Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

24 June, 2011

Berkahwin vs. Mengandung


Salam dan hai

Tiada jauh bezanya persiapan untuk majlis perkahwinan dengan perjalanan sepanjang tempoh mengandung ini rupanya.

Dialog, penerimaan orang sekeliling, hampir-hampir sama sahaja ketika masa saya merancang majlis perkahwinan.

Berkahwin: Ei, ko nak kahwin?!! Bila ko bertunang?!
Mengandung: Ei, ko dah mengandung?!! Bukan baru lagi ke kahwin?!

Berkahwin: Kahwin dengan orang mana? Kerja apa?
Mengandung: Bersalin kat mana? Pakej apa?

Berkahwin: Ko amik la pakej kat Butik XXX tu, mahal tapi bagus.
Mengandung: Ko beli la pakej bersalin XX tu, mahal tapi bagus.

Berkahwin: Majlis kat dewan ke rumah?
Mengandung: Nanti susu badan ke susu tepung?

Berkahwin: Dah decide nak amik OP (official photographer) mana?
Mengandung: Dah decide nak amik BP (breast pump) mana?

Berkahwin: Hantaran berapa?
Mengandung: Jantina apa?

Memang tak jauh beza perbualannya.

Buat masa sekarang ini, perbualan paling menarik yang saya pernah alami

K: Hei, bila ko mengandung? Minggu lepas aku tengok ko tak pregnant pun lagi!
X: Aku dah mengandung 6 bulan lepas dah kot.
K: Ha.. Jadi ko dah berapa bulan??
X: Aku dah 6 bulan la!!
X: Tak perasan pun!!

Nasib la kawan tu bujang lagi, jadi boleh maafkan dia.

Memang menjadi misteri pada sesetengah orang, berteka-teki berapa bulan sudah nyawa kecil yang dikandung di dalam ini. Perut saya tidak sebesar perempuan mengandung yang pada bulan yang sama dengan saya. Mungkin kerana ketinggian saya atau ruang di dalam perut (memandai aje aku). Tapi seronok juga berteka teki dengan orang sekeliling.

Bukan tidak mahu berkongsi secara umum, cuma saya memilih untuk tunggu dan lihat. Kalau ketika merancang majlis perkahwinan, saya memilih untuk bercerita dan melihat hasilnya terlebih dahulu, kali ini, saya ingin cuba satu pendekatan yang berbeza pula. Yang boleh saya harapkan, dipermudahkan urusan kami InsyaAllah.

Coretan ringkas di petang Jumaat

Selamat berhujung minggu semua!



24 Jun 2011


27 comments:

IamAin on June 24, 2011 at 1:56 PM said...

xora dh prgnnt??tahniah erk...

Byzura Mj (By) on June 24, 2011 at 2:01 PM said...

taniah Xora! Biarkan mereka berteka teki. hiihihi

Unknown on June 24, 2011 at 2:24 PM said...

kdg2x best gak xora bg org berteka teki..seronok gitu

Farrah_Anuar on June 24, 2011 at 2:30 PM said...

Xsabar nak tgk baby kak xora.. :)

SUHAIDA on June 24, 2011 at 2:37 PM said...

nanti nak tggk baby comel ni..tadi dapat tgok perut kak nurfirdaus(along) yang comel tu..hhiiii

Unknown on June 24, 2011 at 2:39 PM said...

sweetnyeee hehehe..bestnye jd preggy kn hehehe...

Unknown on June 24, 2011 at 2:56 PM said...

tahniah

Putri Qaseh on June 24, 2011 at 2:58 PM said...

Xora, Itu sudah Lumrah, tunggu anak kamu lahir nanti "bila nak tambah lagi satu", kesimpulannya, manusia memang suka bertanya, selagi mampu kita menjawab..

Unknown on June 24, 2011 at 3:04 PM said...

hope everything going smoothly dear.... :*

ryyhan on June 24, 2011 at 3:07 PM said...

tapi kawen tarikhnya mmg confirm (unless terjadi sesuatu)
bersalin tarikhnya Wallahuaklam..blh jd tercepat,on time ataupun terlewat...

"cikkin" on June 24, 2011 at 3:07 PM said...

puan xora !! tahniah..=)

ita citot on June 24, 2011 at 3:14 PM said...

tahniah madam xora =)
takpe, kawan ita dulu pon, peknen 5 bulan masih boleh berkebaya. gerek gak kan ;)
semoga selamat dan dipermudahkan semua olehNYA =)

farahfatihah on June 24, 2011 at 3:44 PM said...

6 bulan ek...edd mesti lepas raya kan.....tahniah

wanie on June 24, 2011 at 4:05 PM said...

kak xora.. mmg betul apa yg kak xora alami.. org di sekeliling berteka-teki tentang jantina dlm perut n bila nk due. Perut wani pown x besar mana walaupown 7 bulan, masih boleh lagi di tutupi dengan baju kurung.. secara mata kasar org akan kata yg saya makin gemuk.. hihihihi

debu86 on June 24, 2011 at 4:06 PM said...

salam.. tahniah..sy suka baca blog Xora.. maaf xtau kite ni sebaya ke x?

lovelyadibah on June 24, 2011 at 5:13 PM said...

hehe..rupanya sama jer t soklannyer.:)

missCHOKODOX on June 24, 2011 at 6:27 PM said...

tahniah dear..me too menghadapi masalah saiz perut yg tak sepadan dgn umur kehamilan saya..dah 7 bulan ade org ckp kecik nye perut..sampai hubby pun emo..mengandung salah, tak mengadung salah..kecik besar perut pun jadik isu kan..as long as umat adam dalam rahim nih membesar dgn sihat dah cukup membahagiakan..ye dak..adatlaa manusia..ade jek benda tak kena :)

Unknown on June 24, 2011 at 8:35 PM said...

tahniah mummy to be... (^_^)

♥♥relyza♥♥ on June 24, 2011 at 8:59 PM said...

tahniah! jaga diri and kandungan elok2 yer...

Melin Fork on June 24, 2011 at 10:57 PM said...

lama tak blogwalking.
tatau Xora dah pregnant.hehe
semoga semua di permudahkan. i pun in my 6 months pregnant. =)

QueenBz on June 25, 2011 at 11:58 AM said...

biasalah Xora.
aku pun same jugak.
dah 6-7bulan baru org perasan aku mengandung.
siap teka baru 4-5bulan kot.
Lantaklah, janji kita n baby same2 sehat! :)



ps: bile ko nak buat maternity shoot nie?

Liyana SCR on June 26, 2011 at 7:01 AM said...

wah xora! congrats! :D i doakn yg trbaik utk u. ^_^

kuku on June 27, 2011 at 3:39 PM said...

Xora!! Tahniah! ;)

Fifie on June 28, 2011 at 12:47 PM said...

tahniah puan xora..same la..perut saya pon kecik je..dah 7 bulan..bila scan nampak ala..macam sempit je baby tu duduk dalam perut..heheh..

semoga semuanya selamat...

choclairissa@intan marliana on June 30, 2011 at 10:39 AM said...

congrats xora :)

n.dah on June 30, 2011 at 11:58 AM said...

salam.makcik ingin sewa bantal nikah utk tarikh 23julai...dah ada orang sewa ke?

Xora on June 30, 2011 at 1:25 PM said...

Dear all : terima kasih semua :D
n.dah: tarikh tu masih kosong. blh emel saya ye

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates