Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

20 July, 2010

Belum Pernah Jumpa Yang Ini



Salam dan hai

Ada beberapa perkara saya terlepas pandang untuk kemas kini, jadi nak buat sekali harung:-

1. Cat tembok rumah
Ayah dah siap catkan tembok rumah. Sebenarnya, bukan la cat betul-betul. Tapi cuma touch-up sikit aje dengan baki cat putih daripada kerja siling hari tu. Walau cuma touch-up tapi tetap seronok tengok rumah dah serupa baru.

2. Innershine
Ok yang ini memang pengaruh televisyen. Tak mungkin la kan, lepas minum tiba-tiba mata terjadi macam mata anak kucing kan! Tapi laju sahaja tangan capai kotak-kotak ni kat Watsons! Saya dah minum sebotol. Sedapnya...!! Sangat suka. Tapi sayang nak minum pasal otak secara automatik berkira-kira, sebotol ni hampir sama harga dengan makan tengah hari saya! Jadi macam sayang nak minum. Mungkin nak amalkan dalam sebulan-dua sebelum majlis.


3. Bulan madu
Dulu, saya pernah tulis kat sini yang kami memang tiada rancangan bulan madu pun
[post penuh disini] .
Tapi tak sangka, dalam diam D uruskan semua *lompat!. Terharu sungguh-- baik daripada pengangkutan, tempat tinggal sampai aktiviti kat sana, semua D uruskan. Saya cuma angguk-angguk sahaja macam ma'am besar bila dia update kat saya apa rancangan dia. Alhamdulillah, harap semuanya diizinkan Allah *senyum

Ok. Cukup kemas kini buat masa ini.

Kalau ikut kepada senarai semak untuk Bulan Jun, semua alhamdulillah, masih ikut jadual. Cuma amik kad kahwin daripada LH sahaja yang belum berjalan. Mungkin dalam minggu ini atau minggu depan saya dapat khabar kot. Sepatutnya, dalam bulan ni, saya dan D kena pergi jumpa katerer untuk bincang dengan mereka, antaranya macam warna riben kerusi. Saya nak warna kuning macam gambar kat bawah ni (Atau mungkin ton lebih lembut), tapi tak tau la mereka ada ke tak. Sebolehnya, memang tak mahu riben warna gold. Kena tengok koleksi dalam simpanan katerer macam mana.


Sumber: photoaura.net


Ok, sebenarnya, tajuk post kat atas ini, berkaitan dengan gambar kat bawah ni. Tadi yang panjang-panjang kat atas tu cuma mukadimah sahaja *hihi

Saya terjumpa sesuatu menarik dalam Internet lagi---'bunga tangan' ni di laman web
Ruffledblog.


Sumber: Ruffledblog

Ini kali pertama saya terjumpa 'bunga tangan' dibuat menggunakan manik! Saya tak tau macam mana bunga ni direka. Dengan baju pengantin amat sederhana, tanpa sebarang manik atau renda, bunga tangan tu beri sentuhan magikal kepada keseluruhan penampilannya!

Dasyat cantiknya.

Paling utama, bunga tangan tu dibuat sendiri oleh--Ibu pengantin.

Kasih sayang ibu tiada tandingan *senyum. Erm, bila nak kasi ibu mulakan projek bantal bulat pulak ni *ngada-ngada.


20 Julai 2010

14 comments:

nuraitul on July 20, 2010 at 9:08 AM said...

tak lama ye ur big day..congratulation..moga lancar semuanya ye..amin.. :)

PurPLe LaDy AiFA on July 20, 2010 at 9:22 AM said...

xora,
i suggest u mkn grapeseed oil or vit e utk effect sm mcm innershine pati prune.. xde la mhl mcm innershine tue.. huhu

Xora on July 20, 2010 at 9:27 AM said...

Nuraitul: terima kasih. InsyaAllah ya :D

Aifa: saya sekarang selalu amik Primrose oil dgn Vit. C. Grapeseed oil tak pernah dengar lagi. nak cari kat mane?

farahfatihah on July 20, 2010 at 10:13 AM said...

ya..sama lah kita cik xora..innershine...pasti di minum..emm sedap ek?

NoRr on July 20, 2010 at 10:28 AM said...

xora sy pun terpengaruh jugak innershine tu..haahaa...serious sedap kalau minum yg sejuk kan...tapi takot la xora, sy still was2, boleh ka sy ni beseri???hukhuk..

cikyuSnida on July 20, 2010 at 11:56 AM said...

bunga tangan tu unique. suuka =)

kalau dlm 3 bulan sebelum majlis makan innershine tu okay kot. sbb mahal kottt. huhuhu

kay kamal on July 20, 2010 at 12:23 PM said...

makin tgk mcm2 makin byk idea akan makin tension..lol..

nnti da siap bntal tu make an entry on it tau

tengkujuh on July 20, 2010 at 12:56 PM said...

INNERSHINE. Pilih yang sgt baik. saya pun makan ni 2 bulan sebelum jer atas alasan yang sama. hahahaha... but its work. rasa refresh sgt dan bertenaga pastu bukan je dapat sinarkan mata but its also can help on the eyebag. For me la but saya rasa its will work for u too dear.

Happy planning and countdown for the DAY. =)

mama affan on July 20, 2010 at 3:55 PM said...

eleh..ayat mau bodek mak la 2..hehe..

moga berjaya!

ReYNa on July 20, 2010 at 9:08 PM said...

innershine mmg sedap sgt.penah amal before wedding tp sbb minum gitu2 je (kos xdak n mahai la) jadi x tau la berseri ke tak.kena selalu minum kot br jadik

Ibu Najla on July 21, 2010 at 12:23 AM said...

xora,
kalau tak silap sy prun tu utk kulit. kalau nak beli yg utk mata, pati berry ok. tp memang elok produk. cuma harganya jer lah buat kita pikir 2x nak teguk sampai habis kan..sAyang :p

PurPLe LaDy AiFA on July 21, 2010 at 11:27 AM said...

grapeseed oil yg sy mkn leh dpt kat HPA mart.. kl byk kot outlet hpa...

Syazlie on August 10, 2010 at 9:38 AM said...

kat Brunei memang byk bunga tangan yg d buat daripada manik...

Bushra Tajuddin on August 16, 2010 at 8:23 AM said...

baru terbaca post xora yg ni..
camne leh terlepas lak ni.. :P

suke bunga tangan tu! my mum pun tgh gile wat bunga manik skang ni.. cantiknyee.. nape la my mum xblaja awal2.. kalo x, leh mintak die wat kan bunga tangan cmni dulu.. heheee.. ngade jugak! :P

* nak wat entry utk bunga manik mama laa.. tq bg idea.. hehe!

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates