Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

18 November, 2010

Buku Tetamu yang Dikasari .. Tetap Indah!


Salam dan hai

Saya masih berhutang dua cerita daripada post dulu{
Post}

Kasihan dengan buku tetamu saya. Cacat bila hilang satu penjuru emas tu.


Saya baru perasan masa tengah sibuk berkemas sebelum pergi berbulan madu. Memandangkan sudah dua tragedi berlaku kepada barang DIY saya {
Post}, jadi sekurang-kurangnya, buku tetamu masih ada dalam tangan, saya rasa sudah cukup melegakan.

Walaupun sedih buku tetamu saya jadi macam ini, tapi bila baca semua ucapan dalamnya, memang sangat menyeronokkan. Ada banyak kurang dalam persiapan dan perancangan saya untuk majlis kami, tapi antara keputusan paling kami bersyukur kami setujui buat bersama--adalah buku tetamu. Macam-macam kerenah dan ucapan dalam buku ini. Tergelak-gelak kami baca setiap apa yang ditulis.

Pelbagai nasihat dan ucapan..


...daripada tetamu-tetamu yang kreatif!






Ucapan daripada ahli keluarga..
..

Bloggers..

..

dan kawan sekolah yang hampir sepuluh tahun tidak berjumpa

..

sampai la kepada vendor kami





Tetamu cilik juga sempat menyelit



Buku tetamu kami ada lebih kurang 100 muka surat, dengan ruang menulis depan dan belakang. Tak banyak muka surat kosong yang tinggal selepas majlis. Mana-mana yang masih kosong, kami tampal dengan kad ucapan daripada hadiah yang diberi tetamu.

Akhirnya, buku kami amat padat, berat dan montok! Hehe



Kad ucapan buatan tangan daripada
Nyomel!! Cantik sangat!!! Memang tangan emas dia ni!



Jadi kepada mana-mana B2B yang masih belum pasti sama ada nak buat buku tetamu atau tidak, pendapat saya ===SILA BUAT SEKARANG!~!!! Serius, amat berbaloi buat buku tetamu. Jangan risau, takut tetamu tak tandatangan.

Saya kongsikan tips untuk memastikan buku kamu penuh dengan tulisan dan ucapan tetamu

1. Pastikan ahli keluarga (terutama ibu ayah dan adik beradik) tahu yang kamu ada ruang untuk buku tetamu dan pastikan mereka memaklumkan tentang buku tetamu itu kepada tetamu yang bersalam dengan mereka (Biasanya tetamu akan bersalam dengan ibu ayah kita kan?)

2. Tugaskan dua-tiga orang kawan untuk mengiringi tetamu ke meja buku tetamu. Pastikan kawan-kawan yang dipilih kenal dengan kawan-kawan kamu. Dalam majlis saya, saya minta tolong Shima iringi kawan-kawan Serdang kami dan Reen dan Laling untuk 'paksarela' kawan-kawan pejabat saya menulis di buku tetamu. Biasanya tetamu akan lebih selesa bila muka yang memaklumkan tu, mereka kenal dan cam. Tapi pastikan kawan yang kamu pilih tu, bukan jenis yang segan-segan ya. Nanti kalau salah pilih, mereka hanya akan tersipu-sipu sorang-sorang kat tepi meja tu. TEET!!

3. Pastikan kedudukan meja buku tetamu itu dikawasan utama orang lalu lalang dan pastikan ruang yang mencukupi untuk mengelakkan tetamu terlalu ramai pada satu-satu masa dan menutup ruang meja buku tetamu ni

4. Maklumkan tentang buku tetamu ini kepada kawan-kawan kamu melalui blog atau status Facebook. Jadi tetamu yang hadir, sudah sedia maklum tentang kewujudan buku kamu.

5. Hias ruang meja dengan hiasan yang memadai dan sekurang-kurangnya, naikkan seri sudut untuk perhatian tetamu.

6. Sediakan kata-kata aluan untuk menjemput tetamu menulis di buku tersebut. Tak kisah kamu gunakan gambar berbingkai ke, atau sekadar tampalan kertas pada dinding ke. Tak kisah, asal sedikit kata-kata aluan menjemput. Untuk majlis kami, kami gunakan pantun

Bunga rampai dalam cepu
Taruh mari dalam raga
Ucap Selamat Pengantin Baru
Ibubapa menumpang suka (Sumber: Dewan Bahasa Pustaka)

7. Terpulang sama ada nak letak kerusi atau tidak. Kami letak kerusi pasal kami tak mahu tetamu tertonggeng-tonggeng menulis --tapi rupanya kerusi tu disalah guna bila tetamu dok duduk sambil baca ucapan-ucapan daripada tetamu lain. Barisan lak semakin panjang.. Aiseh..

8. Kalau ada buah tangan, pun lagi bagus. Tak perlu benda-benda mahal. Macam majlis kami, kami letakkan botol Innershine berisi bunga rampai {
Post}, jadi kalau nak letak gula-gula ke, atau apa sahaja, pun tak kisah. Ikut pada kreativiti dan budget masing-masing.

9. Kalau kamu nak buku tetamu yang ceria, pastikan kamu sediakan alatan seperti pensil warna, pen pelbagai warna atau mungkin guntingan kertas pelbagai bentuk hati atau sebagainya (sediakan gam juga untuk tetamu menampal!). Saya yang cadangkan Nuriah untuk tampal kad kahwin dia yang gunakan gambar pre wed dia dalam buku tetamu kami, tapi pasal dia terlupa bawa kad kahwin dia, jadi dia tukar dengan gambar passport. Ni sampai bila pun aku akan ingat muka ko Nuri!! ahahah

10. Reserved siap-siap beberapa muka surat hadapan untuk ahli keluarga terdekat menulis di buku tetamu. Kamu boleh letak kertas 'Post it' atau minta ahli keluarga tulis siap-siap sebelum hari majlis. Pada hari majlis, memang takkan sempat atau mungkin terkejar-kejar nak menulis.

Saya kongsi sedikit video, ruang buku tetamu di majlis kami.


Buku tetamu ini masih baru dalam majlis perkahwinan orang melayu. Sudah ada tapi masih belum meluas penerapannya. Jadi saya menyeru (cheeewah!) untuk B2B sediakan buku tetamu di majlis masing-masing.

Serius, mungkin setelah penat seharian di majlis, bila kamu buka buku tetamu ni dengan pasangan, kamu pasti akan amat teruja membaca ucapan tetamu dan mungkin ada nama tetamu yang menulis, mereka yang kamu tak sangka datang (pasal mungkin mereka perlu balik sebelum kamu tiba, tapi sekurangnya, kamu tahu mereka telah meninggalkan jejak dimajlis kamu!).

Tak perlukan buku tetamu yang mahal sampai beratus-ratus. Jika kamu mampu, tak apa. Tapi bagi mereka yang perlu berbelanja dengan ketat, kertas A4 biasa pun memadai.

Saya kongsi disini, bingkai bahagian dalam buku tetamu saya. Daripada biarkan ruang dalam buku tetamu kamu kosong, mungkin kamu boleh gunakan bingkai yang saya beri ini. Tak perlu nak kredit apa-apa pasal saya sendiri pun, asalnya pun, saya dapat penjuru kerawang tu daripada google images, jadi saya buat sikit-sikit, jadikan bentuk bingkai.


Hasilnya macam dibawah.





Kamu save dan nanti paste sahaja gambar tu di Microsoft Word. Ubah sikit allignment muka surat ikut kehendak kamu (orientasi page layout memainkan peranan potrait atau landscape)-. Gambar di atas tu, saiz asal yang sama saya gunakan untuk buku saya.

Masa nak print tu, jangan takut kalau bingkai dihadapan tak sama kedudukan dengan bingkai di belakang muka surat (jika kamu cetak kertas depan belakang). Tiada siapa akan perasan atau ada masa untuk amati pun.

Kandungan seterusnya dalam buku itu nanti, terpulang pada kamu nak buat macam mana. Sama ada nak selitkan dengan gambar atau kisah percintaan kamu berdua, semuanya terpulang. Macam kami, kami selitkan dengan gambar pre wedding kami dan kami bahagikan buku tu kepada 4 bahagian berbeza yang dipisahkan dengan pantun yang bersesuaian {
Post}

Ok Bakal pengantin semua, selamat mencuba!

Kadang-kadang, D yang akan ajak saya tengok buku tetamu kami :)



18 November 2010



21 comments:

Anonymous said...

buku tetamu xora sweet sgt..ada sentimental value. zaa yang menulis pun rasa penangannya! hahahah

Lala on November 18, 2010 at 9:31 AM said...

ala, xora!
tak sempat nak conteng buku tetamu itu!huhu

Reen Tart Nenas on November 18, 2010 at 9:49 AM said...

yeayyyy aku first! owh aku ingat tak tulis magic words tu! hahaha guestbook aku nipis, so kena g beli kertas lagi tambah :(

ZE on November 18, 2010 at 10:14 AM said...

Saye pasti akan booo watttt!!! :)
Kenangan tuhhh....

Bushra Tajuddin on November 18, 2010 at 11:15 AM said...

wahhh.. mmg montok buku tetamu kamu! mmg puas ati kann..?? hehee..

btw, sy juga puas ati dpt wat diy kad utk kamu. rase mcm comot jugak kad tu.. (*malu) tapi redha je laa.. yg pntg sy rase enjoy diy the card for a diy bride mcm kamu.. ;)

Nadya Zahid on November 18, 2010 at 11:24 AM said...

hye dear...
cantiknye ur guestbook...i pon nak buat jugak..u DIY ke?
i xcreative..so kne tempah...heheheeh...
any idea nak tempah kat ne x?

Puan Nurul on November 18, 2010 at 11:37 AM said...

wah..berbaloi susah payah buat buku tetamu tu kan? walaupun luaran buku tu dah tak macam asal..tapi isi kandungannya mampu buat xora happy kan?huhuhu..

Xora on November 18, 2010 at 11:50 AM said...

zaa: hihi terima kasih. maybe psl tu d suka tgk kot.

Lala: lala, ada surprise utk kamu.. tunggu!!

Reen: apa first2.. *Slap

Qaseh: buat! jgn tak buat

Nyomel: kamu nye congratz boleh gerak2 :P

Nadya: Yup, saya DIY. Ada dalam post dulu2, tapi barang2 saya beli siap aje kat kedai :D Apa kata kamu jalan2 dulu kat kedai pengantin, mana tahu dapat ilham?

khairulhaya on November 18, 2010 at 12:35 PM said...

klu lpas ni jumpe xora bole lg x tulis kt buku tu..nk gk tulis wt kenangan..aritu da la hajat x kesampaian nk dtg..

tp majlis kt kg xde org buat..klu roy buat..ade ke org nk tulis ape2 kt dlm tu..ntah2 anak2 buah roy je yg conteng kt dlm tu nnt

farahfatihah on November 18, 2010 at 12:40 PM said...

buku tetamu mmg sgt praktikal utk majlis kahwen sbb ucapan kawan2 tu leh baca smpai bila2

Puan T on November 18, 2010 at 12:50 PM said...

ahahahaahahhhaha!~ kredit kt laki aku sb dia yg bersungguh - yang..nah gmbo pasport.

Elya Roza on November 18, 2010 at 1:15 PM said...

haa..akhirnye xora buat entry ttg guest book...:D
ok2..elya nk cuberrr buat guest book sesimple and setebal mcm ixa nye...hehe

nur easy on November 18, 2010 at 5:00 PM said...

salam singgah.. best kan wat kenang2an. rugi lak rasa dulu tak buat ;)

harzharun on November 23, 2010 at 11:13 AM said...

ruginya saya xde buku tetamu...asik tangguh nak buat, akhirnya terus x tbuat.,.huuuu

Anonymous said...

mana xora beli kerawang emas untuk penjuru cover depan tuh ek.. cantik la... mahal x?

Xora on January 5, 2011 at 8:04 AM said...

Anony: saya beli di kedai Fah Lean di Balakong, tapi rasanya kat kedai Bunga Riben di KL, yg sederet dgn Semua House tu pun ada.

Ashizu on April 29, 2011 at 10:43 AM said...

boleh sharekan margin untuk print tak nanti?

Xora on May 3, 2011 at 9:03 AM said...

salam ashizu.
saya kurang pasti la berkenaan margin tu. yg saya buat, trial n error basis. saya print ikut cantik mata, tapi kat kedai, org kedai tu potong semula, utk kasi center

BitsBest on October 27, 2011 at 9:52 AM said...

thanx xora for the tips...

Bole ke saya copy page boder tu utk buat buku tetamu saya? hehehe

nanti dh siap sy tunjukkan kt xora k ;)

Nana Farhana on November 19, 2011 at 2:10 PM said...

salam..xora..kulit dpn tuh kt mane bole beli ??

Nana Farhana on November 19, 2011 at 2:11 PM said...

salam xora..kulit dpn kt mane bole beli ??

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates