Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

07 January, 2010

Ku Sangka Hujan Sampai Ke Malam



Salam dan hai

NOTA: Post ini adalah post belum lengkap. Segala komen yang saya tulis disini masih dalam peringkat permulaan pemikiran saya. Jangan salah anggap pada komitmen dan kemampuan tak belah bagi dari Rumah Kebaya berdasarkan isian pada post blog ni. Sila tunggu post saya akan datang untuk tips bernas yang saya harap dapat kongsikan bersama di sini.

Tajuk post kena drama sikit, baru orang nak baca.. eheheh Teruskan membaca ye, kepada pembaca tegar Zielala , Ole-Ole Manis, Fifi dan Ashekeyn. Selamat datang ke blog saya :)

Saya baru lepas balik dari jumpa Sitti. Kesian Sitti, dia tak sihat malam ni tapi demi janji, dia tetap layan kami dengan baik (walau datang lewat pasal ada kemalangan pulak kat Kinrara). Korang mesti tau kan yang saya amat berminat nak pakai warna kuning raja untuk majlis sanding nanti. Saya memang tiada kekeliruan untuk pemilihan warna, walaupun rata-rata kawan rapat kami memang terperanjat dengan pemilihan warna ni. Tapi lepas bincang-bincang, skrang sudah terbahagi beberapa belah dah ni untuk pemilihan warna. Komen mereka sangat bernas.

Pendapat yang Sitti dan suaminya, Fairus kongsi dengan saya, sesuatu yang saya tak terfikir langsung pasal takde sapa pun pernah highlightkan perkara tu pada saya. Mereka la yang pertama berkongsi maklumat sepenting tu. Lagipun, pasal semua orang pun aplikasikan perkara yang sama, jadi saya kira, benda tu adalah normal. Tapi rupanya, mengundang masalah juga dalam gambar. Kan hasil gambar hasil sampai bila-bila. Harus cantik!

Ini la sebabnya saya suka berbual dengan orang yang betul-betul terlibat dalam majlis perkahwinan macam mereka berdua. Pasal pendapat dan pengalaman mereka, sesuatu yang kita orang biasa selalu terlepas pandang. Kita fikirkan cantik, tapi rupanya ada banyak hal kecik yang perlu diamik kira. Dari sekecil-kecil jahitan manik pada baju, kepada warna chandelier pelamin. Sekurangnya kita tau dan keputusan akhir sama ada nak teruskan atau tidak, berbalik pada kita semula. kan Hari Besar kita? Cakap aje warna apa, semua boleh dibawa berbincang.

Perkara tu terlalu panjang untuk saya tulis di sini. Nanti saya upload di post yang akan datang. Segala hasil perbincangan kami dan perkara yang selama ni kita tak tau. Saya kira, hanya buat B2B yang terbuka (serta tak panik-- jangan jadi cam saya, kena panic attack), post akan datang mungkin dapat membantu korang daripada korang buat kesilapan pada pemilihan warna.

Sampai Nity yang turut ikut pun turut sama pening. Mungkin dia pening pasal tengok saya meraban tak leh buat keputusan. Atau dia sma pening pasal design semua lawa.. hihi Bayangkan, saya datang dengan yakin ke rumah Sitti, kononnya warna sudah tetap, cuma pilih design sahaja. Tapi rupa-rupanya, tak dapat nak gerak pasal saya dan D rasa cam nak berfikir dua kali tentang warna kami.

Sitti memang tiada masalah langsung dengan apa juga warna yang kita nak, apa juga design, memang Rumah Kebaya mampu realisasikan apa juga impian kita, jadi dari segi komitmen, saya yakin yang Sitti memang berkemampuan dan komited. Tapi kami ni, sebagai bakal pelanggan yang takleh buat keputusan, maka kami sudah pening. haha. Ketawakan diri sendiri rupanya susah juga.

Tapi dalam pening-pening tu, sempat la kami cuba sehelai baju aje pasal sudah malam. Dah cukup baik mereka tunggu kami sampai lewat. huhu. Saya suka lak masa sarung baju ni pasal lengan dan pinggang muat (kecuali peha ketat sikit dan peyut uncet eket :p !! hehe. )


Ini lah gambar yang saya post dalam post sebelum ni. Sudah jumpa alternatif kalau takmo letak songket di pinggang :D Kalau ada siapa-siapa nak tengok material ni dengan lebih dekat, boleh ke Rumah Kebaya di USJ. Map di laman web Rumah Kebaya.


Bayangkan, saya tak dapat nak amik keputusan untuk pilih design yang mane. Pasal semuanya cantik-cantik. Memang tak dapat nafi, pakaian pengantin Indonesia memang amat cantik. Tapi kan, saya dah pernah kata, baju sanding memang semua cantik-cantik kat mata saya. Huhu. Amat cantik! Erm.. berapa kali dah sebut perkataan cantik dalam perenggan ni?? :P Ada kot 7kali?? :P


Kini, saya ada masa lebih kurang 2 minggu untuk mengumpul maklumat. Mungkin saya perlu gunakan masa pre-wedding nanti untuk tanya pendapat OP. Tapi apa-apa pun, keputusan perlu dicapai sebelum bulan 2 ni dan maklumkan warna pilihan kami kepada Sitti! Harus!


Maaf, saya memang tak snap koleksi baju-baju dari Rumah Kebaya, tapi korang semua boleh hubungi Sitti untuk setkan temujanji ya. Mana tau, dah alang-alang amik Sitti, amik sekali suaminya sebagai OP korang. Boleh klik di link Rumah Kebaya, yang ada saya letakkan ditepi ini untuk perbincangan yang lebih terperinci bersama Sitti dan suaminya.



Dan untuk saya, hujung minggu ni kena buat sesi perbincangan dengan D! Jangan risau ye D, B takkan pilih pink :P--- agaknya la eheheheh


8 Januari 2009

7 comments:

Cik Belle on January 8, 2010 at 2:53 AM said...

ape yang panic attack tuh.. tak sabar nak tunggu entri seterusnya. =)

cikteratai on January 8, 2010 at 9:19 AM said...

pada pendapat saya...buat ler warna yang kita idamkan...kawen sekali...jangan nyesal nnt tak pakai baju colour yg kita suka...mmg colour sekarang ikut trend...cthnya skrg,warna hitam..pink, merah,silver mmg tengah meletop...tapi tak semestinya kita perlu pilih warna itu...warna2 yg meletop itu..kita boleh jadikan baju itu untuk sesi outdoor atau belah lelaki...tak salahkan???

yg penting colour yg kita suka dipakai masa sanding...hehehhe
banyak ler plak berceloteh..huhuhu

p/s:sy turut setuju ngan warna kuning sbb sesuai dengan raja sehari...sbb itu juga membuatkan saya memilih colour gold untuk persandingan saya...bg email awk..nnt sy attach gambar kawan saya kawen pakai warna kuning...so...nice!~di mata saya..:)

(hanya pendapat...adiossss)

mama affan on January 8, 2010 at 10:45 AM said...

hmm..berat jugak kalau da sampai tahap pening..tp masih ada maser..pk2..apa2 pun..pilih yg memudahkan selain pk selera dan citarasa idaman okeh sbb keje kawen banyak faktor dan isu walau remeh dan kecik kena pk..xora bole!huhu..

Fakhariah said...

All the best...berdebar2 tak msa cuba bju tu..Buka mata luas2 tgk bju cantik2..pejam mata kat peyut uncet eket2 tu..

**(lagi 50 hari,tolonglah peyut tolonglah kempis)...

xora said...

Belle: sabar ye, kena karang banyak gila pasal dapat byk tips :P

Cik T: Terima kasih utk pendapat :) tu la, pasal majlis kami serentak jadi to be fair, takmo guna kaler fav masing2 coz dia suka warna biru dan saya lak tak kisah. So decide warna kuning. haha.. sila email kat diaterimanikahnya@gmail.com
Thanks ye!

Fik: takde la pening, cuma pasal dah kat kepala expect dah boleh settle hal baju sanding :P takpe, saya fikir pelan2 kan?


Fakhariah: peyut uncet ni.. hahah.. pinggang dan dada dah molek masuk, tapi peyut ni mengkhianati lak! baru nak perasan badan cam supermodel :P

Cik Belle on January 8, 2010 at 1:23 PM said...

saya rasa pilihan warna baju penting sangat. tak boleh suke-suke pilih sebab tkt colour baju susah nak blend dengan colour sekeliling. contoh for outdoor, kalau pilih biru, da same ngan warna langit, so macam tkt nampak dull.. colournyer x harmoni mane. so i guess, pilih colour baju pon penting ek. =P

orang kate, putih senang nak blend dengan semua colour. tapi, takkan semua majlis pon nak pakai colour putih? hehe

wow, banyak tips tuh nanti for next entry. tak sabar nak tau. ehehe.

harzharun on January 10, 2010 at 2:09 PM said...

ada 1 kedai yg sy pergi...dia tny warna pelamin dulu..br bleh match dgn warna baju...sbb katanya, pelamin x byk pilihan cam bj..ermmm

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates