Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

17 September, 2010

43 Hari Lagi



Salam dan hai

Semalam Hari Malaysia. Jadi curi-curi hari selesaikan urusan sikit, sambil pergi beraya.

1. Sudah tunjuk kat D bahagian dalam buku tetamu. D suka dan sudah luluskan.



Cuma dia rasa, buku tu terlalu tebal. Jadi saya pun kurangkan jumlah kertas. Rasanya, baki kertas yang siap ada border ni, nanti nak jadikan freebies la selepas kahwin. Sayang pula nak dibuang macam tu sahaja.



InsyaAllah, sudah boleh hantar kedai binding esok pagi.

2. Semalam, pergi tempah bunga hidup untuk kegunaan barang hantaran, bunga tangan dan deko untuk bilik pengantin, meja potong kek, meja buku tetamu, tempat bunga rampai dan meja beradap. Nampak macam banyak sangat, tapi sebenarnya deko bunga tu simple sahaja. D pun dah setuju dengan ideanya, jadi boleh teruskan.

3. Kad-kad jemputan yang perlu dipos sudah siap berstem. Tunggu akhir bulan ini, baru mulakan operasi pos. Kad jemputan yang kena bagi pakai tangan, tengah tunggu masa yang sesuai, seperti majlis kahwin kawan-kawan yang lain. Boleh bagi masa tu.

4. Semalam SMS dengan vendor baju sanding. Dia tengah tekun jahitkan manik. Nanti dia akan telefon untuk panggil fitting dalam waktu terdekat. Perasaan: PANIK! Perasaan D: Bosan, pasal saya buat pe'el sama macam masa amik baju nikah dulu ;p

5. Sudah emel pada MUA, bagitau nak bayar separuh dulu sebelum majlis dan baki selepas majlis. Pasal takut nak letak duit banyak-banyak pada hari majlis. Dia pun setuju, jadi akhir bulan ni boleh masukkan duit dalam akaun dia.

6. Lakaran hantaran pun telah saya lukis pakai Power Point. Haha. selitkan juga gambar hantaran yang berkenan jumpa kat Internet. Abang saya pun dah beli bekas tembaga untuk sireh junjung.. Erm.. tak boleh panggil sireh junjung pasal saya buat renek aje. Dah nama DIY, harus ukur kemampuan sendiri. Jadi buat renek sahaja, asal ada. Bekas nak letak span H20 tu, dah tanya pada orang bunga, dia dah tunjukkan span mana yang sesuai. Mungkin nak pergi beli span tu akhir bulan ni.


OK. Sekian sahaja post kali ini.


17 September 2010





11 comments:

Hana on September 17, 2010 at 10:26 AM said...

Tak lame lagi kan.. sy pon lebih kurang sebulan seminggu.. tringin nak tengok majlis xora.. tapi majlis bertandang saya pada hari yg same juga.. Takpe, smoga smuenya berjalan lancar :)

Xora on September 17, 2010 at 11:09 AM said...

Hana: kita sama2 doakan majlis kita berdua berjalan lancar dan selamat ya? Takpe, nnt saya upload gambar majlis insyaAllah. sama aje :D

Byzura Mj (By) on September 17, 2010 at 12:17 PM said...

semoga ok semuanya ya. xora punya panik akan lebih dari by. By tatau rasa macam mana. sekarang yang kecil ni pun sudah panik!

Ibu Najla on September 17, 2010 at 12:58 PM said...

wah...pejam celik, pejam celik dah tak lama jer lagi. dulu kamu bz buat persiapan kawen abg. sekarang abg pun dah jadik ayah ;). turn kamu pulak. hehe...gud luck xora. jgn panic2 okey...:)

cik senah on September 17, 2010 at 2:13 PM said...

Ermm.. Cik Senah rasa.. tebai skit pun tak pa kot.. kalau2 ada balance kertas dalam guestbook tue.. buley arr pelekat kad2 kecik yg member2 selit/lekat pada hadiah yg depa bg kat both of u kan..? (walaupun hanya kad kecik.. sentimental value tue ada... - bg cik senah arrr.. )

So, balance kertas dalam guestbook tue tak dak lah terbazir atau sia2 sajaaa.. [ ada gak kegunaannya..]

p/s: sekadar pendapat Cik Senah.. coz..bg Cik Senah.. lebih takpa..jgn terkurang.. ( bila lebih..pandai2 arr kita adjust / aktifkan otak kanan kita.. ) hehehe :P

saya cik puan syaz on September 17, 2010 at 3:10 PM said...

yup xora.. syaz setuju ngan cik senah.. tampal kad2 dr hadiah..

kalau ada lebih lagi.. mintak cousin2, makcik2 n pakcik2 buat ucapan gaks.. :) time kenduri tu mesti diaorg x dpt nk pikir ayat bunga2 lagi syahdu.. so after wedding pun masih blh tulis2 lagi.. :)

Shakina Farhan on September 17, 2010 at 5:35 PM said...

nk binding jenis apa?
good luck on your preparation ye dear..:)

Xora on September 17, 2010 at 10:04 PM said...

Bai: panik2 kalau masih progress tak apa Bai. Bai cam tu, panik2 pun rancangan masih berjalan :)

Azian: harus kekalkan ketenangan dalam diri.! Thanks Azian.

Cik Senah. Haah, idea yg bagus juga kan. Letak kad hadiah

Syaz: haah, bahagian depan mmang kosongkan pasal sebelum majlis nak minta adik beradik dan ibu ayah tulis dulu :D

eila on September 17, 2010 at 11:21 PM said...

Hi... Moga semua berjalan dgn lancar.... teringin sgt nak dtg ur majlis but time tue i yer majlis tandang pihak laki.. all the best dear.. nanti upload banyak2 pic kawen...

BuNGaKRiSTaL on September 20, 2010 at 1:24 PM said...

salam, xora.. you tempah bunga hidup kat kedai mana? adakah sama seperti huda? still survey2 lagi kedai bunga yg ok ni..

dah le nk kna bawak balik n9 plak tu.. nk cari kedai bunga hidup kat n9 yg standard floristika or kdai kat depan maybank tu ssah ler.. haiii...

Ciksue on January 19, 2011 at 9:40 AM said...

xora,
boleh tak sue nak mintak xora chare kan border utk buku tetamu
tak pndai buat..huhu
klu xora tak keberatan
emel sue
suhasnida.ismail@gmail.cm

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates