Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

23 September, 2010

Frekuensi Berbeza


Salam dan hai

Semalam kan saya teruja pasal dah masukkan event dalam Facebook. Ramai sudah RSVP, ada yang dapat datang dan ada yang tak dapat.

Saya ingatkan sudah selesai tugas saya. Rupanya baru bermula.

Baru saya tahu, rata-rata yang RSVP tu, tak tahu apa kejadahnya 'Save the Date' tu. Penat juga saya kena terangkan kat mereka.

Yang bertanya: Apa tu Save the Date ko buat?
Saya jawab: Aku nak kawin tarikh tu
YB: Hapa ko buat gaya tu! aku tak faham..!
Saya: Habis ko RSVP apa?
YB: Attending la.
Saya: ko tak faham tapi attending?!
YB: Aku rasa, cam majlis makan-makan kot. So i'll be there for the food!

Siut!

Mungkin bukan salah mereka. Mungkin saya masih dalam frekuensi B2B, sampai saya terlupa definasi STD tu lebih sinonim dengan B2B dan mereka yang seangkatan dengannya.

Tambah parah, pasal info yang saya tulis dalam event tu, terlalu sedikit. Dengan tiada satu pun saya sebutkan pasal majlis perkahwinan. Saya tak sertakan lokasinya dimana. Saya ganti dengan Koordinat GPS (Kali ni betul!) dan tarikh serta waktu. Kebiasaannya pun STD memang macam tu kan?

Tujuan saya kongsi post ni, kalau-kalau ada kawan-kawan yang nak buat STD di facebook, mungkin ini boleh jadi peringatan: tak semua orang tahu apa itu Save the Date.

Jadi kena tulis lebih jelas.

Akhirnya, saya tukar maklumat event kepada

Please reserve the date of 31 October 2010 (Sunday) for the wedding celebration of Dzulq & Xora

So write it on your calendar. We'd like you to join us for our special day.
Hope you'll be there to celebrate with us!

Formal invitation and details to follow.


Thank you :)




Kalau tak ngerti gak, tak tahu la. Tak apa. Kad pun dah mula edar minggu ini.


23 September 2010

11 comments:

Unknown on September 23, 2010 at 11:37 AM said...

:) tahniah ye kak.. moga smpai ke ahkir hayat..
>silent reader<

hana yoriee on September 23, 2010 at 11:37 AM said...

hehe..tu laaa..kena bg terang sikit kat jemputan..mmg frekeunsi lari habeslah..hahaha

ada juge yg tanye masa hana nak sht for pre-wedd..diorg tanye..ape kejadahnye lah nak amek pre-wedd bagai..huhuhu...mmg tak masuk tune pun xora..hahaha

Byzura Mj (By) on September 23, 2010 at 11:50 AM said...

hahahah. Xora dulu pun by tatau. tapi bila tengok mat salleh buat. oooo.. benda tu rupanya. hahaha. sabau jela. googling la kalau nak tahu kan? hehehehe.. pastu ade yang ckp jangan nak ikut mat salleh sangat. huhuhu sabau je la

Myra on September 23, 2010 at 11:51 AM said...

actually...saya lah salah sorg yg tak faham apa function save the date and pre-wedding pictures selain block out the date utk majlis and bergambar utk letak kt kad etc for wedding.

betul ke fahaman sy? hahaha

Xora on September 23, 2010 at 11:54 AM said...

Eyra: terima kasih dik :)

Hana: tu la, jgn jadi cam saya. asal siap, nak letak kat event fesbuk ;p last2 tetamu keliru

Bai: trend ni tiada dalam konteks budaya orang kita. kita takleh buat save the date awal setahun cam org putih pasal kita tetap berpaksi pada ketentuanNya. semuanya atas izinNya kan? ala. anggap aje save the date tu, macam kasi kad undangan, cuma bukan dalam bentuk kad fizikal. kan mudah kan?

Xora on September 23, 2010 at 11:57 AM said...

Myra: wah fast leaner! tepat. tu tujuannya. even dah block, kadang2 tetap bertindih, tapi yg penting kita dah usaha kan? sama cam kita booking vendor, kita pun perlu booking tetamu ;p

Mrs Shareeda on September 23, 2010 at 12:07 PM said...

tuh lah versi paling moden nak invite guest kan..
maybe dia kurang explore kot trend skrg nih..
sy pun kadang buat teori sendiri bila baca terms terbaru nih.. heheh..

ShimaRasedi on September 25, 2010 at 7:57 AM said...

best best.....saya nak kad satu..

ShimaRasedi on September 25, 2010 at 7:57 AM said...

best best.....saya nak kad satu..

Inspirasi Raja Sehari on April 30, 2011 at 2:13 AM said...

kak xora nak tnya larh,
akak letak event dlm fb n pos kad sebulan b4 date wedding or tgh bulan b4 wedding..??

Xora on May 3, 2011 at 9:01 AM said...

yg fb tu, sebulan lebih sebelum majlis pasal nak tau siapa yg ada masa terluang nak hadiri majlis akak. tapi dalam pertengahan bulan, akak close event tu pasal dah tau siapa yg nak datang :P yg post kad tu, sebulan sebelum majlis.

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates