Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

23 November, 2010

Memaniskan Lagi Bulan Madu Kamu



Salam dan hai

Saya tau saya masih berhutang post terakhir untuk ini {
Post}. Hutang post bulan madu kami dalam hujan. Sebenarnya, tidak lah lencun, cuma sepanjang 4 hari disana, 2 hari juga la hujan dipagi hari. Romantik juga berlari sana sini berteduhkan peta Langkawi. Haha. Tapi ibu ayah memang risau la keselamatan kami disana, pasal masa tu tengah heboh Kedah tenggelam dek banjir.

Kami tinggal di Federal Villa yang diuruskan oleh Holiday Villa. Nasib D penjawat awam, jadi dapat la jimat sikit daripada segi tempat tinggal. Dapat pakej spa dan makan malam di restoran mana ntah tak amik pot, tapi tak mahu pasal saya nak merasa makanan tempatan Langkawi. Satu-satu perkara yang saya kesal, ada kitab Bible di dalam laci meja sisi katil kami. Kami cuma perasan hari terakhir di sana. Jadi kepada semua bakal pengantin, sila periksa dulu semua laci di bilik hotel korang semua ya.

Saya masih mencari-cari rentak bagaimana saya boleh mulakan post tentang bulan madu kami tanpa terlalu terperinci. Cukup la sekadar kenangan dalam blog ini. Saya tak mahu tuliskan post yang terlalu cliche apabila menulis tentang bulan madu. Saya mahu post saya secara tak langsung, memberi faedah dan tips kepada bakal pengantin. Jadi setelah difikir-fikir, saya jadikan post saya begini.

Tips memaniskan lagi bulan madu kamu.


Jika kamu SUAMI, pastikan kamu

1. Rancang bulan madu kamu dengan teratur, baik daripada segi tempat tinggal, makan, pengangkutan dan paling penting --membeli belah (ni program khas untuk isteri tercinta)



2. Bawa salinan surat nikah kamu



3. Bawa tripod supaya kamu dapat bergambar dengan dia pada latar belakang yang kamu kehendaki, dan bukan sekadar kamu memegang camera dan kesudahannya, gambar fokus pada muka; atau gambar kamu dan dia sorang-sorang.



4. Lindungi si cinta hati kamu ketika dia dalam ketakutan (walau dibuat-buat)


5. Pastikan semua barang dia tiada yang tertinggal di hotel, kereta sewa atau mana-mana tempat yang kamu kunjungi (Atau kamu tetap dipersalahkan)

Rayban ku dalam kenangan T.T. Salah D la ni, tak ingatkan B!


6. Bawa cinta hati kamu ke mana sahaja dia mahu pergi (walau ke kilang proses gamat :P)



7. Pastikan bawa krim UV (atau dia akan membebel kata kamu menyebabkan dia hitam)


8. Abadikan bulan madu kamu dalam bentuk lukisan, karikatur atau t-shirt





9.Layani kerenah seleranya (walaupun kesudahannya kamu yang kena habiskan)Tapi awas, kalau dia naik berat badan selepas berbulan madu, kamu adalah objek paling mudah untuk dia salahkan










10. Tulis nama kamu dan dia di pasir (Walaupun lepas tu hilang dek ombak)







11. Biarkan dia dengan peelnya di tempat melawat (tapi pastikan tiada pelawat lain berada berhampiran)




12. Bagi dia cuba benda dan aktiviti baru



13. Biarkan dia buat posing merepek






14. Join dia sekali buat posing merepek




15. Jangan paksa dia baca peta.

D: B, kita kat mana ni sekarang ni?
X: Kita.. kita.. kita kat Langkawi!!
D: Memang. Langkawi kat part mana?
X: Kat.. kat.. Kat belakang kereta putih ni!




Jika kamu ISTERI, pastikan ..

1. Ada siaran sukan di bilik penginapan kamu.



.
.
.
Itu sahaja. D amat gembira dapat tengok bola sepak T.T



23 November 2010

25 comments:

Lala on November 23, 2010 at 1:19 PM said...

comey!!

IamAin on November 23, 2010 at 1:23 PM said...

tips yg bagos la xora...sgt sweet..sila kongsikan lg tips2 ntuk bakal serta mantan pengantin ya

y.o.n.g.n.a.n.a.1.8.8.1. on November 23, 2010 at 1:27 PM said...

wsh..tempat hanimunan kita sama lah...hehe.

Err..ini rasanya dalah komen pertama saya selepas wedding kamu. Tapi walaupun tak drop komen saya tetap baca semua entri cerita kawen kamu Xora..siap korek2 kat arkib lagi.huhu.

Neway..Semoga berbahagia ya!

"cikkin" on November 23, 2010 at 1:29 PM said...

bagusnye tips..=)
akan di praktikkan..bile tibe masanya..hehe...

supersepet© on November 23, 2010 at 1:36 PM said...

haha isteri satu je ek?ok sukaa! hahahaha

Unknown on November 23, 2010 at 1:54 PM said...

haha.. kak xora! btul sgtla tuh..
evn dia xlsah pun kna dsalahkan..
*cian nyerr*

yg part bab kita tu pun same..
sukan sukan sukan!

Bushra Tajuddin on November 23, 2010 at 1:59 PM said...

hehehe.. beshhnye jadik isteri~!!
encek suami, sila take note!

haha.. ;)

cik fiza on November 23, 2010 at 2:09 PM said...

suami cukup ngan channel sukan je ek?

~PuRpLe BlosSom~ on November 23, 2010 at 2:55 PM said...

kak iza!!! rayban tinggal dimana..???? cite pasal kunci keta ilang xade pown.??? ~boss yg cite~ agagagaggaa

annie on November 23, 2010 at 3:00 PM said...

haha! suwitt ^_^

noa on November 23, 2010 at 3:12 PM said...

bw tripod? tak penah tepk, tq tq

Xora on November 23, 2010 at 3:14 PM said...

Dear all, terima kasih utk komen2.. kalau ada yg sesuai, kita praktikkan ya.. haah jgn lupa tripod. tripod ni pun, kawan kami yg dah kawin igtkan pasal dia kata, gambar dia dan isteir, semua stok jenis pegang camera sndiri, jadi sgt tak best.

thezaila on November 23, 2010 at 3:32 PM said...

Hey babe..saya ke langkawi juga utk bulan madu.. kita adalah sama!!! bleh declate kembar x...*muka x malu i nih*

Acaii on November 23, 2010 at 4:49 PM said...

Hahahahahahhahaha, very the true!! kat manapun berada,kalau dapat tengok bola memang hati lapang dan tenang. Pastu kalau nak suh teman shopping ber jam2 pun takde masalah :) bagus ixa, dah boleh faham basic need lelaki kaki bola,kekekkee.

.: an :. on November 23, 2010 at 5:10 PM said...

haha! sweetnye! =D

Anonymous said...

suke lawat blog iza ni..penuh tips..

Shakina Farhan on November 23, 2010 at 6:06 PM said...

mmg bgus..info yg berguna xora..
hehe..xora n zaila ni asyik sama je kn..;P

Reen Tart Nenas on November 23, 2010 at 8:40 PM said...

harap aku dpt hornymoon eihhh honeymoon wakakaka

didieadila on November 23, 2010 at 9:46 PM said...

nak kasik link entri ni kpd bakal lah..heheheh..

Pn. Ira on November 23, 2010 at 10:38 PM said...

hahah..suke entry ni..hak3

Mrs Kecik on November 23, 2010 at 11:33 PM said...

huhuhu...malas nk email..nk komen kt sini gak. saya nak sewa veil putih tu...tapi..pjg sgt....! sama pjg saya. :(

Anonymous said...

yer memang pon...untuk suami chanel bola dah cukup memadai...;p

lovelyadibah on November 24, 2010 at 4:01 PM said...

saya setuju bab siaran sukan 2..:)

Asz Miza on July 6, 2011 at 11:22 AM said...

salam xora, miza pn g langkawi jugak..sama jugak husband miza pn kje government so ambil federal villa sebab murah. :)

Boleh suggestkan tempat mana nak pergi tak? Company mana xora sewa kereta etc.

thanks :)

Xora on July 6, 2011 at 11:57 AM said...

bab company sewa kereta, saya rasa kalau kamu kuar daripada airport tu aje, dah berlambak org promote sewaan keta jd tak perlu risau sgt. elok amik kete yg sedang2, cam Wira ke, jgn amik kancil, tak feel lak nnt :P

tempat nak gi mmg ada banyak sgt. tapi saya cadangkan kamu jgn lupa amik peta yg petugas kat airport kasi FOC. kami pun tak rancang nak gi mana, jadi kami nye destinasi berdasarkan peta, tgk tmpat mana yg dekat dgn tempat tinggal kami :P tapi tak pusing Langkawi penuh pun :P amik tempat2 yg wajib cam kabel car, makam mahsuri, pantai diorang..

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates