Salam dan hai
Baru-baru ni, cik Mingming telah hantar komen di post ini.
Bertanya dia "memandangkan majlis abg awak di dewan dan majlis besfren awak di rumah, boleh tak bg pendapat berkenaan lokasi majlis. sbb saya cdg nk buat majlis kat dewan sbb saya rasa ia lebih mudah dan tak perlu susah2 nk kemas2 rumah tp emak saya nk buat majlis kat rumah. boleh tolong saya bg pendapat?"
Kalau nak bagi pendapat, pendapat saya akan jadi bias :P pasal pilihan saya semestinya kat dewan, tak kisah la orang kata tak mesra alam ke, tak dapat pupuk semangat komuniti ke, sebab apa2 pun berbalik kepada saya semula dan keutamaan saya, saya rimas tempat yang kecik. Saya ada masalah dengan ruang kecik. Ruang kecik buat saya rasa semak.
Sama juga untuk menjawab soalan cik MM.
Saya pun dah bertanya soalan yang sama kepada beberapa orang kawan-kawan saya. Sama, ramai juga yang bias. Bagai bertanya pasukan Negeri Sembilan lawan dengan Kelantan.
Tapi Falin telah berjaya pendapat dengan amat ringkas dan padat, tanpa berat sebelah.
"Ikut pd situasi, kemampuan dan keselesaan"
Betul. Kalau situasi rumah yang kecik tapi kamu ada kemampuan untuk buat di dewan bagi keselesaan, buat sahaja di dewan.
Kalau situasi rumah kamu selesa dan kamu sekeluarga ada kemampuan dari segi tenaga kerja, maka buat sahaja di rumah.
Jadi, buat MM, saya rasa soalan paling asas kamu kena fikir;
Kediaman kamu
Maksud saya, adakah ruang rumah cukup selesa untuk dijadikan tempat majlis? Fikirkan sekali hal ruang rumah, di mana akan diletak pelamin, di mana ruang untuk penanggah bekerja, di mana orang katerer (jika ada) letak barang-barang mereka, di mana hendak diletakkan speaker, bilik mana diletak barang-barang buah tangan, bagaimana tempat parking untuk tetamu.
Paling penting, adakah ruang depan rumah cukup untuk diletakkan khemah? Kalau diletak khemah 2-3, akan menggangu jiran tetangga untuk keluar nanti kah? Bagaiman pulak kalau tetamu main parking cam haram depan rumah jiran? tak ke mendera emosi jiran-jiran? Tak kira lagi volume muzik yang kuat, menggangu anak-anak kecik yang tidur, menggangu anak-anak jiran belajar.
Ingat, dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya."
Tapi ingat, memandangkan mak kamu nak buat di rumah, tanya dia kenapa dia nak buat di rumah? Mesti dia ada sebab musababnya. Mungkin sebab dia nak kumpul sedara mara di rumah. Mungkin dia nak amik berkat di rumah. Mungkin pasal budget. Jadi bagi saya, kamu bincang dulu dengan ibu kamu. Cuba faham kehendak dia.
Memandangkan tujuan kamu nak buat di dewan lebih mudah dan tak perlu pening kepala nak fikir mengemas. Kalau mak kamu ada tenaga kerja manusia yang ramai dan tak kisah untuk tolong mengemas rumah kamu, maka mungkin tiada isu mengemas. Tapi hati-hati, kadang-kadang, mereka pada mula sahaja nak kemas, tapi bila tengok tunggang langgang, terus tak jadi :P
Kalau ini wedding pertama keluarga kamu, kadang-kadang (saya kata kadang-kadang pasal tak semua anak pertama tak kisah lelaki atau perempuan, keluarga akan buat di rumah. Itu bukan tradisi wajib) ibu ayah takde pengalaman handle majlis jadi dengan kehadiran jiran dan saudara mara, mereka rasa lebih yakin dan tak panik. Mereka perlukan sokongan emosi dari orang sekeliling.
Dan orang tua ni lain sikit. Mereka susah nak percayakan orang muda buat kerja (percaya la, saya pernah alami situasi ini dan saya telah membuktikan saya mampu) Mereka nak lihat hasil depan mata mereka, baru mereka akan percaya.
Maka, MM jika kamu tekad nak buat di dewan, cuba yakinkan mak kamu kenapa kamu nak buat di dewan. Bincang jangan sampai bertekak. Faham kehendak masing-masing, baru la boleh jumpa persefahaman. Ingat, darah manis kadang-kadang mudah bergelogak.
Tapi bagi saya, tak betul dah kalau nak samakan tradisi dulu dan sekarang. Jangan kata buat di dewan tak ikut tradisi, sedangkan yang dibuat di rumah pun, makan tetap buffet. Kalau benar mahu tradisi, buatkan aje lauk yang siap terhidang di atas meja macam zaman dulu-dulu. Baru betul :) Yang jenis satu meja ada sepinggan lauk, sepinggan acar, kuih 2-3 jenis dan satu jag air sirap; dan tetamu diharap habiskan semua makanan di atas meja diorang. Zaman sekarang, susah nak jumpa lagi tradisi ini.
MM, masa saya hadiri majlis kawan saya yang buat di rumah, dia untung pasal ayah dia orang kuat komuniti disitu dan mereka memang berazam nak tolong ayah dia. Maka majlis memang meriah dan smooth. Jiran-jiran disitu pun memang sporting, sampai tak kisah ruang tempat letak kereta mereka dipasangkan khemah untuk tetamu. Telinga pun tebal, dengar nyanyian pakcik karoeke yang mungkin pernah masuk pertandingan Bintang RTM kot. Rumah dia pulak bukan di jalan besar jadi takde la berlawan dengan habuk lori dan kereta. Cuma masalahnya bila parking pada waktu peak hour. Isu lagi satu, berkenaan hujan atau bila terlalu panas.
Yang buat di dewan, memang la selesa pasal tempat air cond. Surau pun ada, tandas pun ada, parking pun senang. Bilik VIP untuk kaum keluarga berehat pun ada. Pintu masuk 1 jadi tuan rumah dapat bersalam dengan semua orang. Cuma orang selalu kata, kurang mesra dan komunitinya
Jadi, untuk buat keputusan, kena set kan kepentingan majlis di mana.
Kalau mahukan keselesaan tanpa perlu pening kepala fikir nak kemas rumah selepas majlis (dan terus boleh golek-golek dalam bilik pengantin) mungkin buat di dewan pilihan terbaik.
Tapi kalau mahukan semangat komuniti tanpa kisah penat atau nak pitam mengemas demi semangat persaudaraan, mungkin boleh buat di rumah.
Sebab yang mana pun pilihan, berbalik pada diri sendiri dan keluarga.
Oh saya sudah discover hal paling penting ngapa saya nak buat di dewan -- tak perlu kehadiran orang yang nyibuk nak tengok bilik pengantin macam mana rupa :)
hihihi.
Apahal tempat suami isteri, tetamu nak tengok?!!!
p/s readers, sila bagi pendapat korang kat box comments ye. MM mesti akan menghargainya
10 November 2009