Salam dan hai
Kali ni, saya nak tulis topik tentang jenis-jenis tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan. Dah lama tak tulis post label Isu Padat
Ada antaranya yang kita sedar akan kehadiran jenisnya.
Ada yang kita dalam tak sedar, kita la jenis tetamu tersebut.
Untuk post kali ini, saya menulis tetang 5 jenis tetamu yang selalu ada dalam mana-mana kenduri perkahwinan.
Ini bukan lah fakta.

Ini sekadar bahan bacaan ringan untuk semua.
1. Saya datang, makan dan pergi
Jenis tetamu yang datang untuk makan. Tiada amik inisiatif nak jumpa pengantin pun, apa tah lagi nak tunggu pengantin. Mereka balik bukan pasal ada jemputan lain yang perlu dikejar, cuma memang motif datang untuk makan. Kiranya cukup la syarat wajib hadiri majlis yang diundang.
Nak cam senang sahaja. Mereka datang terus cari tempat duduk kosong. Terus amik makanan dan makan di meja tanpa toleh kiri kanan, apatah lagi nak berbual dengan pakcik dan makcik yang duduk semeja dengan mereka. Mereka juga akan pastikan mereka dapat bawa balik buah tangan daripada tuan majlis.
Bukan mereka tiada adab, cuma memang datang untuk makan. Nak tunggu pengantin, lambat benar pulak sampainya. Jadi nak kasi tempat duduk kat tetamu-tetamu baru sampai, kena la beransur.
2. Jejak Kasih
Tetamu yang datang pasal nak jumpa kawan-kawan yang lain. Nak buat reunion, tak dapat pasal:-
1. malas
2. takda masa
3. tak reti nak buat
4. komitment
5. Tidak mendapat sokongan rakan sebaya
Jadi majlis kenduri la masanya untuk berjumpa dengan kawan-kawan lain. Biasanya, mereka ini sudah berjanji awal-awal dengan kawan-kawan yang dihubungi secara maya dalam Facebook, MSN, YM atau rangkaian sosial yang lain. Sudah janji waktu bila nak tiba, pakai baju warna apa, bawa siapa. Biasanya mereka yang paling meriah pasal teruja jumpa kawan-kawan lama. Sampai kadang-kadang, langsung tak bagi bagi perhatian kat pengantin. Mereka sesama mereka, sakan bergambar. Yang perempuan, harus berlaga-laga pipi bila berjumpa dan kamera tak henti-henti berkelip ambil gambar masing-masing. Kemudian cepat-cepat upload dalam fesbuk dan-dan tu juga. Majlis kenduri ini juga medium sesuai untuk edarkan kad jemputan bagi mereka yang berkenaan.
3. Los & Faun
Mereka tetamu yang diheret untuk temankan pasangan/ kawan/ ibu ayah untuk ke majlis tanpa paksa tetapi tidak rela. Mereka biasanya kelihatan terpinga-pinga atas sebab:-
1. Memerhati kalau-kalau ada tetamu yang mereka kenal
2. Menyesali kelurusan mengatakan "Ye, saya free Ahad ni. Kenapa?"
Mereka ni biasanya hanya berbual-bual dengan orang yang bawa mereka dan berharap orang yang bawa mereka, jangan la pergi tinggalkan mereka termanggu-manggu. Kalau mereka duduk semeja dengan kawan yang bawa, mereka tersenyum kelat-kelat sorang. Kalau yang peramah, memang akan bertegur sapa. Tapi soalan-soalan pemanas badan seperti " Daripada mana?", "Majlis satu ni sahaja ke hari ni?", " Dah makan?". Kalau yang tak berapa ramah, mereka tiba-tiba sahaja rajin SMS, belek-belek handset mereka, tengok gambar dalam camera, pergi tandas dengan amat lama.
4. Trang tang tang
Majlis perkahwinan ini memang medan mencari jodoh! Tak salah, kan jodoh tu datang tanpa diduga. Jadi pengapit pun, boleh berkahwin dengan pengapit. Cik abang dan cik adik trang tang tang ni, biasanya memang daripada jauh, sudah boleh nampak nampak potensi masih single. Mereka cantik berdandan dan biasanya pergi bersama dengan kawan sama jantina atau dalam kumpulan konvoi, tapi tak mahu berjalan dekat dengan jantina berbeza. Nanti disalah anggap sudah berpunya. Penampilan cun, rambut tip top, hujung kaki ke hujung rambut, memang sempurna. Sampai sahaja, mata meliar cari meja yang berdekatan dengan mereka yang bujang juga.
Yang perempuan, mereka makan macam kena catu. Amik sikit sahaja. Jaga badan. Badan mahal nak maintain. Lagipun tak mahu nampak lahap sangat.
Yang lelaki, segak bergaya. Tapi hati-hati. Ada juga yang perasan bujang. Mentang-mentang bini tengah berpantang kat kampung, kawan-kawan ajak pergi konvoi, terasa bujang kembali pula.
5. Cik Bedah Terlampau
Tak perlu tulis banyak. Rujuk sahaja Post terdahulu ini.
Rasanya, saya pernah masuk semua kategori ni kot- kecuali yang trang tang tang pasal tak sempat nak trang tang tang dah couple. Hihi.
Serius, tak terasa nak post apa-apa berkenaan persiapan diri sendiri. Semua masih berjalan dengan baik. Cuma mahu berehat daripada asyik menulis tentang persiapan sendiri. Jelak la pulak.
23 September 2010

7 comments:
hehe..btol tu xora..setuju sgt...
trang tang tang tu macam kena jek...tapi tu dulu la...heheheehe...
sekarang tidak lagi...
nak kena sesah..cubalah...
**No No No**
:)
hihihi .. klako la plak bile bace entry ni .. hehe .. tpi ade btol nye jugak kan kak ..
hmm ada lg satu laa..
tersilap rumah..hihihii
mcm i,confident je mkn rupanya umah yg patut pg tu kg sebelah..ahahaha
yg cik bedah tu ada ja kat mana2 kan...susah nak puas hati org. wedding sy sgt2 limited for close frens n family sahaja..so ada la suara2 sumbang setakat ni yg berlagu sumbang...sedey la sy..but apa pun2 sikit ja lagi sy nak kawen...i just want to ignore kata2 tak membina lagsung pihak2 tertentu...*wink*
i paling x suka kumpulan tetamu no 5!!!
kdg2 sy tergolong dalam kelima2 kategorihuhuhu cmne nk wat ni cik xora hehehehee
sgt x suka bila diri sendri kene jadi tetamu los & faun...sbb mmg akan tsengeh, tmangu, tpinga sorang2 kalo org yg diteman tu hilang jumpa pengantin ke member dia...
ya betul, tindakan senang, buat2 bz dgn main hset..konon2 msg seseorng...pdhal tgk msg lm jer!
Post a Comment