Saya rasa, seminggu ni asyik cerita pasal pre-wedding aje kan? Maaf la ye kalau saya membosankan :P tapi sementara semuanya masih segar dalam kepala saya, baik saya coretkan disini untuk tatapan masa hadapan saya :P
Oh tapi sebelum tu, bagi mereka yang masih mencari OP, apa kata korang baca tips2 Pilih Wedding Photographer yang ditulis oleh Acai. Dia juga OP, jadi saya kira ada baiknya korang baca pendapat OP tentang OP :)
Hanya setelah kamu ada OP pilihan (kalau belum, baca dulu tips2 yang Acai bagi ya dan kalau berminat, terus aje sambar dia sebagai OP kamu :P), baru kamu boleh teruskan dengan photoshoot.
Sekarang saya nak kongsi tips untuk pre-wedding. Ini bukanlah tips dari profesional OP ye, tapi ni hanyalah pengalaman saya yg senipis kulit bawang. Tapi hati tetap meronta nak kongsi dengan kawan-kawan. Iye la sementara saya masih ingat kalau tak dapat banyak, sikit pun jadi la.
Tips ini sama sekali tidak akan menjanjikan kamu akan dapat gambar terbaik, tapi sekurangnya, kamu akan jumpa OP kamu dengan sedikit pengetahuan tentang apa yang kamu nak, tidak lah kamu terbangak depan OP. Ini pre-wedding kamu. Kamu tentukan hala tujunya.
1. Idea
a. Tema
Macam juga merancang majlis kahwin, tema adalah perkara asas yg perlu ditetapkan. Sekarang, kalau kamu google, bermacam tema yang kamu boleh jumpa; tema 60-an, tema santai, tema budak sekolah, tema gothic, tema arab, apa juga tema yang kamu dan pasangan setuju dan selesa, ajukan pada OP dan bertukar fikiran dari situ. Mungkin OP dapat memperkemaskan lagi tema kamu. Macam saya dan D pun, kami hanya ada tema zaman sekolah, tapi lepas jumpa A.Rashdi, dia tambah-tambah idea, maka jadilah prewedding tiga zaman kami.
b. Jalan cerita
Kamu pun perlu tau apa jalan cerita untuk pre wedding kamu. Samaada kamu memang hanya nak bergambar sahaja atau kamu mempunyai jalan cerita tertentu untuk disampaikan. Mungkin kamu nak gambar tu menceritakan dari saat kamu berkenalan, bercinta dan melamar ke kan? Bincang dengan OP kamu, mana tau dia ada pendapat yang lebih bernas-- belajar percayakan orang, sesuatu yg saya susah nak buat :P
2. Pakaian
Pakaian kamu bergantung kepada tema yang dipilih. Cari sesuatu yang dapat menggambarkan zaman atau situasi tema kamu. Tapi kamu kena pastikan, jangan tersalah zaman. Contoh, kamu pakai tema 60an, tapi kat tangan ada jam Esprit edisi 2010 ke. Kan tak kena dah tu. Pendek kata, pastikan dari hujung tudung/rambut ke hujung kaki, takde yang terlepas pandang. Memang betul, dalam gambar takde siapa pun perasan. Tapi bila kamu tengok balik dan perasan, akan jadi tak puas ati.
Selain pakaian, penampilan diri pun memainkan peranan. Sebagai contoh, pre wedding kami, kami buat secara terbalik, iaitu dari zaman kerja, ke zaman universiti baru ke zaman sekolah. Pasal? Pasal untuk zaman sekolah, D akan cukur misai dan janggutnya, jadi nampak beza untuk zaman-zaman tu (idea A.Rashdi juge :P). Saya pula, pada mulanya nak pakai cermin mata masa sekolah, tapi bila fikir, jadi cam nerd lak. Maka cancel :p
3. Lokasi
Kamu ada lokasi yang kamu amat suka dan nak bergambar di sana? Pastikan lokasi juga bersesuaian dengan tema kamu. Bagitau pada OP tempat mana yang kamu berminat. Kalau kamu tiada idea, OP boleh membantu. Mungkin dia ada cadangan yang lebih sesuai. Kalau kamu perlukan kebenaran untuk masuk ke tempat tu, pergi jumpa guard dulu siap-siap dan minta kebenaran sebelum tarikh shooting. Kami ada masalah sikit kat UPM tapi nasib A.Rashdi sudah ada Plan B, jadi kami ikut aje la.
4. Posing Idea
a. Candid atau pose penuh gaya?
Buat keputusan samada mahukan candid, pose, atau kedua-duanya. Biasanya bincangkan perkara ni dengan OP kamu. Macam saya, pada mulanya tak kisah mana-mana pun pasal yang penting bagi kita B2B ni, asal amik gambar. Tapi memandangkan soalan tu diaju oleh A.Rashdi, jadi lepas bincang dengan D, kami mahukan candid, tanpa satu pun memandang camera. Pemilihan adalah bergantung pada diri dan pasangan kamu, jangan ikut orang dan tiada siapa kata candid lebih cantik , atau vice versa.
Macam kes saya, kami pilih candid kerana:
i) D segan dan tidak selesa nak bergambar pandang camera sambil pose
ii) Saya teringin nak tengok gambar saya candid kerana tak pernah ada gambar candid saya, dalam keadaan semenggah :P Bila candid, confirm muka buruk :P
Jadi, sepanjang photoshoot, A.Rashdi tetapkan kedudukan poster badan kami, tapi body language, mimik muka semua, bergantung pada kita, tapi tu pun berdasarkan komen A.Rashdi. Dia selalu ingatkan untuk senyum atau ketawa selebar-lebarnya.
5. Props
a. Props mati
Props mati kat sini adalah sebarang apa peralatan atau perkakasan yang digunakan untuk menaikkan lagi seri tema pre wedding ni. Biasanya props mati kena la bersesuaian dengan tema. Contoh(sekadar memberi beberapa contoh);
i) Tema sawah padi di kampung: payung, mangkuk tingkat, tikar, gitar atau basikal tua
ii) Tema Santai: Scrap book bercinta, buih-buih sabun, belon, bakul piknik, gitar,
b. Props hidup
Props hidup ni adalah makhluk hidup yang akan menyerikan lagi pre wedding kita, boleh jadi kawan-kawan rapat, kucing kesayangan kita ke, atau apa sahaja. Tapi jangan lupa, maklumkan pada props kamu kehadiran mereka dan pemakaian macam mana mereka perlu pakai. Mana tau, kamu mahukan mereka sedondon tshirt putih dan jeans biru ke. Sekurangnya, bagi tempoh waktu seminggu atau lebih untuk mereka menyediakan apa yang perlu. Mereka pun nak juga kelihatan cantik dalam gambar, bukan kita aje.
Maka, saya kira, setelah kamu dah ada 5 senarai ni, kamu akan lebih bersedia untuk buat photoshoot. Senarai ni memang masih belum lengkap dan mungkin ada yang saya tertinggal. Jadi kalau ada sesiapa yang nak tambah, dipersilakan sangat-sangat.
Oh ya, kalau kamu agak control freak macam saya, mungkin senarai semak ni boleh bantu kamu untuk semakan semula senarai apa yang perlu dan tak perlu sebelum bertolak.
Tips-tips terakhir sebelum hari shooting:
1. Jangan lupa bawa baju dan kasut extra. Mana tau, pemilihan kamu tak sesuai. Sekurangnya kamu masih ada alternatif. Gadis, jangan lupa bawa barang makeup dan kertas serap minyak. Bagi saya, makeup mata yang paling mudah jika kamu tidak pandai bermain dengan kaler eye shadow, mungkin boleh pakai Contact Lense Fresh Kon yang warna hitam/ coklat, supaya anak mata nampak lebih besar dari biasa. Jadi cam anak kucing.. meow!!!
2. Dengar.. dengar.. dengar!! Dengar arahan OP. Jangan jadi cam saya, asyik borak dengan kawan-kawan dan hilang fokus. heheheh. Nasib A.Rashdi sabar juga :p
3. Eye contact. Jangan lupa eye contact itu penting antara kamu, pasangan dan props (Tips penting A.Rashdi)
4. Komunikasi. Bagitau pada OP apa pose yang kamu nak dan samada sesuai atau tak. OP biasanya akan guide kamu dalam pose yang sesuai berdasarkan apa yang mereka lihat pada camera mereka. Kalau kamu dah mati akal, tanya aje kat OP "Abang, ni nak pose macam mana ni?" . Kalau OP suruh buat sesuatu dalam keadaan slow-mo, sila dengar arahan. Jangan jadi cam saya dan rakan-rakan, menggelupo :P Nanti camera tak dapat nak capture moment tu.
5. Pastikan minyak kereta penuh. Mana tau kena buat de-tour cam saya, sekurangnya takde la buang masa isi minyak.
6. Sediakan 100 plus untuk kamu dan OP. Kadang-kadang, kalau haus sangat, pose pun tak dapat buat yang terbaik.
7. Cari keserasian. Kamu lebih kenal pasangan kamu. Kalau kamu jenis yang biasa bergambar dan dia tidak, kamu harus bagi dia ruang yang selesa untuk dia. Kamu boleh berborak-borak dengan dia, usik-usik dia ke, bantu dia untuk poster badan yang sesuai.. buat seolah-olah tiada OP di depan kamu.
8. Hubungi OP untuk final briefing. Macam saya, malam sebelum shooting, baru A.Rashdi call dan bagitau apa yang saya perlu bawa dan terangkan apa yang patut saya jangkakan masa shooting tu. Tetapkan masa dan tempat di mana kamu perlu bertemu. Jangan lewat.
9. Hubungi Props (jika ada). Ingatkan mereka semula apa yang perlu dipakai atau apa-apa sahaja. Bagitau mereka waktu mereka perlu ada di sekian-sekian tempat. Sudah cukup baik mereka sudi jadi props, maka itu tanggungjawab kamu untuk ingatkan mereka apa yang perlu.
10. Paling penting --- HAVE FUN! itu adalah kunci nya. Jangan stress kalau ada benda terlupa disaat akhir, kalau apa dirancang tak menjadi, kalau ada props tak dapat hadir, kalau kamu terlupa pose yang kamu nak sangat buat. Enjoy saje setiap saat, tak perlu tekankan nak kesempurnaan. Kalau kamu gembira, hasilnya akan nampak pada gambar. Redha dan redah!
Sesuatu yang saya belajar, kalau korang ada video cam, apa kata bawa sekali dan pasang (atau minta rakan rakamkan) sepanjang photoshoot. Kenapa? Sebab sebagai rujukan, dari video tu baru korang tau macam mana pose dan betapa kakunya korang :P Lagipun moment spontan macam ni, bukan boleh dibeli oleh duit tau!
Aha, kalau kamu memang kaku bergambar, apa kata kamu google images dan cari pose2 yang cantik bagi kamu, print dan bawa pada hari shooting. Serius, mungkin itu boleh membantu kamu untuk kurang kelihatan kaku. Jangan lupa, pelbagaikan pose. Jangan stuck dengan pose yang sama untuk tempoh yang lama--jangan jadi macam saya (lagi sekali) :P hihihi..
Jangan lupa, amalkan minum air masak sentiasa dan jangan tidur lewat malam sebelumnya. Nanti mata nampak tak bermaya. Jaga kulit! Tiada siapa ingin 'Miss J' datang melawat sebelum hari photoshoot ok!!
Ok, saya uploadkan beberapa video di bawah ini. Mungkin korang boleh dapat gambaran camne keadaan shooting nanti.
Jangan risau. OP akan bantu korang untuk pose. Jangan terkejut kalau mereka mula memanjat sana sini, baring kat lantai. Biarkan..biarkan mereka bekerja.
Dengar arahan OP. Kalau dia kata 'Tukar', maka 'Tukar' la pose tu--walau merepek camne sekali pun mimik muka masa tu.
dan.. apa yang saya boleh kata, photoshoot kami amat bingit, bising, kecoh dan sewaktu dengannya. Kami terlalu banyak bercakap. Mungkin kawan-kawan saya terlalu menghayati watak yang diberi.Harap dalam kekecohan, dapat beri pose yang menarik, ye A.Rashdi?
Kalau ada sesiapa nak tambah lagi tips, sila kan ya?!
Usah bandingkan diri kita dengan model yang sedia ada. Usah tekankan diri dengan pose-pose yang kita sendiri tak tau kita boleh bawa ke tak. Jadi diri sendiri, cuma jadikannya lebih baik dari biasa. Sentiasa komunikasi dengan OP, setiap OP ada cara mereka sendiri. Mereka akan bantu kamu untuk melepasi frasa tu. Jangan jadi control freak cam saya :P Oooh, mahu lupakan era masa saya jadi control freak tersebut :P
Berseronok la! Anggap ini 'warm up' sebelum hari majlis kamu nanti.
Nota kaki: Pada masa korang baca ni, saya sudah dalam perjalanan ke Pekan, Pahang atas tuntutan kerja.Kerja hari Sabtu amat tidak best!!haii takpe la bukan selalu pun jadi petugas protokol.. Jadi segala komen akan saya approve pada hari Ahad. Terima kasih.
29 Januari 2010
10 comments:
asna yg xde pre-wedd~ =(
props sangat membantu menghidupkan lagi tema yang kita nk buat tu..if tak de props i rasa semuanya mati..paling2 biarlah ada sesuatu...hehe..(ni dh kaji before buat outdoor lagik!)
awak... thanks 4 da tips... sgt2 b'makna utk saya... dan juga kpada smua B2B di luar sana...
sgt byk tips cik xora..hohoho..
wat mase ni sy bru berangan2 nk pre-wed kat uni. tmpt me n my fiancee same2 bljr dlu..tp ktorg x becinta time bljr,msing2 dlm 2-3weeks dpt 1st job, bru ditemukan jodoh..before konvo, bru berkenal2an..hihi..bace post cik xora ni, wat rs smakin berangan2 n x sbr nk pre-wed..cume malangnye lame lg kot turn sy..apepun, congrates to cik xora dpt melalui pre-wed dgn jayanya n thanx for very meaningful tips.. :))
Salam,
Melihat dari entry nie, sememangnya mengesahkan bahawa anda mmg ex-SMSS :)
Saya berminat dgn idea & tips pre-wedding tu & saya bagi 5 bintang *****
Wsalam
-AyuSaliza-
Taman Sri Serdang
Asna: Asna, takpe kalau takde. kamu boleh aplikasi untuk majlis nikah n sanding juga kan?
Amy: if tak de props, mmg keras la nak bergambar kan?
Bunga: Glad i can help u guys! tapi if korang ada tambahan, tambah aje
Ashekeyn: Takpe Keyn, atleast kamu sudah ada idea awal pun tu dah dikira sangat baik :) Nanti jgn lupa, bawa bincang dengan OP kamu.
Ayu: Ex-SMKSS and proud of it!!! :D Class of 2001. Kamu?
Waaaaa, thanks awk linkkan ke blog sy ek..:) sbnrnya mmg kagum sungguhlah ngan kamu ni..sebab memang detail betul..dan sangat setuju ngan semua pernyataan di atas..dan sangat sesuai digunakan oleh semua yang nak wat pre wedding pasni..dapat bantu photographer gak sbnrnya,hehe
Acai: tapi kadang2 details ni tak bagus sgt utk vendors pasal mereka akan pening berurusan dgn B2B yg suka ikut kepala sendiri dan bossy :P cam saya!! ahahahha.. Thanks Acai for the tips ya!
nice post u have here!!! ^_^
GOOD INFO BEB....!!!
Post a Comment