Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

31 January, 2010

Kenduri Tanpa Peta



Salam dan hai

Saya dan D memang jenis yang tak berkira samada jemputan itu dengan kad atau tanpa kad. Kalau pun hanya menerima jemputan SMS atau E-kad, saya tetap terima dan tetap pergi kalau tiada halangan. Saya tau, kebanyakkan orang ada dan masih lagi menitik beratkan jemputan pakai kad sebab sememangnya, jemputan kad tu lebih rasa personal. Tapi di saat akhir, kadang-kadang, kad lambat sampai, kad tak cukup dan bermacam lagi perkara yang tak dijangka berlaku. Sebab tu saya tak berkira sangat. Kadang-kadang, saya request saja hantarkan e-kad, pasal saya memang selalu terhilang kad kawin. Jadi kalau e-kad boleh print banyak kali :P

OK, tujuan saya tulis pendahuluan tu, pasal jemputan hari ni oleh Syammel dan isteri, di Hulu Langat pun tidak menerima kad, cukup SMS. Lagi haru, pasal tiada peta dan D pulak ingat-ingat lupa rumah kawan matrik dia ni. Jadi kami main redah aje la. Nasib petunjuk arah diletak d tempat yang strategik, jadi takde la kami meriban cari arah.Di mana ada kemahuan, disitu ada highway!

Terus punye terus, dan hanya bergantung pada petunjuk arah, akhirnya kami sampai. lega sangat :P Orang pun memang ramai. Warnanya pulak-- Kuning raja!! Pengantin belum tiba, jadi kami makan dulu.


Makanan sedap, terutama ayam goreng!! Giler sedap.. Masa kami sampai pun, dah terbau ayam goreng. Perghh! Sedap sangat makan time panas-panas. Saya amik dua ketul aje, tapi bila nak tambah, D catu makanan saya pasal saya tidak berdisiplin bila hal makan luar ni. Hihih.


Dalam 15 minit kami tengah makan, pengantin pun tiba. Tak sempat dah ha nak amik gambar :P Pengantin tiba dengan warna kuning! --Adakah ini jodoh??!!dan petanda, saya dan kuning raja tidak dapat dipisahkan?


Berbanding majlis yang lain yang biasanya doa akan dibaca masa pengantin di atas pelamin atau di meja beradap, majlis ni bacaan doa dimulakan bila aje pengantin sampai. Saya rasa sesuatu yang amat indah pasal sebelum mulakan langkah, doa jadikan penghulu. Suka suka..! Tapi rasanya, majlis ini sesuai untuk majlis di rumah kot seperti Syammel ni--dari pandangan saya la.


Pengantin terus ke pelamin di dalam rumah. Jadi saya dan D pun tunggu la sampai habis tepung tawar. Tapi sesuatu telah menarik perhatian saya--hantarannya!! Masa perarakan pengantin, barang hantaran kepada belah lelaki, dibawa bersama. Rasanya adat orang Negeri Sembilan memang cam tu.

Nampak tak apa saya nampak??


Bukan bilangan dulangnya, tapi tentang hantaran menggunakan bantal!!! Saya suka.. saya mahukan macam ini. Kecuali, saya memang tak gunakan alas dulang langsung dan terus lekatkan bantal (tapi takde la segebu dalam gambar ni) pada atas dulang tembaga kami. Lagi satu, hantaran ni langsung tak menggunakan bunga dan hanya riben. Saya suka juga pasal menjimatkan masa dan kos. Tak perlu risaukan tentang bunga :D Kombinasi warna silver, putih dan hitam yang sangat cantik! Setiap hantaran, ada bebulu yang cam kucing.. Hot!!!



Kami balik dapat bunga pahar percuma seorang makcik tu bagi pasal kami naik pelamin bergambar. Terima kasih makcik!!


Hari tu, D penah kata, majlis skrang ni dah lebih cenderung nak bagi duit, berbanding hadiah. Saya pun rasa macam tu. Rasanya, kalau dari 10 orang kawan kami kawin, cuma 3 orang aje kami bagi hadiah. Yang lain, semua bagi duit.

Korang pulak?


31 Januari 2010




6 comments:

harzharun on January 31, 2010 at 4:16 PM said...

hi dear....ms i bc ni i tgh lapar ok..sbb skip lunch..sgt tliur tgk nasi dgn lauk2 tu..huissshhhh(air liur meleleh <----sungguh x senonoh)...kat sini xde la acar buah cam2..kalo sy nak cr org buat pun, mesti kene import dr luar..ishk..
btw, i prefer bg hadiah kat kawan2..berusaha ni cr hadiah yg boleh wat mmber ingt & bguna dlm urusan harian...1 ms i suke bg talam silver plated..siap bli byk2 ms ada less..khas tuk bg kawan2 kawen..alasan,semua org bg cawan gelas, hbs, nak tatang dgn apa?..tangan..bek i bg talam..bagus x..hehe...1 ms plak i suke bg cermin besar...motive, bila mmber kita bdandan, mesti dia ingt kita..hehe...skang ni kan...suke bg -----> baju tido seksi..hahaha..ni special tuk really BFF je la...mmg sang suami time kasih la kat i...hahaha

YuNyLoveSYou on January 31, 2010 at 4:28 PM said...

haluuu~ hehehe.. saya setuju hal kad kawen tuH! hehhee.. saya pon tak berkira sgt xora! kad kawen saya print dlm 1000... tapi bila dah bagi2, tak cukup pulak! jadinya, terpaksa antar pakai e-card dan jugak sms sahaja~ huhuhu... Jemput datang ke majlis saya pada 14february di penang~

Mazuriah Mohamed on January 31, 2010 at 8:06 PM said...

selalunya adat n.sembilan..tak semestinya bawa barang hantaran masa menyambut menantu tapi sekurang-kurangnya bawalah hadiah iringan masa ke sana. Tak adalah nampak sangat tangan kosong. :)

Anonymous said...

lapo tgk nasi tuh hokayyyyy ahahah

suka gak idea guna bantal...jimat cermat...nanti leh guna bantl kat umah sendirik..wat stok byk2 utk sedara mara mai umah..ahhaha

hana yoriee on February 1, 2010 at 9:11 AM said...

huhu..hari ni pose ganti..telan air liur jugak tgk nasik tu..hehe..tp takpe sabo je..
pasal hadiah or duet, prefer bg adiah ler.ermm..lebih personal n akan diingati oleh si penerima..kalo duet plak takde lah memori nye yea x??pening gak nak bg adiah kawen ni..konon xnak bg ape yg org slalu bagi ler..so, takdelah adiah tu dpt yg sama jek..huhu..tapi apa2 pon dua2 pon ok asalkan ikhlas..hehe.. =p

Xora said...

Harz,Hani, Hana: Ramai ye yg baca post ni masa tgh lapar/ puasa :P not my fault! :P tapi ayam goreng amat mabelos...!

Yunny: Tu la. pasal saya rasa pengantin ada byk hal lain perlu difkir, jadi takmo semakkan mereka dgn hal kecil. congratz in advance ya!!

K.Nadz: tu la, D saya pun bagitau perkara yg sama.

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates