Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

04 November, 2009

Lima Langkah Penting



Salam dan hai

Baru-baru ini ada kawan yang bertanya, macam mana nak mulakan langkah merancang untuk majlis perkahwinan dia tahun depan.

Macam mana pulak nak jawab ye soalan dia pasal pada saya, saya sendiri pun belum kahwin! lagipun tak semua apa yang saya aplikasi pada majlis abang saya, boleh untuk dirinya. Dia kan perempuan dan biasanya, perkahwinan belah perempuan lagi azab!

Tapi bagi memudahkan dia merancang, saya bagi dia 5 list ni. Saya kongsikan di sini juga. Tapi sila amik perhatian yang berikut adalah senarai peribadi saya dan mungkin tak berkesan pada orang lain.

1. Date
2. Budget
3. Tetamu
4. Vendors
5. Kertas Kerja


1. Perkara pertama adalah menetapkan tarikh majlis nikah dan sanding. Selepas kedua belah pihak sudah dapat persetujuan tarikh, baru la hal-hal lain boleh dimulakan.

2. Budget itu penting. Tulis semua kategori yang akan terlibat dalam majlis ni. Untuk majlis abang saya, saya buat belanjawan dalam excel bagi memudahkan pengiraan. Gambar di bawah ni adalah contoh worksheet. Saya buat dalam 7 kategori berbeza iaitu
a. Dekorasi dan katering
b. Barang Hantaran
c. Hal Pengantin (termasuk pakej butik, baju nikah, etc)
d. Kad jemputan
e. Rakaman (video dan OP)
f. Buah tangan (dewasa, kanak-kanak, VIP)
g. Rawak (belanja perjalanan dan 'tol' jika ada)

Kemudian dalam worksheet tu, saya buat jumlah anggaran vs. jumlah sebenar. Biasanya jumlah anggaran lebih daripada jumlah sebenar. Sekurangnya, jumlah anggaran adalah jumlah maksimum untuk perbelanjaan. Kemudian catatkan juga bayaran deposit jika ada.


3. Tetamu kami biasanya hanya kawan-kawan dan sedara mara ibuayah dan abang saya. Saya pun cuma menjemput kawan-kawan yang kenal abang saya sahaja. Daripada list tetamu ni, kita dapat agak berapa jumlah kad yang perlu ditempah. Walau ada sesetengah tetamu suka cara lebih formal dengan kad, tapi amik kira juga dengan tetamu yang tak mahu kad dan hanya mahu e-kad. Kira sekali tetamu yang akan dijemput berdasarkan satu kad tapi mungkin beberapa orang dari department itu yang akan datang.

4.Mencari vendors terbaik adalah tugas yang amat rumit. Kadang-kadang sampai takleh buat keputusan, kadang-kadang sampai tak de keputusan boleh diambil. Jadi rajin-rajin mencari dan yang penting, kena allign dengan budget kita. Kita boleh refer maklumat dari majalah, promosi dari mulut ke mulut, atau dari internet. Buat juga nota untuk tulis bila tarikh kita hantar kain nikah (sebagai contoh) dan bila tarikh janji siap. Bila tarikh fitting. Bila tarikh briefing dengan OP. etc etc.

5. Kertas kerja ni penting bukan sahaja untuk rujukan di hari-hari terakhir sebelum majlis, tapi bagi memudahkan vendor mana kita bekerja. Saya bagi salinan yang sama kepada OP dan Katerer, bagi memudahkan kerja mereka. Lagipun, untuk katerer, sebagai bahan bukti apa yang kita minta, telah mereka laksanakan. Untuk OP, sekurangnya dia tau kedudukan penanggah yang bertugas pasal saya bagitau, saya mahukan gambar penanggah juga.

Saya cadangkan, kertas kerja ni dibuat dari saat awal lagi bagi memudahkan pembetulan dan kemas kini. Dalam kertas kerja majlis abang saya, antara perkara penting yang saya letak:
a. Visual kedudukan di dalam dewan (meja beradap, pelamin, meja VIP, buffet, etc)
b. Visual kedudukan penanggah ( siapa bertugas di kedudukan mana)
c. Visual perjalanan majlis (pukul berapa rombonga tiba, kompang tiba, etc)
d. Visual tugas penanggah masa perarakan (tugas kompang, emcee, escort, etc)
e. Visual konvoi pengantin (contact number marshall konvoi, waktu bertolak, etc)
f. Butiran terperinci tugas penanggah

Gambar kat bawah ni, contoh untuk item a. visual kedudukan di dalam dewan.



Kalau sudah set up a, maka yang seterusnya, boleh guna slide yang sama dan masukkan nama-nama penanggah.

Kat bawah ni pulak, visual perjalanan majlis. Waktu yang tertera ni cuma anggaran waktu. Macam kes majlis abang saya, semua waktu ke laut. Pengantin sampai pun dalam 1 lebih. Jadi semua pun ke adjust semula. Tapi asasnya, ni la rancangan yang saya simpan.



Abang saya yang sulung suruh saya sediakan timelines dari sehari sebelum majlis kepada hari majlis. Jadi boleh tengok sapa PIC untuk tugasan2. Seperti contoh, siapakan yang bertanggungjawab untuk beli bunga hidup, untuk cacak papan tanda arah, buat bunga rampai, etc etc. Jadi dari situ, tau berapa lama masa yang diperlukan untuk selesaikan tugas.

Nampak cam rumit kan? Tapi untuk diri saya, kalau takde benda ni lagi rumit dan semuanya semak dalam kepala. Mungkin ini majlis pertama, maka tak satu pun lekat kat kepala. Lebih selesa untuk rujuk pada kertas kerja :P Malas nak ingat semua benda!!

Jadi saya harap, post ni kalau tak banyak, cukup la sedikit dapat membantu bakal pengantin.

4 November 2009

5 comments:

mama affan on November 5, 2009 at 8:13 AM said...

tahniah sgt..kerana ada ciri2 wed planner yg sgt baik kerana sgt prihatin pd keperluan majlis secara keseluruhannya..dan tq sgt sbb info ni mmg sgt membantu..huhu..

Party Princess on November 5, 2009 at 12:44 PM said...

thanks, xora...sgt membantu dan memberi panduan kpd saya kerana keluarga kami masih belum pernah buat majlis lg. maka majlis saya nanti adalah majlis pertama keluarga :)

Anonymous said...

erm semakin hangat idea2 awk yea,saya suka membaca sbb awak ni banyak menolong org dgn idea-idea bernas awak.teruskan usaha kami semua akan sokong awak..

xora said...

Fik: Terima kasih Fik. Takde la sangat baik, pasal ada gak benda terbabas masa majlis berlangsung. Tapi saya syukur maklumat saya kongsi disini membantu Fik :)

PP: Waaah!! majlis pertama!!! excited nye!! best best..

Anonymous said...

hye..menarik sume entry awk..suke sgt bace..dapat membantu sy plan majlis sy..=)..

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates