Salam dan hai
*Ini post automatik. Saya masih sibuk siapkan beberapa perkara persiapan majlis kami InsyaAllah
Daripada dulu lagi, saya memang nak bekas tembaga untuk tetamu, tetapi kos menjadi penghalang.
[post penuh disini]
Tapi demi nak puas kan hajat saya, saya amik keputusan, bagi hadiah tembaga kepada tetamu di meja beradap sahaja.
Tiada niat nak membezakan tetamu, cuma dalam mengimbangi impian dan kemampuan saya, hanya itu sahaja yang saya mampu-- 8 orang.
Mula-mula, ayah sudah tempah daripada kawan dia di Kelantan. Tapi lama benar proses nak tunggu. Saya pula jenis tak reti bersabar.
Kemudian, masa Pameran Kraftangan & Promosi Kerja Kahwin [Post penuh disini], ada banyak jualan tembaga dan alhamdulillah, ayah setuju nak beli masa tu. Jadi yang order daripada kawan dia, dibatalkan.
Kami borong 8 biji (.. ke ketul?? betul ke penjodoh bilangannya ni? Rasanya penjodoh bilangannya bekas kot.), tapi ada juga dugaan nak beli bekas tu. Pasal orang kedai tu pun tak jangka yang akan ada orang datang dan beli terus. Biasanya dalam pameran macam ni, orang cuma nak datang tengok. Jadi bila kami nak beli, dia sudah menggagau mencari stok. Demi nak cukupkan 8 bekas, yang bekas display pun dia rembat terus.
Pratonton bekas tembaga. Tada!
Saya berharapkan warna lebih.. erm.. tembaga, berbanding macam warna emas. Tapi tak apa, asal dapat yang berkenaan pada harga yang munasabah. Walau kecil, tapi berat juga. Dah nama pun tembaga hihi.
Muat letak telur pindang sebiji. Bekas tembaga saya tak mahu kacau dengan deko. Saya nak cantik tembaga tu terserlah sendiri dan biarkan bekas tu berdiri seadanya. Cuma telur pindang, nampaknya kena deko sikit supaya takde la kosong sangat.
Teruskan dengan operasi DIY saya untuk buah tangan meja beradap.
Saya pilih riben warna pink. Pasal deko di meja beradap, ada unsur warna pink juga.
Warna pink tu, saya 'kahwin'kan dengan riben warna putih pudar.
Kemudian, saya gam kan bunga ditengah-tengah, untuk tutup bahagian diikat tu.
Tak suka dengan benda jurai-jurai tu, jadi saya potong. Semua nak jurai, rasa semak juga
Ok, inilah projek DIY saya untuk buah tangan meja beradap. Net tu belum dikemaskan lagi. Tu sudah macam singar kembangnya.
Walau bahagian belakang ni macam kosong, saya rasa tak perlu la nak letak tag terima kasih atau apa-apa. Biarkan sahaja. Kurang kerja sikit. Hihi.
Semua riben dan net saya dah potong siap-siap, ikut ukuran yang saya nak. Jadi malam sebelum majlis, terus ikat sahaja.
2 November 2010
10 comments:
ala..sweetnye..xora memang kreatif..
lama dah x namapk wedding favor cm nie.. classic and simple.
santek sangat! =)
Uiskkkkk cantek cantek cantekkkk
xora, selamat pengantin baru!! minta maaf x dpt nk hadir arituh.. terkejar kejar tp still x sempat ke wedding xora. sedihhhh =(. apa pun.. selamat pengantin baru! semoga kekal hingga ke akhir hayat insyaAllah.
bestnya tgk hasil keja xora ni.
kamu mmg kreatip!
lovely..
alaaa.. lupe nk amik gambar masa bekas ni masa pergi wedding xora aritu.. :( sbb excited sgt amik gambar ngan perantin.. :))
comel!!ske tengok..cntk.. =)
Post a Comment