Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

02 December, 2010

Makan Tak Damai Tapi Kami Tetap Bahagia



Salam dan hai

Sambung semula post tentang majlis persandingan kami. Kena habiskan semua cerita ini! Dah dekat sebulan majlis, kalau tak sempat nak khatam cerita, entah bila lagi akan rajin nak menulis. Post terakhir dulu {
Post}, saya ada tulis nak kongsikan tentang makan berdamai yang tak berapa memegang pada perkataan 'damai' itu sendiri. Hihi. Jangan salah faham. Kami gembira dapat berjumpa dengan tetamu ketika dimeja beradap. Cuma melihat kembali video-video kami ini, memang saya dan D asyik tergelak-gelak tengok reaksi kami. Belum sempat suap sesudu nasi, dah ada orang tepuk daripada belakang. Tetamu datang, biadap kalau tak dilayan. Jadi soal makan ditolak tepi. Kena jumpa dan salam tetamu.

Nity ada tanya pada saya, samaada nak dia minta tetamu tunggu sehingga kami habis makan sebelum berjumpa, mungkin dia pun kasihan tengok kami kot. Tapi saya faham, saya pun pernah jadi tetamu. Ada masa, kita ada 2-3 jemputan dalam sehari, jadi sekurangnya, kita sebagai tetamu datang berjumpa dengan pengantin sebelum beredar. Jadi disebabkan itu, saya dan D tetap layan tetamu.

Saya ada beberapa video yang menunjukkan situasi di meja berdamai dulu, tapi setelah difikir, saya tak jadi masuk video tu pasal takut nanti ada tetamu yang terasa hati atau memasukkan video tu secara tak sengaja menjatuhkan air muka tetamu ke. Walaupun sebenarnya, saya dan D suka tengok video-video tu pasal situasi di meja berdamai adalah antara moment kegemaran kami.

Jadi untuk meneruskan post ini, saya rasa saya nak kongsikan dengan bakal pengantin semua, antara perkara yang kamu perlu tahu dan peka ketika di meja berdamai:

1. Tahu kedudukan tempat duduk kamu di mana. Maksud saya, setuju daripada awal, samada kamu duduk di sebelah kanan atau disebelah kiri pasangan kamu.

2. Ada sesetengah katerer tidak menyediakan pakej pelayan dimeja beradap. Maksud saya, pelayan hanya menyediakan makanan dimeja beradap tapi tidak melayan pengantin (mengambilkan lauk untuk pengantin, menuangkan air semula). Jika itu berlaku, pastikan kamu minta pengapit yang ambilkan makanan kamu. Jangan kamu yang ambil lauk. Tiada peraturan tentang ini, tapi lebih manis jika kamu dilayan. Raja sehari kan?

3. Pastikan berapa orang tetamu dimeja berdamai/ beradap. Macam majlis kami, kami hanya mahukan 8 orang (Termasuk pengapit dan pengantin) di meja berdamai pasal keluarga kami rasakan, 12 orang di meja berdamai terlalu padat.

4. Sila ingatkan tetamu dimeja berdamai untuk jangan lupa bawa balik buah tangan mereka. Letak kedudukan buah tangan tu rapat dengan mereka. Jika mereka terlupa juga (biasanya mereka akan terlupa juga walau sudah diingatkan), pastikan ada pihak yang akan simpankan buah tangan tu (dalam kes buah tangan bukan makanan) dan serahkan pada tetamu itu selepas majlis.

5. Pastikan tetamu dimeja berdamai tu rela untuk duduk disitu. Setengah orang segan nak duduk dimeja berdamai pasal perlu mengadap tetamu lain. Jangan lupa maklumkan pada mereka terlebih dahulu pukul berapa mereka perlu sudah berada di dewan.

6. Kamu boleh aturkan samada tetamu itu datang sendiri ke meja berdamai tanpa diiringi atau diiringi. Jika tanpa diiringi, pastikan mereka peka dan tahu waktu bila mereka perlu bergerak untuk duduk dimeja berdamai tanpa perlu diumumkan. Jika diumumkan dan perlu diiringi, pastikan pengiring kenal dan cam tetamu yang akan mereka iringi. Pada pendapat saya, lebih mudah mengaturkan majlis tanpa perlu nama mereka diumumkan, kecuali untuk majlis yang seated.

7. Jangan jadi macam majlis saya. Bila tetamu datang berjumpa kami, saya lalai untuk bagitau pada pengapit untuk menjemput tetamu dimeja berdamai itu untuk makan tanpa perlu menunggu kami. Sepatutnya, selepas abang saya berucap, tetamu dimeja beradap boleh terus menjamah, tapi saya terleka dan terlepas nak maklumkan pada Nity. Sampai Nity sendiri yang kena tanya pada saya. Kasihani la tetamu dimeja berdamai itu :P

8. Ada setengah majlis, pengapit tidak duduk makan bersama pengantin. Jadi bincang dan maklumkan pada pengapit terlebih dahulu samaada mereka perlu duduk disebelah kamu atau tidak. Ada sesetengah majlis, ibu bapa keluarga rombongan yang akan duduk disebelah pengantin dan pengapit dihujung sekali. Jadi apa-apa sekalipun susunan kamu, pastikan bincang dengan pengapit dan keluarga masing-masing

9. Pastikan kamu sudah alas perut dulu sebelum datang ke majlis. Amat penting! Lagi sekali, jangan jadi macam saya. Haha. Tak sempat dan terlupa nak makan. Tapi bila Nity tanya saya dah makan ke belum masa saya tengah bersiap, saya kata dah pasal takut kalau dia tahu saya tak makan lagi, mesti dia marah dan bebel, kang dia masak nasi goreng juga masa tu, pengsan saya nak makan! . Hehe. Ok Nity, sekarang kau dah tahu aku tak makan lagi masa tu . Hahahahahah

10. Jika kamu menghias sendiri meja berdamai/ beradap kamu, pastikan ada seorang penanggah yang akan mengemas barang-barang kamu di meja itu. Pastikan kamu dah berikan arahan dan penerangan jelas tentang bila barang-barang itu hendak dikemaskan dan yang mana satu barangnya. Jangan terambil hak katerer pula. Penanggah yang sama juga boleh menjalankan tugasan tapau lauk pengantin (untuk kamu merasa jika kamu tak sempat menjamahnya) atau bahagikan kepada tetamu yang ada.

11. Peka dengan permintaan OP. Biasanya OP akan ada beberapa shoot di meja berdamai. Jadi sila peka (atau dalam kes saya, Nity yang peka dan ingatkan saya kedudukan A.Rashdi) dan sentiasa beri kerjasama untuk pose yang diminta. Kamu bayar mahal kan, jadi sila beri kerjasama. Mungkin waktu OP bagi arahan, ada tetamu yang datang. Itu bukan diluar kawalan kamu. Biar OP yang uruskan, samada ada dia nak tunggu tetamu jumpa kamu dulu atau dia akan amik shoot dulu.

12. Jangan lupa melayan tetamu yang datang berjumpa kamu dimeja berdamai, walaupun dengan soalan ringkas. Bertanyalah soalan mudah seperti "Dah makan?", "Dah lama sampai?", "Jangan lupa tandatangan guestbook tau!" atau "Dah nak balik ke?". Tetamu sendiri faham yang kamu sedikit sibuk, tapi bertanyakan soalan ringkas begini, pun memadai.

13. Senyum.. Senyumm dan senyum!!!!! Jangan lupa. Tak kira tulang pipi kamu dah kejang ke, jangan lupa senyum!! Jangan jadi cam D, senyum kelat *D yang kata kan, B tak kata. Heheh


Ok, sekian 13 tips yang saya boleh berikan. Kalau saya ingat, nanti saya tambah lagi ya?? Kalau ada pembaca yang ada pendapat lain, boleh selitkan diruang komen ya?




Nota: Suka post terbaru Lala. Idea bagus untuk balutan hadiah yang lebih personal, menjimatkan dan kreatif!


2 Disember 2010

01 December, 2010

Reen Kini Bersama Reem



Salam dan hai

Kita berehat dulu daripada post tentang majlis saya. Saya nak berkongsi
majlis Reen yang saya dan D berkesempatan untuk turun ke Temerloh.

Saya suka nama pasangan yang dekat-dekat. Macam Hafiz-Hafizah. Kamal-Kamaliah. Kali ni, Azreen - Azreem.

Mula-mula rancangnya nak bergerak daripada pagi, tapi tiba-tiba saya rasa macam nak sumbang sesuatu untuk majlis Reen. Saja nak bagi dia kejutan.

Jadi, saya DIY sedikit bunga deko untuk meja beradap dia. Yang ni tak bagitau dia pasal saya takut saya tak sempat nak beli bunga pagi Jumaat tu. Lagipun, memang tak tau nak buat deko yang macam mana.

Sampai sahaja di Floristika, say cari bunga yang berkenan. Lama juga (pasal tak ada idea nak buat deko yang macam mana), hampir 30 minit disini, saya sambar sahaja bunga yang saya tahu apa namanya ni.



Balik rumah terus trim pokok. D pula pergi solat Jumaat. Saya pakai bekas putih yang asalnya untuk kegunaan abu rokok yang saya beli di SSF, harga 45 sen aje masa tu pasal SSF nak habiskan stok. Hehe.

Kemudian, tada~~. Terus MMS Reen. Memang la niat nak kasi kejutan, tapi apa-apa pun, saya tak mahu la kasi kejutan yang dia sendiri tak suka. Nasib dia teruja, jadi OK sudah lulus untuk dibawa ke Temerloh.



Tapi memandangkan kami kejar masa, saya cuma sempat siapkan 3 bekas sahaja, tanpa daun diletak lagi. Angkut bekas-bekas tu ke dalam kotak dan terus ke Temerloh.


Mencari jalan agak mudah, walau ini kali pertama sampai ke sini.

Kami tinggal di Hotel Seri Malaysia. Kalau kami tinggal disini pada hari Isnin-Khamis, dapat harga kakitangan kerajaan. Tapi pasal hari tu hari Jumaat, kena caj macam biasa. RM140 kalau tak silap.

Macam biasa la, D sampai hotel mesti dia akan tengok ada ke tak siaran sukan.



D dah banyak tolong saya, daripada tolong deko kotak muffin hantaran Reen {
Post}, sampai la bawa saya ke Floristika. Jadi kasi muka kat Yayang.

Saya teruskan misi siapkan deko meja beradap Reen.

Ye, dengan baldi-baldi kami angkut dalam kereta haha.



Sambung lagi.



.. dan lagi.



Alhamdulillah, sempat siapkan sebelum malam. Lepas magrib terus ke rumah Reen untuk akad nikah dia. Kami dah janji nak rakam video dia, jadi kena sampai awal.

.. tapi kami sesat sedikit pasal jalan gelap dan D bawa laju sampai tak sempat tengok petanda arah. *cubit D. Nasib baik masih sempat sampai sebelum akad berjalan.

Ni pelamin DIY Reen.


.. Ini pulak hantaran daripada Reen. tengok tu, muffin tu cuma muat 6 kotak sahaja. *Aku dah kata Reen, takkan muat 14 kotak!!



Majlis akad berjalan dengan lancar, sekali lafaz sahaja alhamdulillah. Serius, lama sangat proses pernikahan ni. Ada la kot setengah jam ke nak menjangkau satu jam juga adanya! Sampai saya dan mak Reen sempat bergossip pasal proses akad yang lama ini. Tapi yang penting, asal sah ye Reen!?



Oh ini la yang ku nanti!! Makan kenduri selepas akad nikah-- ikan patin istimewa air tangan keluarga pengantin hokey!!



Fiuhh. kenyang perut.. bila kenyang perut, mata ngantuk. bila mata ngantuk, tak perasan jalan.. akhirnya masa balik,pun kami sesat 18 km daripada Temerloh.

Terbaek~~!!! T.T

Dah fikir macam-macam, kot-kot ada 'penumpang' ke apa ke..
Kesimpulannya=D bawa laju+B tertidur = TERLAJAK

Balik hotel terus tidur. Ngantuk pasal kekenyangan.

Esok paginya (Sabtu) sempat sarapan di hotel dulu.



Kemudian terus check out hotel dan ke rumah Reen lagi sekali.

Kali ni tak sesat dah. Haha.

Khemah dan banner sudah dipasang.


Reen tengah bersiap. Kali ini saya ada tugasan lebih penting = Sebagai makcik sponsor tapai. Suami makcik tersebut amat memberi sokongan. Ke sana sini dia menolong makcik itu.



Lepas siap susun tapai disetiap meja, terus pula hias meja beradap Reen.

Ni lebihan muffin, kami jadikan buah tangan di meja beradap.



Susun hiasan bunga elok-elok.


Campur dengan bunga tangan sedia ada di meja rombongan. Pasal meja rombongan akan disediakan dome, jadi cilok bunga tu, letak di meja beradap, kasi penuh.



Bunga saya ada banyak baki. Jadi saya deko sedikit untuk meja potong kek. Tambah sedikit dengan batu sungai.


Macam ini rupanya pada waktu majlis.


Kenapa saya ambil gambar ini? Pasal set sudu dan garfu Reen daripada tembaga!! Amat klasik hokey!



Ini diambil kerana Laling yang sponsor. Agar-agar yang sama juga Laling sponsor untuk majlis kami dulu tapi pasal tak sempat merasa, memang kali ini saya makan dengan banyaknya!


Ini rekaan apa, saya pun tak tau. Tapi pasal cantik, gambar harus ditangkap!


Kenapa juga saya amik gambar bunga pahar ini? Pasal tu bukan telur pindang. Tu coklat berbentuk telur! Kita tungu Reen untuk buat post khas tentang ini



Bunga apa pula ini, siap ada beras? Ini namanya bunga Latlat. Reen kata tu ada orang Kuantan. Mak Reen dan makcik dia yang buatkan bunga ini. Saya ingatkan ada orang salah letak bunga ini, nasib saya tak alihkan. Rupanya, masa ketibaan rombongan lelaki, pengantin lelaki akan diberi bunga ini dan dia akan bawa sampai ke pelamin.



Kemudian, tengah sibuk-sibuk, baru teringat belum conteng buku tetamu Reen.

Buku ini DIY daripada kawan pejabat kami. Cantik! pakai kertas lukisan sebagai bahagian dalam. Reen gunakan semula bunga tangan malam nikah untuk deko meja buku tetamu *bijak!



Saya sempat bawa lari 2 bunjut bunga rampai. Hehe


Kami conteng ini! Ye, memang kami letak gambar pasal Reen suruh. *ko paksa kan aku letak gambar.. eheheh


Kita cepatkan hari majlis sampai ke ketibaan pengantin ya?

Makanan majlis memang sangat sangat menyelerakan. Tak ingat berapa banyak lauk. Serius, amat banyak. Kali pertama tengok majlis ada banyak lauk!

Tapi saya amik ini sahaja.


Ini gambar pengantin.





Ini gambar mantan pengantin suka dapat amik kek pengantin.



Rumusan saya: Saya amat suka jika berpeluang dapat ke majlis perkahwinan di luar bandar, ke negeri orang. Banyak benda dan peristiwa baru saya belajar dan lihat. Sudah bosan dengan majlis dibandar yang kadang-kadang terlalu mementingkan kemewahan dan gah. Tanpa perlu bergantung pada nama-nama besar, majlis kenduri tetap berjalan dengan sangat meriah! Saya sebagai tetamu pun, rasa macam dirumah. Tak terasa nak balik cepat-cepat.

Oh ya, sebelum pulang ke rumah, saya sempat berjumpa seorang pembaca senyap blog ini. Lepas saya masukkan post yang saya akan ke Temerloh, dia hantar emel dan menjemput saya ke majlisnya. Tapi memandangkan majlisnya hari Ahad dan saya sudah pulang, jadi saya berjumpa dengan dia pada petang Sabtu. Terkejut ya Hanim saya datang? :P Kalau dijemput dan insyaAllah tiada halangan, dengan izin Allah saya akan cuba hadir.

Walau tak sempat menunggu hari majlis Hanim, saya dapat buah tangan ini! Suka!


Tahniah buat Reen dan Hanim!! Selamat pengantin baru! Kalau nak tahu siapa vendor-vendor Reen, kena pergi ke blog Reen. Mungkin penceritaan dia lebih jelas ya.


Fiuh.. balik dari Temerloh, terus demam urat.




1 Disember 2010

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates