Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

01 September, 2010

59 Hari Lagi



Salam dan hai

Geram ni sebenarnya. Daripada tadi berusaha nak masukkan video Save the date kami, tapi entah mana silapnya, tak dapat-dapat juga!

Jadi untuk ganti post hari ni, saya tulis pasal aktiviti saya.


1. Rozek
Untuk daun dan bunga kecil tambahan, saya cuma gunakan semula bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Tak perlukan kos tambahan.





Cuma masa nak gamkan pin, ada isu sikit pasal tak tau nak gam kan di bahagian mana. Kalau di tengah-tengah rozek, terkena urat daun tu pulak. Kalau di atas, nanti bahagian bawah terumbang ambing. Maka, saya gamkan di bahagian dahan rozek tu. Dah cuba pinkan kat baju, nampak OK, tak senget. Tapi tak tau la kot kalau orang lain yang pasang





Rupa rozek tu nanti saya akan kongsikan ya? Buat masa ni, 22 sudah siap, baki 12 belum diteruskan pasal kehabisan riben.


2. Botol kaca Innershine
Dah tanggalkan gelang hijau tu. Sudah togel. Nanti nak minta abang saya sembur dengan warna putih



3. Deko bilik pengantin.
Sudah mula buat percubaan untuk deko bilik. Memandangkan tiada siapa faham gambaran visual macam mana saya nak, jadi saya la gagahkan diri panjat tangga (oh ibu sangat marah saya panjat tangga. Tapi saya degil) nak tunjukkan deko apa saya nak. Tunjuk kat ibu ayah, reaksi mendatar. Tunjuk kat abang kedua saya, dia bagi lagi idea baru. Jadi teruja pasal ada orang faham apa yang saya nak. Rasa macam nak cuba, tapi tak tahu la kekangan masa cukup atau tidak sekarang ni.



Eh, rasanya macam banyak aje lagi kemas kini saya. Ngapa sejemput aje ni? Eerm.. tak apa la. Saya rasa, saya sendiri pun sudah tak ingat apa perkembangan projek DIY saya. Seperti biasa-- Abang Excel sila datang membantu..!!


1 September 2010

8 comments:

.: an :. on September 1, 2010 at 10:03 AM said...

msti rase teruja bile bc progress xora. hrp2 semuanya berjln ikut perancangan, insyaallah... =D

Anonymous said...

bagus..:D tinggal lagi sebulan lebih je dear..all the best!

mama affan on September 1, 2010 at 10:43 AM said...

xora..tolak raya tolak makan tido..uh..makin debar yer..hehe..sajer usik xora..moga tetap bersemangat sampai waktunya..

Byzura Mj (By) on September 1, 2010 at 10:43 AM said...

hahaha. by pun kalo boleh nak buat semua. pastu mak perli...kita tgk je la buat ke tak tu =D. OK buktikan!

semoga dipermudahkan ya Xora!

nadia said...

pin utk rozek tu beli kat mana yer?

Anonymous said...

rozek oh rozek saya tak buat pon tapi tak sekreatif awakla nak d.i.y...huhuhu...sharela cara buatnyer..;)

Xora on September 1, 2010 at 11:40 AM said...

An & Bai: saya pun harap cam tu An. Terima kasih :D

Zaa: Ngeri is the only word!! ;p

Ryna: saya pun harap momentum masih sama. takut juga makin pudar kan pasal dah penat sgt.



Nadia: saya beli kat sinYin di Semua house. dia ada banyak jenis pin, saya pilih yg belakang dia ada alas (itu ke definasi nya) supaya mudah nak pakai gun gam. yg jenis safety pin pun ada, tapi tu akan pakai dawai nak secure dia kat rozek. pin tu ada dua jenis, satu kecil RM1.30, yg besar sikit RM1.50. Setiap satu ada 20 pin.

Jihan: InsyaAllah, nanti saya kongsikan ye?

Bushra Tajuddin on September 1, 2010 at 12:11 PM said...

teruja tgk progress xora. ohh.. tinggal lg 59 ari rupenye..??
insyaAllah sempat kann.. chaiyok2~!! :)

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates