D, cepat-cepat alihkan barang heheh

Kadang-kadang, rutin harian yang sebelum ni tak jadi isu pada saya seperti membasuh baju, macam-macam saya akan persoalkan bila sampai pada hak milik D.

'Kenapa la D ni tak turunkan lengan baju dia dulu?'
'Kenapa la D tak check dulu poket, kot-kot ada siling ke, resit ke?'
'Kenapa la D tak tanggalkan belt siap-siap daripada seluar kerja ni'

Bila ditanya, jawapan dia mudah "Dulu, mak yang selalu buat"

Nak marah pun tak jadi, pasal saya pun antara tak sedar akan buat perkara yang sama. Kebergantungan kepada orang lain memang memanjakan kita.

'B kenapa tak check air kereta?'
'B bila nak isi angin tayar kereta ni?'
'Bila kereta ni nak kena servis B ada tengok tak?'


Jawapan saya 'Dulu, Ayah yang selalu buat tu semua.B bawa kereta aje tahu' *sambil beri senyuman paling manis pada D.

Kita ada sebab musabab kenapa kita bertindak seperti apa yang berlaku, kan? Cuma kita nak berkongsi dengan pasangan kita, itu satu tugas yang lain.

Proses pembelajaran ni berbeza untuk setiap pasangan. Macam juga kita belajar di sekolah. Ada yang mudah tangkap ilmu dengan hanya memberi tumpuan pada guru dalam kelas, ada yang perlukan kelas tambahan, ada yang suka study group, ada yang rajin buat latihan spot question. Setiap kaedah caranya berbeza dan tiada kaedah lebih baik daripada yang sebaliknya kerana setiap antara kita adalah individu, otak kita bekerja dan menilai dengan cara berbeza.

Seperti juga saya tak lut dengan bebelan ibu masa saya remaja dulu "Bilik air kena bersih selalu. Nanti dah kahwin, apa-apa hal pun orang tengok bilik air dulu", hati saya mesti persoalkan "Apa la datang rumah orang tumpang kencing je!". Saya lebih mudah belajar melalui proses pemerhatian dan perbincangan terbuka. Memang rasanya, selepas berkahwin, kita memang akan jadi lebih peka dan pemerhati yang lebih tajam. Kadang-kadang, susunan pinggan pun kita boleh cam yang mana kita susun, yang mana suami kita susun.

Tapi ada juga pasangan yang proses pembelajarannya berlaku bila tengah bergaduh. Masa tu la baru disebut satu persatu apa yang tak kena pada mata mereka. Tapi harap-harap, kita semua jangan lah macam ini ya. Kang, perkara yang sebenarnya kita tak kisah sangat, pasal dah gaduh, terus kita rasa macam kisah teramat-amat.

Mantan pengantin, korang lak macam mana? dan Bakal pengantin, dah sedia?


Nota: kepada sesiapa yang ada menghantar emel pada saya, saya tak dapat nak baca dalam dua hari ini. InsyaAllah, saya akan balas semuanya malam ini.


14 comments:

asha on February 18, 2011 at 9:39 AM said...

salam
wah....ehhehe..saya pon de gak habit mcm awak.balik jer keja letak segala barang atas katil..huhuhu..
tq de info, pas ni nak improve kan diri.hehe..

hana yoriee on February 18, 2011 at 9:40 AM said...

hihi..mmg kenal bila dah duduk sekali kan? mcm2 perangai yg kite kena phm and serap masuk dlm otak..supaya kite tau ape yg pasangan kita suke dan tak suka..hehe

Xora on February 18, 2011 at 9:41 AM said...

asha, pasal atas katil luas kan, kalau nak tidur kuis barang2 ke tepi aje. tapi dah kawin, takleh kuis suami ke tepi :P

LisaLisut on February 18, 2011 at 9:55 AM said...

insyallah for now,rasenye mcm dah sedia.he he he(cewah ayat bunyi mcm dh yakin) cuma ade 1 part i kene improve lg. part i yg kurg sabar dan amarah *sigh*

Unknown on February 18, 2011 at 10:24 AM said...

hahaha biasa la tu, banyak yang akan berubah bila da kawen. one more contoh is, dulu kalo tak 2@3 hari sekali je basuh tuala or 2 minggu sekali tukar cadar.. tapi bila da kawen, kite jadi sebersih yang mungkin! :D

just azura! on February 18, 2011 at 10:45 AM said...

great post! memang after kahwin ni, banyak benda yang perlu bersabar sebenarnya untuk faham perangai masing-masing ni..nanti lama-lama dah faham, kerja jadi senang.. :)

"cikkin" on February 18, 2011 at 10:54 AM said...

sedikit cuak juga bila nak hidup berdua..walaupon kapel da lame..still x same dengan duduk sama sebumbung kan..hihi..but insyaallah akan berusaha menjadi isteri yg baik buat si suami..=)

~LeeyanaRadhi~ on February 18, 2011 at 12:50 PM said...

huhuh..gud entry..sgt stuju..ayat yg selalu xora tanye D tu..kite pun slalu tanye hubby...huhuh..

mmg bnyk bende baru kite akan tau n perlu bnyk2 bersabar kan..tolak ansur itu mmg amat2 penting.. :)

oshinz on February 18, 2011 at 1:40 PM said...

saya boleh habiskan masa satu jam sental bilik air. sampai tangan lenguh. ehehe.

cik senah on February 18, 2011 at 2:45 PM said...

Hermm.. cuak jugak lahh.. chek ada dalam 9 bln lagik nak dok sebumbung.. tatau lah laghumana nnt.. hehe..

Chek anak sulong.. si dia anak bongsu.. Herm.. sah2 lah chek yg akan byk berletiaq nnt.. hehe.. :) Harap2 ada titik keserasian/persamaan antara kami nnt..(bila sebumbung)..

p.s : Chek mmg pantang tok nenek skit kalau bersepah sana sini.. Kotoq2 pun chek tak suka ( alhamdulillah.. feveret chek - cuci bilik ayaq.. hehe!!) - yg kena upgrade pun.. skil memasak masakan pantai timur lah kot.. si dia org Pasir Puteh, Kelantan.. Chek pulak org Loq Staq! (mcm ayam dan itik dah bila berkomunikasi..huhu!!)

Anonymous said...

>> as for me yg tak bercinta langsung, trus je kawen ngan hubby mmg byakkkk sgt perkara baru yg saya blaja..tapi yg pnting kna selalu give n take, cuba paham satu sama lain..insyaAllah xde gaduh2 nih..

Lemon on February 19, 2011 at 11:20 PM said...

xora, part letak-barang-atas-katil-n-kuis-ke-tepi-masa-nak-tido memang sama! sep!

oh well, satu yg pasti, i penyepah, dia pembersih. nampak macam pasti perang besar punya. tapi i nak cuba exploit kekurangan tu jadi satu kelebihan.

kalau jadi nanti i share =)

wish me luck! ;p

Xora on February 21, 2011 at 8:16 AM said...

Dear all: reply secara pukal ya? haah kdng2 kita tak sedar pun perangai kita sekarang boleh jadi isu lepas kahwin.tapi bagus la kebanyakkan korang dah perasan serba sedikit perangai pasangan masing2 awal2 lagi kan, takde alasan takmo cari jalan penyelesaian :P

harzharun on March 6, 2011 at 12:49 PM said...

hi Xora...entry ni, rasa nak komen..hehe..

kadang2 bila tahu perangai sebenar pasangan, boleh buat kita rasa lebih istimewa..sbb kita tahu dan kenal dia more than anyone else...

hubby sgt x suka bila blk keje, baring atas katil..sbb katanya, walaupun keje dlm ekon, ttp bpeluh...kotor t katil..huihh,dia sensitip sal katil..haha...

apa yg dia x suka tu, perlu kita elakkan...sbb sm la cam kita, apa yg kita x suka, mesti kita xnak bg hubby buat jugak kan..kene saling belajar dan memahami..

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates