Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

05 January, 2010

Penghulu Majlis untuk 2010


Salam dan hai

Sebelum mulakan post ni, saya nak ucap selamat membaca kepada pembaca tegar ke 75--
Jannah. Terima kasih Jannah.

Ok post kali ni, ada 2 majlis untuk diceritakan. Saya dan D ada 2 jemputan yang memulakan rentak 2010! Satu di Raub, Pahang dan satu lagi di Kelab Darul Ehsan. Nasib bukan pada tarikh yang sama, kalau tak, satu terpaksa dikorbankan :(

Ok, majlis di Raub ni adalah kawan satu opis D, pada 2 Januari 2010. Tengokkan pada peta, nampak cam mudah aje jalan ke sana. Tapi bila dah mula masuk jalan kampung, memang la amat mencabar.

Saya tak suka gila baca peta. Rasa cam gila nye tekanan. Walau D tak pernah marah walau saya salah bagi direction, tapi memang tak suka sangat.

Raub ni jalannya mudah aje, terus terus terus.. tak habis-habis dengan terus. Dalam peta nampak dekat aje, tapi kami gerak dari rumah pukul 10.45 dan hanya tiba di sana dalam 1.30! Lagi jauh dari balik Muar. Tapi saya suka pasal ini kali pertama dapat sampai ke Raub, jadi suka la gi tengok tempat orang.

Jumpa lori yang block jalan.


Ada gak kete yang terus ke longkang.. ermm!


Masa kami tiba, pengantin pun tengah makan. Jadi salam dulu dan kami pun terus makan.

Memang style orang dolu-dolu, gotong royong aje. Makcik kat bawah ni tengah bergossip sambil bungkuskan berkat untuk tetamu dan jiran.


Lepas pengantin (Faisal namanya) habis makan, dia jumpa dengan kami semua.


Tapi tak dapat lama pasal dia kena masuk dalam tukar baju untuk upacara potong kek. Kami pun ikut masuk sekali dan dapatlah snap gambar pelamin


Masa upacara potong kek ni pun, ramai sangat orang berpusu ke depan untuk amik gambar (.. budak-budak pusu ke depan pasal nak makan kek!)


Ni la gambar mempelainya.


Kami bertolak balik dalam pukul 3.30pm. Masa tu, tetamu masih ramai. Pemuda kampung pulak tengah asyik layan karaoke-- panorama biasa di majlis kampung. Mungkin praktis untuk AF yang akan datang ni kot. Erm.. pasal ni majlis kawan D, jadi saya tak tau camne nak review sangat :P

Kemudian, pada 3 Januari 2010, Majlis Arfaizham pula berlangsung di Kelab Darul Ehsan--pun kali pertama jejak kaki. Tapi nasib baik kali ni, saya dan D pergi bersama 2 orang kawan sekolah yang lain, jadi saya tak perlu tengok map :D. Kawan saya yang tengokkan.

Dah sampai tu, sedikit keliru pasal kat board tu tulis nama orang lain. Arifaizham?? Nama pengantin perempuan dah betul! :p


Kami sampai dalam 1.00pm, tetamu memang la ramai. Jumpa muka-muka kawan sekolah yang familiar. Rupanya majlis Apai ni dibuat di dua kawasan. Satu di dewan Chempaka dan meja turut di susun di satu bilik berdepan dengan dewan untuk menampung tetamu yang memang ramai. Jadi kami pun masuk bilik tu pasal situ lebih banyak tempat kosong.

Sambil makan, ada slide show dari mereka kecil, ke zaman cinta, kepada upacara yang penuh adat pada malam berinai di belah Fifi, isteri Apai. Memang adat Minang betul. Memandangkan Apai bersungguh takmo kami datang belah Fifi (pasal dia segan kot kami akan kenakan dia) jadi dapat tengok slideshow gambar tentang majlis pun dah ok.

Tapi Redza sempat upload satu gambar Apai di Facebook.. Tada!!


Kat bawah ni la Redza, yang saya kira merangkap orang kuat untuk majlis Apai ni pasal saya perhatikan di tangan dia ada kertas A4 dan muka dia cam nak pukul orang.



Saya tetiba teringat masa saya handle majlis abang saya dulu, begitu la rupanya.. hahahha.. Bila saya risik-risik kat dia, rupanya dia tengah bengang pasal apa yang dirancang, tak jadi. ku faham sangat Redza :D


Tapi, kitorang tetamu, nampak majlis jalan smooth aje. Tetamu cuma nampak kat permukaan aje. Tak apa. Ko dah buat yang terbaik ok Redza!

Tengah layan slideshow, tetiba terdengar bunyi kompang. Terus aje kami tinggalkan makanan dan terus keluar pasal takmo terlepas perarakan pengantin.




Orang teramat ramai. Betul meriah. Sampai nak amik gambar pun, kena fikir dua tiga kali takut menghalang penglihatan tetamu yang lain.


Tapi malangnya, kami tak dapat stay untuk bergambar dengan Apai pasal aturcara majlis yang tak mengizinkan kami tunggu lama. Jadi sempat amik gambar antara kami dan berlatak belakangkan majlis :P

Masa balik, dapat door gift 2 lagi. satu dari Kelab Darul Ehsan, satu lagi dari famili Apai. Dia pun amik Restu Rezeki, vendor yang sama masa abang saya kahwin dulu. Best best. Restu Rezeki memang best!



Eh, takkan gambar makanan amik, gambar pengantin tak letak pulak kan? Ok, ni gambar Apai dan Fifi di pelamin. Baju Fifi macam ada tempias dari rekaan Cosry untuk Bunga Cinta Lestari. Cantik!



Sebabkan cantiknya baju tu, saya amik video untuk rakam details baju tu :P Apai, sorry la, Fyfy nye baju cantik, jadi aku lebih fokus pada dia, dari kau.


Lepas ni kawan sekolah mana lagi ye akan menyusul??

5 Januari 2010

0 comments:

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates