Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

14 December, 2010

Apa Nak Buat dengan Baki Buah Tangan?


Salam dan hai.

Saya ada berborak dengan seorang kawan, tentang baki buah tangan yang selalunya membazir begitu sahaja bila jumlah tetamu kurang daripada yang dianggar.

Selalunya apa yang boleh dibuat dengan buah tangan ini agar tak membazir begitu sahaja? Selalunya, kalau dalam jam-jam terakhir sebelum majlis tamat, tetamu yang hadir kadang-kadang diberi sampai 2-3 sekali harung buah tangan. Ni memang selalu terjadi. Tapi masih ada banyak alternatif apa nak dibuat dengan buah tangan majlis yang berbaki tu.

Kalau buah tangan makanan, biasanya tarikh luput memang menjadi isu. Kalau coklat dan kek, mungkin tahan lebih lama sikit, tapi tetap ada tarikh luput. Berbanding dengan buah tangan material, buah tangan makanan lagi cepat perlu dibahagi-bahagikan. Mungkin cara dibawah antara cadangan:-

1. Beri kepada kawan-kawan pejabat yang tidak dapat hadir ke majlis kamu.
Kadang-kadang, sebelum bercuti, kita ada shoot emel untuk kawan-kawan pejabat yang dijemput untuk mengingatkan tentang majlis kita. Ada antara mereka yang akan balas emel kita memaklumkan tidak dapat hadir ke majlis. Jadi pada mereka yang memaklumkan pada kamu siang-siang, mereka perlu diberi keutamaan. Jadi boleh serahkan buah tangan tu kepada mereka. Atau kamu boleh serahkan buah tangan pada mereka yang kamu tak dapat nak jemput, pasal kadang-kadang, had jumlah tetamu memainkan peranan.

2. Derma di masjid atau surau-surau.
Buah tangan seperti kek dan biskut boleh didermakan ke masjid untuk minuman petang jemaah atau tambahan juadah di masjid. Kalau buah tangan macam buku yassin atau sejadah, boleh juga derma.

3. Derma pada rumah kebajikan dan anak-anak yatim.
Ini perkara yang memang ayah ibu buat sejak daripada majlis abang saya. Dermakan pada anak-anak yatim. Tapi tolong pastikan, jangan bertangguh sampai buah tangan tu pun dah masuk angin/ berkulat. Jangan pula mentang-mentang nak derma, kita ambil tindakan alah kadar sahaja. Tak baik menganiaya anak yatim tau. Nak derma, biar dalam keadaan elok dan selamat barangnya.

4. Jual semula
Ini otak perniagaan adik saya. Gula-gula lebihan majlis abang saya, dia buat berniaga kat sekolah. Kos sifar, untung semua dia ambil. Hahaha. Kalau material seperti bakul rotan ke, bunga dip ke, kotak songket ke, paper bag ke, kalau ada bakinya boleh juga dijual separuh harga.

5. Guna Semula.
Sesuai untuk buah tangan material. Mana tahu ada adik beradik buat majlis hari jadi ke, atau akikah ke, kamu boleh gunakan semula baki barang-barang buah tangan tu untuk majlis-majlis tersebut.


Ni senarai yang dapat saya fikirkan.

Mungkin ada yang nak tambah, silakan ya?!




14 Disember 2010

8 comments:

oshinz on December 14, 2010 at 9:15 AM said...

wah.. untung la adik akak tu ye.

Syima Syaz on December 14, 2010 at 9:23 AM said...

hari tu saya bawak balance bagi kawan2 office saya dan kawan2 office tunang saya... habis semua!hehe

Puan T on December 14, 2010 at 9:25 AM said...

1. hidang kt tetamu yg dtg rumah seari 2 ari pas majlis.

2. buat minum petang.

3. kasi keluarga pihak sebelah (pengantin lelaki) bawak balik kampung depa secara pukal. depa buley bg2 org kampung yg x ikot rombongan.

PurPLe LaDy AiFA on December 14, 2010 at 10:21 AM said...

saya makan sendiri.. haha

pastu bg kat kawan2 yg x dpt dtg, opkos, pastu bg kat tetamu2 yang dtg berkunjung ke rumah bujang berdua..

farahfatihah on December 14, 2010 at 11:32 AM said...

tip yg bagus!!

Elya Roza on December 14, 2010 at 11:59 AM said...

out of topic sikitt...
masa elya tunang dulu...lauk ade berlebih sikit, semua dh tak larat nk makan...ape yg mama buat, die sedekah bg pak guard makan ...hehe

mama affan on December 14, 2010 at 12:00 PM said...

bagi pada org pej 2 idea baik sbb bukan semua dapat hadir kan..

Xora on December 14, 2010 at 8:36 PM said...

Osh: ye untung bersih dia ambil :p

Syima: tu mmg lebih afdhal eheh

Puan t: seperti dalam gchat :p

Aifa: betul betul!

Farah: dah habiskan doorgift tak?

Elya: tu pun cadangan bagus kan?

Ryna: haah, kadang2 clash tarikh majlis kan

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates