Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

21 April, 2010

Penaja Saya


Salam dan hai

OK. Saya akui. Saya ada ego yang agak besar untuk menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak. Baik saudara mara, kawan-kawan atau D sendiri.

Mungkin pasal saya couple lambat, jadi saya sudah terbiasa kot usahakan semua benda sendiri. Bukan maksudnya orang yang couple awal ni, sudah terbiasa dimanjakan dan dibelai dengan penajaan pasangan masing-masing. Bukan itu. Jangan salah faham.

Cuma untuk keadaan diri saya, saya merasakan mungkin antara salah satu sebab saya terbiasa dengan prinsip, "nak apa-apa kena usahakan sendiri."

Sama juga macam saya nak beli pencuci muka masa umur saya 13 tahun. Ayah tak bagi pasal dia kata saya kecil lagi. Ibu pun tak bagi pasal dia takut tak sesuai. Jadi saya simpan duit elaun saya sampai cukup, kemudian beli sendiri. Ala, bukannya mahal pun Clean & Clear tu. Cuma untuk budak sekolah menengah daripada latar belakang keluarga sederhana, bagi saya itu sudah cukup mahal la kan.

Ok, maaf, terkeluar topik pula.

Berbalik semula kepada topik "Penajaan".

Walaupun saya ada ego sendiri (ego konon nak buktikan diri mampu laksanakan dan realisasikan impian dengan menggunakan duit sendiri), tapi untuk majlis saya, saya kena berpijak di bumi yang nyata juga.

Tak boleh menolak rezeki. Tak boleh menolak tuah. Realitinya, saya sendiri mana mungkin ada duit yang mampu menjamu tetamu yang ramai. Kerja pun belum cukup 3 tahun, duit pinjaman pergi buat joli dulu (ye, nanti aku ada anak, make sure dia tak joli duit!!), kerja hanya dari 8 pagi ke 5 petang, jadi mana mungkin saya ada duit puluhan ribu.

Majlis kita nanti, walaupun memang kita yang diraikan, tetapi banyak pihak yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam majlis ni. Saya mahu gembira pada hari majlis saya dan saya tidak mahu ada hati terluka dek tindakan saya. (masa post ni ditulis, saya belum bertukar menjadi bridezilla lagi ye.. )

Jadi saya nak berterima kasih kepada pihak-pihak penaja (definasi poyo sebenarnya, bukan??) yang sanggup menyatakan kesudian menaja majlis saya :P

1. Ibu ayah kedua-dua pihak- menaja dari segi semua keperluan majlis kenduri, daripada segi kos dewan, makanan, buah tangan, pasukan kompang dan bunga pahar.

2. Nity- Sponsor kek hantaran untuk D. (Nanti kita cari macaroon ye?? Nyums!!. Yahoo Answer tak dapat memberi gambaran rasa macaroon macam mana la pompuan!)

3.
Reen-. Aku dah bagitau mak aku, sediakan ruang untuk tart nenas ko yang amat nyyummy itu!!

4. Kawan-kawan ibu yang mahu sponsor juadah tambahan.

Hiish jangan la ingat saya ni fofular dan berjaya dapatkan tajaan yang banyak. Cukup la empat pihak ni pun, saya rasa sudah menyusahkan mereka sahaja. Tebal kulit muka nak terima. Tapi dah orang niat nak memberi, kita mesti menerima.

Saya berterima kasih sangat pada ibuayah. Mereka tak menerima tajaan membabi buta, tetap rujuk kepada saya dulu. Prinsip mereka "Ni majlis korang". Ibuayah juga tak mahu terlalu banyak campur tangan saudara mara. Mungkin mereka tau perangai saya yang cepat melenting kalau tak kena dengan cara :P

Apa-apa pun, saya cuma nak bagi gambaran sebenar kepada B2B yang pernah emel kepada saya, bertanyakan budget kahwin saya. Perlu dijelaskan, majlis saya dan D ni bukan lah 100% duit kami.

Ibu ayah perlu meneruskan tradisi keluarga kami dari turun temurun, kenduri kendara makan minum ibuayah lah yang tanggung. Tradisi daripada datuk nenek ibu lagi, kepada abang-abang saya, sekarang ini, giliran saya pula.

Kos saya hanya berlegar-legar daripada aspek persiapan pengantin. Jika itu yang B2B tanya, saya boleh menjawab. Tapi daripada aspek kenduri, memang 100 peratus penglibatan ibuayah kedua-dua pihak.

Jadi saya harap, tiada lagi yang kagum bagaimana saya uruskan perbelanjaan majlis saya. Saya rasa lebih kagum, ada bakal pengantin yang mampu uruskan semua aspek perbelanjaan majlis, termasuk kenduri kendara.

Tapi ingat, setiap antara kita rezeki adalah berbeza-beza. Jangan sekali-kali samakan atau bandingkan rezeki kita dengan rezeki orang lain. Ada banyak perkara dalam kehidupan ini, bukanlah untuk dilawan-lawan, tetapi untuk dihargai dan disyukuri.

Usah la kagum melihat majlis orang yang serba serbi mewah, tapi kamu merungut, hanya mampu serba sederhana. Mungkin rezeki mereka mendapatkan majlis sebegitu, tapi mungkin rezeki kamu, kamu akan bunting pelamin atau kamu tidak lagi tinggal berjauhan dengan suami.

Rezeki bukan hanya pada material sahaja, sayang.




21 April 2010


18 comments:

Anonymous said...

such lovely words xora.. kata2 u wat orang pleased dgn kamu tau!

cik fiza on April 21, 2010 at 9:00 AM said...

Saya setuju sgt2 ngan ayat cik Xora, " nak apa2 usaha sendiri" cz mmg kita kena jd independent kan... :)

sikap ketidak bergantungan adalah sikap yang baik :)

tapi kdg2 ada org salah erti, dikatakan kita sebagai sombong... sebenarnya tak.... kita cuma nak capai sesuatu dengan hasil usaha sendiri.. tu pandangan sy la..

Ms ALiN-D on April 21, 2010 at 9:18 AM said...

ye btul xora..rexki kite lain dr org lain..kite perlu sentiasa bersyukur dgn ape yg kite dapat.. ;-)

Reen Tart Nenas on April 21, 2010 at 9:22 AM said...

suke2 tart nenas :

sk on April 21, 2010 at 9:28 AM said...

setuju sgt dgn perenggan yg last psl rezeki tu.. :)

Ilyani on April 21, 2010 at 9:39 AM said...

xpe xora..rezeki tu...sy pn ade gk org nk sponsor itu ini...sy terime sumenye... :)

bak kate org, rezeki jgn ditolak...he3

mama affan on April 21, 2010 at 9:44 AM said...

xora..ryna n fika alhamdulillah belanja kawen kami dua2 pihak..70% kami uruskan..kot2 mana..usaha sendiri mmg berbaloi..

rezeki telah ditentukan..kalau ibu bapa bantu, bersyukurlah..tapi kalau tidak menyusahkan lagi bagus..

yg pntg perancangan..tapi kalau ibu bapa mahu sponsor utk part tertentu..jgn ditolak..huhu..

apa yg pntg? kerjasama..wink2..

hana yoriee on April 21, 2010 at 10:31 AM said...

xora saya setuju! hihi..hana pun dari kecik (lagi2 anak sulung) dah tanam sikap independent..tp ada lah kadang2 terngade-ngade sikit ngan mama n ayah.hehe..

harzharun on April 21, 2010 at 12:04 PM said...

dear....kdg2 parents rs dia perlu sumbang sket kat anak2 sbb derang rs tu tanggung jawab mereka...kita xle la nak tolak mentah2 kan...ada yg parents mampu, byk la dia bg..bg anak kepada parents yg sederhana, kene fhm situasi keluarga..yg penting, semua kene ikot kmampuan diri...

tajaan parents mesti terima!
tajaan makcik pakcik, kene tgk jugak....takot dah xjadi mcm yg kita harapkan..kalo nak tolak, tolak dgn bhemah, xpun tukar bnda yg dia nak bg tu, cadangkan bnda lain..
bukan apa2 kdg2 org sonok nak taja sbb derang tumpang gembira..so, jgn wat derang terasa plak...

NoRr on April 21, 2010 at 1:19 PM said...

ya!nak apa mmg kena usaha seniri...setuju sgt2. =)& perlu bersyukur sgt2 jika ada yg sudi sponsor sbb semua tu rezeki kan..unlike my case,sy bukan dr kalangan yg bernasib baik untuk utk menerima apa2 sumbangan dari family sbb family kami mmg kurang mampu..tapi sy redha ja.walaupun baru keja 3 tahun tp Alhamdulillah..duit cukup untuk buat 1 wedding sahaja..so tunang n sy combine wedding kami..

mula2 mmg agak susah nak terima kenyataan tapi memikirkan belanja kawen yg tinggi kami berserah ja n buat apa yg mampu.segala perbelanjaan ditanggung 100% oleh kami berdua..kadang2 agak sesak bila time2 tertentu..

janji Allah mmg tak pernah berubah, sejak kitorang plan nak kawen n prepare kerja2 kawen kitorang ni, tanpa dijangka rezeki Allah mmg datang dalam bentuk yg tak dijangka..syukur sgt2.so kalau ada yg cakap takot nak kawen lagi sbb tak mampu, sy rasa patut betulkan persepsi tu.insyaAllah semuanya akan ok..

xora, jgn marah ye..my comment panjang...sy suka komen bab2 ni..eheheh

zielalala... on April 21, 2010 at 1:21 PM said...

sy pn bab dewan n makan mak ayah sponsor..sy pn xpunya byk duit nk buat sume sendiri..ye sy pn xmampu nk buat majlis besaran2..dewan pn xde aircond..hehe..tp sy dh cukup puas hati sekiranya sume saudara n kawan2 dapat dtg memeriahkn majlis tu..biarla sederhana tp meriah..syukur ape yg ada..

Xora said...

Fara: oh iye ke? hih time ni tgh stabil. cuba kalau tgh saiko, mmg akan saiko :P

Fiza: betul tu. kadang2 lebih puas kalau kita usahakan sendiri kan?

Alin: haah, kadang2 rezeki tu juga datang dalam berbagai bentuk kan Alin?

Reen: nyyuumms!! mahukkk tart

Xora said...

SK: dan rezeki tu hadir dalam berbagai bentuk kan?

Ms. Eng.: betul, semua kita terima dengan hati terbuka..

Ryna: ni dah wonder pets tu ayat terakhir :P yg penting usaha dan kerjasama!!

NoRr: ish takpe saya pun suka baca komen kamu. panjang tapi berisi.

Ziela: sama la kita. mmg kalau ikut kan kos kita sendiri, tak termampu.

syaliz said...

kalau parents nak sponsor kenduri, mmg la ibarat pucuk di cita ulam mendatang, sebab kos kenduri amat tinggi!!! duit tu boleh but utk bende lain, setakat nie saya set kat otak 100% duit belanja klua sendiri, apa yang boleh saya kate, kalau berangan nak klua duit belanja sendiri, dari 17 tahun la kene menyimpan, kalau macam saya nie dah terlambat, mmg la sengsara.

PUAN THALHA : on April 22, 2010 at 2:37 AM said...

xora, tiada salahnya terima penajaan dari parents.. rezeki kan.
tapi, situasi saya hampir sama dengan Norr. preparation kawin 90% duit saya sendiri. tunang pun sama. :)
apapun, saya akan cuba buat yang terbaik walau punya budget yang terhad. amin :)

Reen Tart Nenas on April 22, 2010 at 2:07 PM said...

hukhuk aku pun sama 100% sendiri :(
wish that i'm still strong till our biggie...

Mrs.Qarlista on April 23, 2010 at 1:47 AM said...

hmm..more than words..i agree with u xora! kite cuba merealisasikan apa yang kite impikan dengan cara kite sendiri..perlu bersyukur dengan rezeki masing2..itu bahagian kite di dunia..:)

Xora said...

Sya: kita serupa. saya pun lambat menabung. masa muda2 suka guna duit enjoy dan shopping. ni pun dah terhantuk, baru tergadah.

Thalhazlin: saya kagum la dgn korang yg support majlis 100% duit sendiri. serius, sgt kagum!

Reen: ko mmg tabah. go reen go!!

Nad: saya suka komen kamu bahagian "itu bahagian kite di dunia.." sangat mendalam!

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates