03 September, 2010

Post untuk Kay Kamal.. dan Semua.



Salam dan hai

Ok, Saje kasi tajuk post tu macam tu. Pasal tadi baru baca
Kay tengah perah idea untuk bunting dia.

Saya terfikir nak kongsi gambar di bawah ni pasal dalam post Kay, ada beberapa gambar dalam post tu, yang ada menggunakan layah atau veil. Jadi saya teringat gambar ni yang baru saya simpan sehari lepas masa sibuk cari idea untuk e-kad yang masih dijalan buntu. Haih..

Walau idea gambar di bawah ni lebih praktikal untuk Save the Date, tapi saya tetap nak kongsi pasal saya rasa idea ni sangat comel dan praktikal, tanpa perlu keluarkan kos yang banyak. Tak perlukan OP pun, camera biasa pun boleh.

Kita tukar kepada konteks budaya kita. Si lelaki boleh pakai pakai baju melayu sahaja, tak kisah apa warna, pakai seluar pendek atau jeans. Yang perempuan boleh pakai semula layah atau selendang masa tunang (atau pinjam sahaja daripada sesiapa) dan tangan boleh la pegang berus mekap ke atau macam kat gambar ni. Muka kena buat muka panik ok.

Sumber: Google images

Jangan segan nak berekperimentasi dengan mimik muka. Kalau nak lagi seronok, panggil dua-tiga orang kawan, konon jadi props yang bertungkus lumus nak tolong kamu bersiap. Mungkin sorang pegangkan kasut, sorang pegang berus mekap, sorang pegangkan baju nikah kamu. Yang lelaki, boleh la sorang pegang kunci kereta, sorang tengah jawab panggilan telefon ke. Tak kisah. Kan "WE'RE ALMOST READY"


Kembangkan lagi idea ni.


Ok, sekian sahaja perkongsian idea malam ni. Nak tidur awal. Esok kena buat biskut.



3 September 2010

7 comments:

kay kamal on September 3, 2010 at 11:34 PM said...

gile cool tak pernah terpikir! lol... tapi kalo wat banner/bunting camni mau kne lepuk ngn my parents.haha

Xora on September 3, 2010 at 11:43 PM said...

Kay, haah kalau buat utk banner/ bunting macam kurang sesuai sikit. Tapi save the date, mmg cun kan?

amElyn on September 4, 2010 at 12:46 AM said...

xora! best idea tuh!
hihi.sape2 yang sempoi cool couple boleh je buat kalau nak kan?

Nora a.k.a Aira on September 4, 2010 at 5:18 AM said...

comey tapi laki kena pakai suar panjang. mom xsuka laki pakai suar pendek haha :P

farahfatihah on September 4, 2010 at 12:25 PM said...

good idea xora!!!!

0sh!Nz d' sen0r!ta on September 4, 2010 at 5:13 PM said...

menarik ohhhh..

♥ hazlynda kushairi ♥ on September 5, 2010 at 9:37 PM said...

Xora, idea ni best and the caption pon sangat menepati pic. awesome babe. aku sukak!

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates