Salam dan hai
Update: Sebenarnya, saya dah post cite ni pagi tadi, tapi kena delete coz D tak suka :( Jadi kena buat new topik :(
Jadi saya cuma kongsi resepi Cheesecake Strawberry saya aje la ye :(
K.Rina sudah mula ada pembawakan budak dan nak makan itu dan ini. Dulu dia nak makan nasi ayam, abang saya ingat nasi ayam depan rumah. Tapi rupanya nasi ayam di MidValley. Hari tu, secara berkias dia minta abang saya minta saya buatkan kek Cheesecake Strawberry.
K.Rina nye ayat "Sampai sekarang terasa cheesenya"
Iyo-iyo aje K.Rina ni.
Cantik pulak cheesecake kali ni. Biasanya kat bahagian atas selalu merekah, tapi ni molek dan licin aje (kecuali cucukkan lidi untuk pastikan kek dah masak ke belum :P)
UPDATE: RESEPI CHEESE CAKE STRAWBERI--Sumber dari MyResipi (Untuk size loyang sederhana)
Bahan-bahan
Bahagian dasar kek
150g biskut merry
20g gula kastor (dikisar dahulu)
150g mentega cair (panaskan dalam oven dulu sampai cair)
Nota: Sila letak aluminium foil sebagai alas loyang terlebih dahulu. Cara nak lapik loyang ada diajar juga dalam MyResipi.
Cara-cara
1. Biskut merry dikisar halus (yang tak hancur tu, boleh tekan dengan sudu :P)
2. Masukkan gula kastor ke dalam mentega cair. Kacau sampai sebati.
3. Masukkan adunan tadi ke dalam biskut merry yang telah dikisar
4. Gaul sampai sebati.
5. Tekan rata-rata dalam loyang. Tutup bekas dengan wrapper
6. Simpan dalam peti ais.
Bahagian adunan
A: 250g cream cheese; 50g gula kastor
B: 20g tepung gandum
C: 2 biji kuning telur+1 biji telur
D: 250g strawberry yogurt (brand DutchLady atau Nestle- jangan amik low fat, jdai tak sedap sangat :P)
E: 2 biji telur putih, 35g gula kastor
F: 15g tepung jagung
G: Buah Strawberry (Potong 7-8 biji strawberry dalam potongan sederhana besar-1 biji=8 potongan)
Cara-cara
1. Bahan E dipukul sehingga kembang (Tips: terbalikkan mangkuk dan kalau bahan tak jatuh, maknanya dah cukup kembang) Selepas kembang, masukkan F dan adunkan. Ketepikan (pastikan bekas tu kering pasal telur putih takleh bercampur even setitik air, nanti tekstur rosak)
2. Di dalam mangkuk lain, putar A hingga lembut. Tambah B dan kacau sehingga sebati
3. Campur C dan putar sehingga lembut dan tidak berbintil
4. Campur D dan adun hingga rata
5. Masukkan bahan E dan F yang telah dipukul terlebih dahulu, ke dalam adunan
6. Masukkan potongan strawberry ke dalam acuan. Gaul rata-rata (tak perlu pakai pemukul)
7. Tuang semua adunan ke atas base biskut tadi
8. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 80 minit (Tips: panaskan oven 10 minit dulu pada suhu 150 darjah terlebih dahulu)
9. Setelah masak, bukakan pintu oven sedikit (jangan buka sepenuhnya) untuk haba keluar.
10. Keluarkan dari oven selepas 1 jam (atau rasa bawah bekas, kalau dah suam-suam kuku, dah boleh bawa keluar
11. Isi loyang lagi besar dari size loyang cheesecake tadi. isi air paip suku penuh. Rendamkan dasar loyang cheesecake dalam tu.
12. Masukkan dalam peti ais dalam 1jam ke sebelum dipotong.
13. Untuk potongan yang cantik pada cheesecake, boleh pakai pisau yang dicelup dalam air suam atau lapkan pisau setiap kali selepas potongan.
P.s tak pandai sangat nak olah resepi :P hihi
6 Januari 2010

4 comments:
Ahahhahahahahha!~ dz saiko!~
Cis.. berani ko kata D saiko.. ! aku lagi saiko.. sila beringat haah
untuk aku tade ke???
boleh.. tapi dgn syarat ada 'isi' la. apa ko nak aku masakkan selagi terdaya dan selagi tahu
Post a Comment