Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

13 January, 2010

Latar Belakang yang Tak Diperlukan


Salam dan hai

Saya dah lama fikirkan hal ni, tapi takde keberanian nak tanya pada siapa-siapa. Mungkin masa tu saya tak kenal ramai orang yang terlibat dalam majlis perkahwinan, macam mak andam, OP, Butik, dan pihak-pihak lain.

Tapi soalan ni memang sudah lama saya nak tanya. Tapi semakin hari semakin dilupai. Sehingga la Fieza hari tu gmail saya, dia kata "Nanti ko kahwin, kitorang berempat nak duduk belakang ko boleh?"

Oh, ya! tentang 'pemandangan belakang' pengantin perempuan.

Tau, hal kecik, takde sapa pun peduli. Tapi saya takmo ada 'pemandangan belakang' yang tak semenggah. (gambar makcik tengah ternganga, tengah bergossip, budak-budak tengah angkat kain, main handphone, amik gambar sendiri-- semua saya pernah tengok)

Baru-baru ni, baru saya ada keberanian nak tanya dan saya dapat jawapan :P

Saya suka bertanya pada Acai Jawe pasal dia rajin menjawab dan suka kongsi pendapat.

Soalan saya:
Ada idea tak camne takmo ada latar belakang makcik2 kat belakang? hahah. giler tamak saya. terfikir nak fokus kat diri sendiri aje :P

Jawapan Acai:
Haha, sebenarnya boleh je kalau taknak makcik2 kat belakang tu..kena ada sorang yang awal2 lagi reservekan tempat duduk semua orang..termasuk pengantin dan sedara mara..pastikan kawan baik duduk rapat kat tepi dan ada sorang jaga kat belakang supaya tak kacau background,hehe..pernah nampak sekali dulu kat banting..:) dan paling senang nak block ruang kalau ada barang hantaran..taruk je belakang pengantin. hehe..

Saya memang nak sangat sebelah kiri pengapit saya, sebelah kanan ibu saya. Belakang saya, saya hanya mahu kawan-kawan paling rapat saya duduk pasal saya nak muka mereka ada dalam album :P (... dan mereka adalah antara orang yang ada reaksi paling ikhlas. Kalau bosan, memang terserlah. Kalau jakun, memang ketara).

Thank Acai pasal bagi idea begini! Kalau korang nak tengok hasil kerja Acai, link web dia ada di bawah kategori OP Terpilih, atau klik saja
di sini


Rasanya, nak minta abang-abang saya yang uruskan kedudukan dalam masjid nanti. Harap situasi pada masa tu mengizinkan susunan itu nanti.


13 Januari 2010

11 comments:

fakhariah said...

ni lah part yg paling emo ni..mak sya pakai wheel chair..dah dpt rsakan sayunya bila dia dipapah msuk masjid nak tgk anak dara dia ni nikah..

Xora said...

Fakhariah: saya pulak tetiba terasa sayu gak.. :(

:: Lya Zara :: on January 13, 2010 at 9:05 AM said...

tumpang tanye...=)
kalu nak pegi rumah kebaya,
kene wat appointment dulu ke?
tq...
=)

Xora said...

Seeloknya buat la, just utk tuan rumah tau bila Liya nak datang, mana tau date clash dgn aktiviti lain. Liya boleh dapatkan no phone Sitti dari website dia. Paling mudah, saya rasa Liya add dulu Sitti kat Facebook dan boleh msg dgn dia kat sana dulu pasal Sitti dan suami dia di Indon sampai 23hb ni. Tapi rasanya kalau msg di Facebook dia tetap buka. Sitti baik orgnya, Liya tak perlu risau.

IRYANI ALIAS on January 13, 2010 at 11:20 AM said...

yelah..kadang2 ada yg tah apa2 jd latar belakang..my advice, duduk kat mini pelamin..hehehhe..

Xora said...

Betul la Yani. kalau buat di rumah mmg confirm pakai mini pelamin. Saya pernah nampak 2 situasi

1. Cam kawan saya, cincin sarung kat rumah, akad aje kat masjid. Tapi kami buat semua di masjid, termasuk makan minum skali. Boleh tak saya nk letak bantal besar2 dan duduk kat atas tu :P nk bina pelamin kat masjid UPM ni, rasanya cam akan jadi payah pulak.

2. Pengantin perempuan tunggu kat bilik VIP/ bilik menunggu dalam masjid. Jadi tempat tu pun tak crowded dan takde latar belakang yg tak perlu. cuma syg al coz takde gambar berdua masa dengan taklimat :(

Qistin Fadzin on January 13, 2010 at 11:25 AM said...

oh xora! thanks a lot for sharing this... x tpikir plak... ye, saya pon nak letak sebarisan dayang2 yg terdiri drpd kawan rapat... lg best kalo warna baju diorg lebih kurang sama... itu pasti satu background yg indah!

Xora said...

Qis: Sama-sama, tapi saya tak deserve credit ni pasal Acai yang bagi pendapat dan saya cuma kongsi dgn B2B yg lain. Alternatif pada cadangan Acai, saya pernah tgk kat gambar, nikah kat masjid Putrajaya if tak silap, dia letak signage Pengantin kat mana, saksi kat mana, pengantin perempuan kat mane. If nak lebih teratur pun, maybe Qis boleh buat cam tu. tapi bincang dulu dgn tok Kadi n kaum keluarga. So nanti leh prepare signage siap2 dan letak kat kedudukan mana kita nak. Lagi teratur (kalau dapat kerjasama dari semua pihak).. Oh, amat benar, dayang2 berpakaian sedondon amat cantik dijadikan latar belakang. Abg OP pun mesti seronok amik gambar :P

harzharun on January 14, 2010 at 9:45 AM said...

hi dear...i camni la..sekali sekala 0n9, bc ur pages, nak komen semua..hehehe...i pun mmg tfikir bnda ni...kalo boleh bialkah latar belakang kita tu, org2 yg kita syg kan...tp i x byk soal pun sl ni sbb mcm susah nak ejas je...tp br je dis morning my mom sibuk duk tny sal mini pelamin...dia nak jugak biar i duk kat tempat cun sket masa tunggu akad nikah tu..

Xora said...

Harz: tu kelebihan org akad nikah kat rumah, leh letak mini pelamin, confirm molek duduk malu2 kat situ.. huaaa...nak juge..

Acaii Jawe on January 18, 2010 at 11:04 AM said...

wawaaaaaa, thanks sebab taruk link sy kat sini walaupun sy lum terer lagi,huhuhu..:) semoga semuanya berjalan lancar ye nanti,chaiyok!!

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates