Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

01 December, 2010

Reen Kini Bersama Reem



Salam dan hai

Kita berehat dulu daripada post tentang majlis saya. Saya nak berkongsi
majlis Reen yang saya dan D berkesempatan untuk turun ke Temerloh.

Saya suka nama pasangan yang dekat-dekat. Macam Hafiz-Hafizah. Kamal-Kamaliah. Kali ni, Azreen - Azreem.

Mula-mula rancangnya nak bergerak daripada pagi, tapi tiba-tiba saya rasa macam nak sumbang sesuatu untuk majlis Reen. Saja nak bagi dia kejutan.

Jadi, saya DIY sedikit bunga deko untuk meja beradap dia. Yang ni tak bagitau dia pasal saya takut saya tak sempat nak beli bunga pagi Jumaat tu. Lagipun, memang tak tau nak buat deko yang macam mana.

Sampai sahaja di Floristika, say cari bunga yang berkenan. Lama juga (pasal tak ada idea nak buat deko yang macam mana), hampir 30 minit disini, saya sambar sahaja bunga yang saya tahu apa namanya ni.



Balik rumah terus trim pokok. D pula pergi solat Jumaat. Saya pakai bekas putih yang asalnya untuk kegunaan abu rokok yang saya beli di SSF, harga 45 sen aje masa tu pasal SSF nak habiskan stok. Hehe.

Kemudian, tada~~. Terus MMS Reen. Memang la niat nak kasi kejutan, tapi apa-apa pun, saya tak mahu la kasi kejutan yang dia sendiri tak suka. Nasib dia teruja, jadi OK sudah lulus untuk dibawa ke Temerloh.



Tapi memandangkan kami kejar masa, saya cuma sempat siapkan 3 bekas sahaja, tanpa daun diletak lagi. Angkut bekas-bekas tu ke dalam kotak dan terus ke Temerloh.


Mencari jalan agak mudah, walau ini kali pertama sampai ke sini.

Kami tinggal di Hotel Seri Malaysia. Kalau kami tinggal disini pada hari Isnin-Khamis, dapat harga kakitangan kerajaan. Tapi pasal hari tu hari Jumaat, kena caj macam biasa. RM140 kalau tak silap.

Macam biasa la, D sampai hotel mesti dia akan tengok ada ke tak siaran sukan.



D dah banyak tolong saya, daripada tolong deko kotak muffin hantaran Reen {
Post}, sampai la bawa saya ke Floristika. Jadi kasi muka kat Yayang.

Saya teruskan misi siapkan deko meja beradap Reen.

Ye, dengan baldi-baldi kami angkut dalam kereta haha.



Sambung lagi.



.. dan lagi.



Alhamdulillah, sempat siapkan sebelum malam. Lepas magrib terus ke rumah Reen untuk akad nikah dia. Kami dah janji nak rakam video dia, jadi kena sampai awal.

.. tapi kami sesat sedikit pasal jalan gelap dan D bawa laju sampai tak sempat tengok petanda arah. *cubit D. Nasib baik masih sempat sampai sebelum akad berjalan.

Ni pelamin DIY Reen.


.. Ini pulak hantaran daripada Reen. tengok tu, muffin tu cuma muat 6 kotak sahaja. *Aku dah kata Reen, takkan muat 14 kotak!!



Majlis akad berjalan dengan lancar, sekali lafaz sahaja alhamdulillah. Serius, lama sangat proses pernikahan ni. Ada la kot setengah jam ke nak menjangkau satu jam juga adanya! Sampai saya dan mak Reen sempat bergossip pasal proses akad yang lama ini. Tapi yang penting, asal sah ye Reen!?



Oh ini la yang ku nanti!! Makan kenduri selepas akad nikah-- ikan patin istimewa air tangan keluarga pengantin hokey!!



Fiuhh. kenyang perut.. bila kenyang perut, mata ngantuk. bila mata ngantuk, tak perasan jalan.. akhirnya masa balik,pun kami sesat 18 km daripada Temerloh.

Terbaek~~!!! T.T

Dah fikir macam-macam, kot-kot ada 'penumpang' ke apa ke..
Kesimpulannya=D bawa laju+B tertidur = TERLAJAK

Balik hotel terus tidur. Ngantuk pasal kekenyangan.

Esok paginya (Sabtu) sempat sarapan di hotel dulu.



Kemudian terus check out hotel dan ke rumah Reen lagi sekali.

Kali ni tak sesat dah. Haha.

Khemah dan banner sudah dipasang.


Reen tengah bersiap. Kali ini saya ada tugasan lebih penting = Sebagai makcik sponsor tapai. Suami makcik tersebut amat memberi sokongan. Ke sana sini dia menolong makcik itu.



Lepas siap susun tapai disetiap meja, terus pula hias meja beradap Reen.

Ni lebihan muffin, kami jadikan buah tangan di meja beradap.



Susun hiasan bunga elok-elok.


Campur dengan bunga tangan sedia ada di meja rombongan. Pasal meja rombongan akan disediakan dome, jadi cilok bunga tu, letak di meja beradap, kasi penuh.



Bunga saya ada banyak baki. Jadi saya deko sedikit untuk meja potong kek. Tambah sedikit dengan batu sungai.


Macam ini rupanya pada waktu majlis.


Kenapa saya ambil gambar ini? Pasal set sudu dan garfu Reen daripada tembaga!! Amat klasik hokey!



Ini diambil kerana Laling yang sponsor. Agar-agar yang sama juga Laling sponsor untuk majlis kami dulu tapi pasal tak sempat merasa, memang kali ini saya makan dengan banyaknya!


Ini rekaan apa, saya pun tak tau. Tapi pasal cantik, gambar harus ditangkap!


Kenapa juga saya amik gambar bunga pahar ini? Pasal tu bukan telur pindang. Tu coklat berbentuk telur! Kita tungu Reen untuk buat post khas tentang ini



Bunga apa pula ini, siap ada beras? Ini namanya bunga Latlat. Reen kata tu ada orang Kuantan. Mak Reen dan makcik dia yang buatkan bunga ini. Saya ingatkan ada orang salah letak bunga ini, nasib saya tak alihkan. Rupanya, masa ketibaan rombongan lelaki, pengantin lelaki akan diberi bunga ini dan dia akan bawa sampai ke pelamin.



Kemudian, tengah sibuk-sibuk, baru teringat belum conteng buku tetamu Reen.

Buku ini DIY daripada kawan pejabat kami. Cantik! pakai kertas lukisan sebagai bahagian dalam. Reen gunakan semula bunga tangan malam nikah untuk deko meja buku tetamu *bijak!



Saya sempat bawa lari 2 bunjut bunga rampai. Hehe


Kami conteng ini! Ye, memang kami letak gambar pasal Reen suruh. *ko paksa kan aku letak gambar.. eheheh


Kita cepatkan hari majlis sampai ke ketibaan pengantin ya?

Makanan majlis memang sangat sangat menyelerakan. Tak ingat berapa banyak lauk. Serius, amat banyak. Kali pertama tengok majlis ada banyak lauk!

Tapi saya amik ini sahaja.


Ini gambar pengantin.





Ini gambar mantan pengantin suka dapat amik kek pengantin.



Rumusan saya: Saya amat suka jika berpeluang dapat ke majlis perkahwinan di luar bandar, ke negeri orang. Banyak benda dan peristiwa baru saya belajar dan lihat. Sudah bosan dengan majlis dibandar yang kadang-kadang terlalu mementingkan kemewahan dan gah. Tanpa perlu bergantung pada nama-nama besar, majlis kenduri tetap berjalan dengan sangat meriah! Saya sebagai tetamu pun, rasa macam dirumah. Tak terasa nak balik cepat-cepat.

Oh ya, sebelum pulang ke rumah, saya sempat berjumpa seorang pembaca senyap blog ini. Lepas saya masukkan post yang saya akan ke Temerloh, dia hantar emel dan menjemput saya ke majlisnya. Tapi memandangkan majlisnya hari Ahad dan saya sudah pulang, jadi saya berjumpa dengan dia pada petang Sabtu. Terkejut ya Hanim saya datang? :P Kalau dijemput dan insyaAllah tiada halangan, dengan izin Allah saya akan cuba hadir.

Walau tak sempat menunggu hari majlis Hanim, saya dapat buah tangan ini! Suka!


Tahniah buat Reen dan Hanim!! Selamat pengantin baru! Kalau nak tahu siapa vendor-vendor Reen, kena pergi ke blog Reen. Mungkin penceritaan dia lebih jelas ya.


Fiuh.. balik dari Temerloh, terus demam urat.




1 Disember 2010

21 comments:

Acaii on December 1, 2010 at 9:10 AM said...

Ixa adalah seorang kawan yang baik dan seorang yang kreatif!! tahniah:) Tak pernah terfikir nak buat camtu kat majlis kawan sahabat saya. Tapi dah lambat, sebab diaorang dah beranak pinak,hehe

Anonymous said...

rasanya kalau guna bunga kaler putih lebih naik. sebab cloth table dah kaler maroon/merah. just my 2 cents :)

O Ena O on December 1, 2010 at 9:29 AM said...

seorg sahabat yg setia/kreatif/ argh anda seorg sahabat yg baik...speecchless melihat peranan anda dlm majlis nie..tp Reen mesti berbangga dgn usaha anda! huhuhu(series terharu kalo sahabat buat mcm ni di majlis daku)
Ikan PAtin! alamkkkkk dh lame x makan! mcm nk gik temerloh je skrang.hahhaa

Xora on December 1, 2010 at 9:30 AM said...

Acai: oh belum terlmbat lagi tu. majlis akikah ke, bday2 ke :P jumpa ahad ini ya insyaALLAH

Anony: pasal masa tu tak tau warna table cloth kaler apa, jadi pick merah aje utk selamat :P takut takble cloth putih, sekali bunga warna putih, yg nampak cuma daun aje lak nanti :P

Byzura Mj (By) on December 1, 2010 at 9:42 AM said...

sederhana dan meriah tu penting!!! sekarang dah macam hollywood kalau di bandar :P

Xora on December 1, 2010 at 9:44 AM said...

O Ena o: mewah dgn ikan patin. layan gak makan ikan patin! sedap~~

Unknown on December 1, 2010 at 10:10 AM said...

xora the great! :D heheheh untung dapat kwn macam ni..nak jugak! :p

Xora on December 1, 2010 at 10:17 AM said...

Zaa: haha. jgn la sebut. tu gelaran sindiran aje antara saya, Reen dan Laling.

Reen Tart Nenas on December 1, 2010 at 10:48 AM said...

ixa! thx for the post. xtau ko angkut baldi hoke. macehhh byk2. kami terharu bangat! ko gossip ape ngan mak aku? patut la seme kwn aku die kenal. aku plak konfius die bleh ingat seme nama. wakakaka jasa ko n Dz akan dikenang sampai bila2 :)
nanti kite kenduri ikan patin lagi di umah aku...

Xora on December 1, 2010 at 10:55 AM said...

Reen: ko cuma perlu tahu apa yg perlu tahu. hahah.. baldu tu muat ok dalam bonet, sila kagum. aku kalau kenduri ikan patin lagi, aku nak ko yg masak :D :D

Anonymous on December 1, 2010 at 12:08 PM said...

Xora,blog xora n xora mmg beshhhhhhhhhhhh!!
byk info n sgt2 teratur..
pndek kate x berserabut otak nak bace..:)

cha on December 1, 2010 at 12:28 PM said...

jauh berjalan sampai ke temerloh. u kawan yg sgt baik sis :)

http://whitewallsofhermind.blogspot.com/

Fifie on December 1, 2010 at 12:52 PM said...

tema Reen same ngan saya..baju juga hamper same..tahniah Reen,ingat kalau sempat nak pergi majlis di shah alam..:)

ciksue on December 1, 2010 at 1:14 PM said...

hai xora,
wahh sgt terharu tgk awk buat sesuatu utk majlis kawan baik kan,best nya
seorang yang kreatif,suka suka.hehe

ciksue on December 1, 2010 at 1:21 PM said...

hai xora,
wahh awk sgt kreatif kan..
terharu ttgk awk sumbang sesuatu utk majlis rakan...
best nya klu kita pun ada sahabat mcm tu,hahhaa

Xora on December 1, 2010 at 2:31 PM said...

Anony: ish tinggi sgt tu pujian. rendahkan skit.. masih kalut ni.. tgk ha, ulasan majlis sanding pun belum habis2 :P

Fifie: oh kamu dijemput untuk ke majlis belah lelaki ke? Kawan azreem ke?

CikSue: saya lagi terharu diorang sumbang itu ini utk majlis saya :) budaya menanam :D

andeliana on December 1, 2010 at 7:57 PM said...

blogwalking..

kreatif la akak ni.. :)

izinkan sy link akak ye..jemput melawat blog sy yg x seberapa

http://wapunyaisihati.blogspot.com

hana yoriee on December 1, 2010 at 9:00 PM said...

berttuah ada kawan sebaik xora!!! =D

btw, hasil tgn xora mabeles laaa..

Elya Roza on December 2, 2010 at 10:34 AM said...

xora...btol kann...dah bnyk sgttt wedding2 yg agak gah skangg...peninggg...
kiter suka tgk yg simple2 ajeee.....bersederhana jee kan...hehe

cik senah on December 2, 2010 at 1:19 PM said...

Ermmm.. kalau dah tgn berseni tuee.. bkn takat kat majlis kawen sendiri.. kat majlis rakan baik pun kesenian tgn Pn. Xora terserlah.. :) Tahniah! Mungkin leh jd freelance Wedding Planner tak lama lagikkk.. :) (aminnn..)

p.s : untung Pn. Reen & En. Reem.. ( best arr nama nak imbas2 begini.. hehe )
- "Selamat Pengantin Baru - Reen & Reem" < sebut lagikk.. hehe

::Destinasi nurfadhilah :: on December 3, 2010 at 3:54 AM said...

agaknye wedding kite sok dtg ke tak kwn2 yg paling rapat mse time skola dulu yer. time diorang kawen kite siap tido umah dia tlg gubah n pkaikn inai. sedih lah pulak.. mse jemput bertunang hri tu pun ade yg ingat kite main2.. agaknye kite ni xnampak cukup gatai nk menikah kot tu pasal diorang ingat gurau2..huhu btw, tahniah xora! apabila kita membahagiakan hati orang lain hati kita akan turut rasa bahagia kan.. :D

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates