Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

28 July, 2010

Resepi Bunga Rampai



Salam dan hai

Bunga rampai pasti akan memainkan peranan penting dalam keseluruhan majlis saya *senyum.

Saya tak pernah pun terfikir saya boleh menjadi sangat obses dengan bunga rampai, sampai la masa persiapan majlis abang saya dulu. Saya langsung memang tak pernah buat bunga rampai seumur hidup--itu yang pertama.

Mungkin memori zaman kanak-kanak dulu, teringat, bila gi rumah orang kahwin, mesti ada bau bunga rampai.

Sanggup tu saya hiris halus-halus daun pandan tu! Nasib Falin datang membantu. Sampaikan pengantin baru K.Rina pun, kena kerah buat bunga rampai.

[Post penuh
disini , disini dan disini ]

Majlis abang saya yang dibuat di dewan tak membantutkan langsung element bunga rampai dalam majlis.


Bunga rampai ni bagi saya, bagai pulut kuning dan telur pahar. Orang tak buat hanya untuk suka-suka. Orang buat untuk majlis-majlis tertentu sahaja. Kalau pun orang buat pulut kuning saja-saja, kalau diberi pada jiran, mesti jiran akan tanya "eh, ada apa-apa majlis ke?". Kuatnya momentum adat dalam hidup kita, secara kita tak sedar.

Melalut sedikit.

Tujuan saya post tentang bunga rampai ni, pasal saya nak berkongsi resepi (boleh ke pakai istilah resepi?) untuk buat bunga rampai.

Masa majlis abang saya dulu, saya main taram sahaja cara nak buat. Cuma daun pandan, kemudin pewangi yang ayah beli di kedai India dekat rumah, tak tau la kalau sama ke dengan air bunga mawar macam dalam
post Huda ini , dan beberapa jenis bunga yang B.Puan T tolong petik kat tepi jalan *dia hebat!

Yang saya ingat, bahan-bahan yang saya guna:

Bahan yang dihiris halus:
Daun pandan

Bahan-bahan 'secukup rasa':
Bunga kemboja
Bunga kertas
Bunga daisi
Bunga yang dalamnya ada madu yang masa kecik-kecik dulu, saya selalu kuarkan tengah dia untuk amik madunya yang setitik aje tu..
.. dan beberapa bunga yang saya tak tau namanya

Itu pun cukup. Tetap wangi.

Masa tu saya pakai bilah pisau cukur yang dipatahkan dua. Memang tajam. Saya tak pandai pakai gunting atau pisau dapur untuk hiris daun pandan. Lagipun, hasil pakai bilah pisau cukup ni, lagi halus. Pisau lipat yang budak-budak buat asah pensil khat masa kat sekolah agama pun boleh.

Sejarah: Ibu kata, kalau dulu-dulu buat bunga rampai kasar-kasar, orang tua-tua akan buangkan! Bukan saiko, tapi tu sebagai latihan, jangan anak dara buat kerja asal nak siap sahaja tapi hasil tak semenggah.

Baru-baru ini, saya terjumpa resepi bunga rampai yang saya dapat daripada Internet. Sumber saya kurang pasti daripada mana *maaf

Bahan yg dihiris halus:
Daun pandan
Daun serai wangi
Daun nilam
Daun limau purut
Bunga ros kampung
Bunga melor
Bunga tanjung
Bunga kemboja (biasanya warna putih)
Bunga cempaka
Limau purut - ambil kulitnya sahaja dan hiris halus-halus

Setelah dihiris halus-halus, bolehlah digaul dan hias ikut suka. Mengikut resepi tu lagi, lagi banyak bunga-bunga wangi macam bunga sundal malam, lagi bagus.

Tips yang saya pernah dengar daripada B.Puan T, dia kata ada makcik tu letak gel rambut lelaki, supaya bunga rampai tu berkilat.

Tips yang saya boleh bagi berdasarkan pengajaran yang saya belajar masa buat bunga rampai abang saya dulu, jangan campur kelopak bunga terus dengan daun pandan. Pasal masa kita nak letak air mawar/ pewangi bunga rampai kat daun pandan, benda-benda tu ada asas alkohol jadi kalau terkena dengan kelopak bunga, kelopak bunga akan jadi lebam dan teramat tak cantik! Kalau air tu kena kat daun pandan, tak apa pasal warna asas daun pandan memang hijau jadi tak ketara. Kalau boleh, ratakan air pewangi dulu dalam daun pandan. Kemudian tutup dengan plastik [rujuk gambar pertama di atas]. Kelopak bunga tu campurkan esok hari sahaja.

Kalau kawan-kawan ada lagi resepi bunga rampai yang lain, mungkin boleh kongsi dalam kotak komentar di bawah ni.


28 Julai 2010

21 comments:

Puan T on July 28, 2010 at 8:45 AM said...

haku petik kt masjid upm weh.ohohohohho!~aku kawen nt pon gagah gk la aku ng mak aku g petik bunga nnt. pkck masjid da biase tgk muke kitorg sengeh2 mintak permission.

Puan T on July 28, 2010 at 8:46 AM said...

oh ha jap lupe plak. psl gel rambut laki2. jgn buh dlm kuantiti yg byk ye hadirin hadirat. nnt takot bau kepala org laki plak.biar sket xper nnt dia akn merebak ng sendirinya kt sume2 hirisan daun pandan bile kiter gaul2 nnt.

hana yoriee on July 28, 2010 at 8:47 AM said...

huhu..bunga rampai pun dah beresipi..dulu buat main taram aje..penat nak hiris halus2 guna bilah pisau tu..sampai luka2..huhu

Mysarah Rahman on July 28, 2010 at 9:28 AM said...

tak pernah pown pk mcam mana nak buat bunga rampai. yg i tau dia akan jadi wangi jer. haha

PurPLe LaDy AiFA on July 28, 2010 at 10:05 AM said...

owh mcm ni rpnye nak buat die. serious tak taw. smpai ms kawen aritu siap tempah suh org buatkan.. hummm... mbazir lak rsnye..

famzmhj on July 28, 2010 at 10:06 AM said...

oh ade resepi ke nak buat bunga rampai. huhuhuhu~ saye ingat pas hiris tu die terus wangi.

haha. sungguh ceteknye pengetahuan. XD

III bDkNaKaL III on July 28, 2010 at 10:16 AM said...

anda hebat..syabas xora!ni lg satu bnde remeh yg slalu diabaikan...thanx...

MamaPatch on July 28, 2010 at 10:24 AM said...

i heart sgt bau bunga rampai. masa tunang & wedding semua nenek wat bunga rampai. byk sgt! smpi preggy i mengidam nk bau bunga rampai...

Byzura Mj (By) on July 28, 2010 at 10:51 AM said...

suka bunga rampai. tak boleh tinggal if kenduri kahwin. wajib ada. me suka letak melur + cempaka. wangi....

Anonymous said...

bunga rampai sgt sinonim kan.klo bilik pengantin xde bau ni, mcm xlengkap rasanya.esp kalau kt kampong2..dah tau resipinya sbb asek kena kerah buat masa kecik2.sbb buat ni pon dah jd rewang, sbb byk sgt kena hiris..

-adah-

Melin Fork on July 28, 2010 at 11:38 AM said...

hahah.betul dear!!
dulu masa bebudak tolong buat bunga rampai..first time..kasar yang amat! makcik2 terus reject! bila dah tau teknik yang betul, then cantik jek!
kenangan~ =)

khairulhaya on July 28, 2010 at 12:14 PM said...

xora kena pastikan bunga rampai ni ade mase majlis xora nnt okey..baru la namenye pengantin baru kalau ade bunga rampai..

yang penting dlm bilik pengantinla..mntk la bantuan makcik2 buatkan bunga rampai ni nnt..roy pon bole tolong gak..hehhehe

Mrs Kecik on July 28, 2010 at 12:23 PM said...

err...baru tau ada cara2 campuran bunga rampai. kitorg main hentam je.
xora..nama bunga ade madu setitik tu jejarum..hehehe..

cik fiza on July 28, 2010 at 1:03 PM said...

bunga rampai sinonim ngan bau kenduri kawen kn.. kalo xde bau bunga rampai cm xde org kawen jek.. x best...

wAt| on July 28, 2010 at 3:09 PM said...

Wow... Info yg menarik utk b2b. Anyway, sy ni anon follower Xora. Slm perkenalan.
Spt kata si kecil, "bunga yg dlmnya ada madu" nmnya jejarum. tp, ada jg yg memanggilnya pokok pecah periuk atau siantan. Nm komersil utk bunga tersebut adalah Ixora (eh, mcm nama Xora plak kan?). :)
Last but not least, keep up the good work... teruskan menulis & memberi idea, even selps "dia terima nikahnya". I will looking forward for ur updates.
Thanks.

Unknown on July 28, 2010 at 5:34 PM said...

yes..pewangi yang paling senang and tahan lame utk dipakai dlm blk pengantin adalah bunga rampai.

suke baunye =)

Reen Tart Nenas on July 28, 2010 at 7:36 PM said...

masa aku bertunang dulu pun hiriskan sekali daun nilam tu. susah nak dapat skang, and ada generasi kite yg tak kenal pun daun tu. sib baik mak aku memang tanam... nanti kot ko nak, bgtau yer... :) luka2 weh jari nak hiris daun pandan...scary... tp best :)

Sya Sakura on July 29, 2010 at 1:08 AM said...

thanks for sharing! :)

Coz i honestly thought bunga rampai is just daun pandan racik2 kecik2 pastu campur dengan pape bunga, pastu sembur perfume je.. hahah..
sungguh ignorant sy ni.. heheh :p

Nurulhuda|Adlie on July 29, 2010 at 2:41 AM said...

xora, i dah jumpa air mawar yg sebenarnya (yg i punya tu salah, haha), blogger azian dia bgtau nama dia lotion patchouly, so tadi i g jalan tar, mmg ada kat depan2 kedai tu lotion patchouly n ada untuk tulis bunga rampai, suprisingly terus wangi bunga rampai i, sebab i pakai daun pandan & bunga kertas je dulu so mmg takde bau, pastu i letak air mawar, tak bau sangat, i buh perfume, oklah jugak, tp letak lotion ni mmg bau bunga rampai real, kedai india mesti ada, i beli kat jalan tar, ada satu ekdai india, deretan kedai belakang balai polis yg deret mydin, harga 4.80 satu botol 4 segi mcm botol minyak urut.. :)

Anonymous said...

assalamu'alaikum, saya ahmad zaman dari jakarta indonesia, boleh saya minta bvantu, tolong kirimkan saya undang-0undang perkawinan malaysia untuk peneltian pada kuliah saya, terima kasih

Xora on July 21, 2011 at 8:15 AM said...

Encik azman, saya bukan sumber sewajarnya utk pihak encik memiliki maklumat berkenaan. harap encik azman boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara dan pihak-pihak berkaitan

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates