Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

30 September, 2010

Tiga Puluh Hari Lagi..


Salam dan hai

Gambar hiasan, cilok daripada google. Dah lama simpan gambar ni, sebelum abang saya kahwin lagi!


Hari ni tak mahu tulis pasal persiapan. Tapi nak buat pengumuman.

1. Saya nak minta maaf kepada kawan-kawan setaman saya. Saya tahu kebanyakkan mereka baca blog saya, walau hanya sebagai pembaca belakang tabir. Memang ramai yang saya sudah jarang-jarang hubungi. Jumpa pun masa raya dan kenduri kahwin. Tapi saya amat berterima kasih pada mereka yang masih lagi menghubungi saya, bertanyakan persiapan dan sebagainya. Maaf sangat, tak ter'update' semuanya.

Kawan-kawan saya majoritinya telah berkahwin, jadi saya percaya mereka lebih mudah untuk fahami 'kehilangan' saya. Mereka pun pernah berada dalam situasi saya, jadi memang setiap masa ada sahaja aktiviti nak dibuat.

2. Saya masih sibuk dengan aktiviti mengepos kad. Semalam sudah berjaya hantar beberapa kad lagi ke rumah kawan-kawan. Sempat juga beraya di rumah kawan sekolah-- tapi tertekan pasal tak ikut tema. Ada ke patut, datang raya pakai jeans dan tshirt! Semalam main bantai datang rumah orang untuk hantar kad, diajak terus sekali beraya. Kemudian meroyan dalam kereta minta D hantar balik rumah nak salin baju kurung. Tup-tup, tuan rumah telefon bagitau, rumah yang kami nampak ramai-ramai pakai baju kurung tu, tu bukan rumah dia. Rumah dia sebelah tu, yang gelap tiada orang. Jadi, patah semula ke rumah tu. Haha. Memang kerja buang masa. Nasib D tak marah. Haha.

3. Oh ya sebut pasal jemputan. Tetamu yang sudah saya hantar kad jemputan [rujuk post ini], boleh maklumkan pada saya ya kalau kad belum diterima. Saya rasa macam saya ada terlalai sikit dalam hal ini (Hana Yorie dan Nurul Nazreena, sila check emel masing-masing) Hari ni saya akan mulakan operasi mengepos kad kepada:

Bushra, KL
Mieza, Putrajaya
Nur Hidayah Jamaludin, Putrajaya
Jaja Butterfly, Selangor

Kiranya dengan empat nama diatas, selesai sudah operasi mengepos kad jemputan kepada kenalan siber. Minta sangat kalau ada yang masih belum dapat kad dalam minggu depan, tolong maklumkan pada saya. Kadang-kadang emel yang saya bertindih-tindih dengan emel yang request untuk tentatif dan belanjawan. Takut terlepas pandang.

4. Pada mereka yang request untuk tentatif dan belanjawan, saya akan emelkan secara pukal ya. InsyaAllah, hari ini saya akan emel kan semua-- Kalau gmail saya dah boleh dibuka semula.

5. Saya tak pernah buat 'countdown' dalam facebook pasal saya ada medium yang lebih sesuai-- blog. Walaupun kawan-kawan dah ramai yang dok usik saya di Facebook, tapi saya tetap rasa tak perlu untuk kecohkan di Facebook. Tapi tak bermaksud saya tak teruja untuk hari besar kami. Jadi, hari ni untuk merealisasikan impian kawan-kawan saya nak tengok saya update status pasal kahwin, buat kali pertama, saya tulis status facebook saya " 30 hari lagi, insyaAllah seseorang akan menjadi imam dan saya menjadi makmumnya " .. Makan dalam? Bagus. Lepas ni, jangan harap aku nak update apa-apa hal kahwin kat status Facebook.

Hujung minggu ini ada jemputan, kemudian bakal bergegas ke MidValley nak beli tambahan mekap MAC.. kemudian apa ya D? Jumpa katerer nak batalkan beberapa perkara.. Lagi nak fitting baju nikah.. lagi.. M.A.L.A.S

M= Malas
A= Adalah
L= Lumrah
A= Alam
S= Sayang...

Wah.. terasa diri hebat, berjaya buat cam tu!


30 September 2010

22 comments:

Anonymous said...

wahhh!! excited!! lagi 30 hari ok!



p dot s : zaa da dapat kad xora yang cute itu!! :D insyaAllah, nanti kita jumpa..tapi zaa malu sebab ramai blogger yang famous dtg wedding kamu nanti. (-_-")

Xora on September 30, 2010 at 9:15 AM said...

Zaa: sile ngeri.. sila ngerrri!!
jawapan pdots:ish jgn kata cam tu. kita semua bloggers sama aje. tiada siapa yg lebih famous daripada siapa. Berbesar hati sangat kalau Zaa dapat datang. Jemput ya.

farahfatihah on September 30, 2010 at 9:22 AM said...

xora, fara dah terima kad kamu semalam!! tq!!!

PurPLe LaDy AiFA on September 30, 2010 at 9:45 AM said...

30 hari lagi! mmg x lama dah tue.. sekejap je jadi seminggu nnti.. hehe. good luck xora. insya allah dengan perancangan yang super rapi mcm ni, semua berjalan dengan lancar...

Mrs Kecik on September 30, 2010 at 9:59 AM said...

kad sudah sampai! terima kasih! comel..insyaAllah kalau tiada halangan sampai lah..akan diusahakan sebaik mungkin.

iedayah on September 30, 2010 at 10:04 AM said...

tik tok..tiki tiki tok..wow..30 hari lg xora..nervous tntu memuncak..ye x?hihi

♥S@R@♥ on September 30, 2010 at 10:16 AM said...

mesti bertmbh dupdap2 jantung..hehe

pe2 pun semoga majlis berjalan dgn lancar & diberkati ;)

Byzura Mj (By) on September 30, 2010 at 10:17 AM said...

ades kalo By maybe tak dapat nak tido!! ni pun dah dup dap dup dap..padahal bertunang je!=P

dr.muslimah on September 30, 2010 at 10:31 AM said...

assalamualaikum..lagi 30 hari..xlama da tu..sy dlu persiapan dalam masa 2 minggu je..kawen kat mesir dan kawan2 lah yang jadi parents...smoga bahagia..barakallahulakuma..

hana yoriee on September 30, 2010 at 11:11 AM said...

xora, hana belom dapat email mahupun kadnye..huhu..takpe2..nnt hana emailkan alamatnye ke email xora yea..

=D selamat menyiapkan preparation terakhir..

Inimeeya on September 30, 2010 at 11:22 AM said...

xora! kad da sampai!yeayy..insyaALLAH, klu tak de apa-apa aral melintang sy dtg yek.sila devar sekarang menghitung hari!haha=p

saya cik puan syaz on September 30, 2010 at 1:34 PM said...

xora.. already received ur wedding card yesterday.. tengs dear.. :)

elle's laaa~ on September 30, 2010 at 1:46 PM said...

kak xora .. aii x dapat kad lagi .. mcm ne mao pegi ?? heeee~~

Xora on September 30, 2010 at 1:53 PM said...

Elle: dah emel kat akak alamat rumah tak?

cik fiza on September 30, 2010 at 3:27 PM said...

kad cik xora sy dh terima.. terima kasih atas kad comel tu.. insya Allah jika xde aral, sampai la sy nnt..

Melin Fork on September 30, 2010 at 4:39 PM said...

i dah dapat kad juga!!!
semangat nak datang.i.Allah takde apa2 hal, i sampai k... =)

III bDkNaKaL III on September 30, 2010 at 5:29 PM said...

xora..ainia nye card mn?hehe...

sk on September 30, 2010 at 7:31 PM said...

xora..
sy dh dpt kad dah. mase mula2 bukak terus terpk "sape pulak nih?" nasib baik xora tulis name glamer. hihihih...

Elya Roza on September 30, 2010 at 11:45 PM said...

xora..elya nk tnye.elya ade dapat invitation kad. tapi tak sure tu xora ke tak..takde nama glemer 'xora' disitu.Tapi tarikh ,31 oct. betol x?

Xora on October 1, 2010 at 7:52 AM said...

Dear all: mana kad yg saya terlepas nak tulis dalam kurungan Xora tu, kalau ada GPS tu silap ada liquid, tu saya la tu :P

Elya: ada nama Dzulq kat situ kan? kalau ye, haah kad kami. Riben kuning kat atas kad.

Elya Roza on October 1, 2010 at 7:21 PM said...

haa btol laa klo gitu :)

harzharun on October 3, 2010 at 12:32 PM said...

hurmm....fb tempat kawan bkumpul...kawan2 yg kenal kita di alam nyata...saya pun x suka kepoh bab kawen di fb....pic tunang pun sy xletak di fb...tp skang, ada kawan2 blogger dah mula ada di fb saya...dah bcampur aduk dah...rs cam mcm nak buka akaun fb baru je...tp mcm mnyusahkan....

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates