23 November, 2010

Memaniskan Lagi Bulan Madu Kamu


Salam dan hai

Saya tau saya masih berhutang post terakhir untuk ini {
Post}. Hutang post bulan madu kami dalam hujan. Sebenarnya, tidak lah lencun, cuma sepanjang 4 hari disana, 2 hari juga la hujan dipagi hari. Romantik juga berlari sana sini berteduhkan peta Langkawi. Haha. Tapi ibu ayah memang risau la keselamatan kami disana, pasal masa tu tengah heboh Kedah tenggelam dek banjir.

Kami tinggal di Federal Villa yang diuruskan oleh Holiday Villa. Nasib D penjawat awam, jadi dapat la jimat sikit daripada segi tempat tinggal. Dapat pakej spa dan makan malam di restoran mana ntah tak amik pot, tapi tak mahu pasal saya nak merasa makanan tempatan Langkawi. Satu-satu perkara yang saya kesal, ada kitab Bible di dalam laci meja sisi katil kami. Kami cuma perasan hari terakhir di sana. Jadi kepada semua bakal pengantin, sila periksa dulu semua laci di bilik hotel korang semua ya.

Saya masih mencari-cari rentak bagaimana saya boleh mulakan post tentang bulan madu kami tanpa terlalu terperinci. Cukup la sekadar kenangan dalam blog ini. Saya tak mahu tuliskan post yang terlalu cliche apabila menulis tentang bulan madu. Saya mahu post saya secara tak langsung, memberi faedah dan tips kepada bakal pengantin. Jadi setelah difikir-fikir, saya jadikan post saya begini.

Tips memaniskan lagi bulan madu kamu.


Jika kamu SUAMI, pastikan kamu

1. Rancang bulan madu kamu dengan teratur, baik daripada segi tempat tinggal, makan, pengangkutan dan paling penting --membeli belah (ni program khas untuk isteri tercinta)



2. Bawa salinan surat nikah kamu



3. Bawa tripod supaya kamu dapat bergambar dengan dia pada latar belakang yang kamu kehendaki, dan bukan sekadar kamu memegang camera dan kesudahannya, gambar fokus pada muka; atau gambar kamu dan dia sorang-sorang.



4. Lindungi si cinta hati kamu ketika dia dalam ketakutan (walau dibuat-buat)


5. Pastikan semua barang dia tiada yang tertinggal di hotel, kereta sewa atau mana-mana tempat yang kamu kunjungi (Atau kamu tetap dipersalahkan)

Rayban ku dalam kenangan T.T. Salah D la ni, tak ingatkan B!


6. Bawa cinta hati kamu ke mana sahaja dia mahu pergi (walau ke kilang proses gamat :P)



7. Pastikan bawa krim UV (atau dia akan membebel kata kamu menyebabkan dia hitam)


8. Abadikan bulan madu kamu dalam bentuk lukisan, karikatur atau t-shirt





9.Layani kerenah seleranya (walaupun kesudahannya kamu yang kena habiskan)Tapi awas, kalau dia naik berat badan selepas berbulan madu, kamu adalah objek paling mudah untuk dia salahkan










10. Tulis nama kamu dan dia di pasir (Walaupun lepas tu hilang dek ombak)







11. Biarkan dia dengan peelnya di tempat melawat (tapi pastikan tiada pelawat lain berada berhampiran)




12. Bagi dia cuba benda dan aktiviti baru



13. Biarkan dia buat posing merepek






14. Join dia sekali buat posing merepek




15. Jangan paksa dia baca peta.

D: B, kita kat mana ni sekarang ni?
X: Kita.. kita.. kita kat Langkawi!!
D: Memang. Langkawi kat part mana?
X: Kat.. kat.. Kat belakang kereta putih ni!




Jika kamu ISTERI, pastikan ..

1. Ada siaran sukan di bilik penginapan kamu.



.
.
.
Itu sahaja. D amat gembira dapat tengok bola sepak T.T



23 November 2010

25 comments:

  1. tips yg bagos la xora...sgt sweet..sila kongsikan lg tips2 ntuk bakal serta mantan pengantin ya

    ReplyDelete
  2. wsh..tempat hanimunan kita sama lah...hehe.

    Err..ini rasanya dalah komen pertama saya selepas wedding kamu. Tapi walaupun tak drop komen saya tetap baca semua entri cerita kawen kamu Xora..siap korek2 kat arkib lagi.huhu.

    Neway..Semoga berbahagia ya!

    ReplyDelete
  3. bagusnye tips..=)
    akan di praktikkan..bile tibe masanya..hehe...

    ReplyDelete
  4. haha isteri satu je ek?ok sukaa! hahahaha

    ReplyDelete
  5. haha.. kak xora! btul sgtla tuh..
    evn dia xlsah pun kna dsalahkan..
    *cian nyerr*

    yg part bab kita tu pun same..
    sukan sukan sukan!

    ReplyDelete
  6. hehehe.. beshhnye jadik isteri~!!
    encek suami, sila take note!

    haha.. ;)

    ReplyDelete
  7. suami cukup ngan channel sukan je ek?

    ReplyDelete
  8. kak iza!!! rayban tinggal dimana..???? cite pasal kunci keta ilang xade pown.??? ~boss yg cite~ agagagaggaa

    ReplyDelete
  9. bw tripod? tak penah tepk, tq tq

    ReplyDelete
  10. Dear all, terima kasih utk komen2.. kalau ada yg sesuai, kita praktikkan ya.. haah jgn lupa tripod. tripod ni pun, kawan kami yg dah kawin igtkan pasal dia kata, gambar dia dan isteir, semua stok jenis pegang camera sndiri, jadi sgt tak best.

    ReplyDelete
  11. Hey babe..saya ke langkawi juga utk bulan madu.. kita adalah sama!!! bleh declate kembar x...*muka x malu i nih*

    ReplyDelete
  12. Hahahahahahhahaha, very the true!! kat manapun berada,kalau dapat tengok bola memang hati lapang dan tenang. Pastu kalau nak suh teman shopping ber jam2 pun takde masalah :) bagus ixa, dah boleh faham basic need lelaki kaki bola,kekekkee.

    ReplyDelete
  13. suke lawat blog iza ni..penuh tips..

    ReplyDelete
  14. mmg bgus..info yg berguna xora..
    hehe..xora n zaila ni asyik sama je kn..;P

    ReplyDelete
  15. harap aku dpt hornymoon eihhh honeymoon wakakaka

    ReplyDelete
  16. nak kasik link entri ni kpd bakal lah..heheheh..

    ReplyDelete
  17. huhuhu...malas nk email..nk komen kt sini gak. saya nak sewa veil putih tu...tapi..pjg sgt....! sama pjg saya. :(

    ReplyDelete
  18. yer memang pon...untuk suami chanel bola dah cukup memadai...;p

    ReplyDelete
  19. salam xora, miza pn g langkawi jugak..sama jugak husband miza pn kje government so ambil federal villa sebab murah. :)

    Boleh suggestkan tempat mana nak pergi tak? Company mana xora sewa kereta etc.

    thanks :)

    ReplyDelete
  20. bab company sewa kereta, saya rasa kalau kamu kuar daripada airport tu aje, dah berlambak org promote sewaan keta jd tak perlu risau sgt. elok amik kete yg sedang2, cam Wira ke, jgn amik kancil, tak feel lak nnt :P

    tempat nak gi mmg ada banyak sgt. tapi saya cadangkan kamu jgn lupa amik peta yg petugas kat airport kasi FOC. kami pun tak rancang nak gi mana, jadi kami nye destinasi berdasarkan peta, tgk tmpat mana yg dekat dgn tempat tinggal kami :P tapi tak pusing Langkawi penuh pun :P amik tempat2 yg wajib cam kabel car, makam mahsuri, pantai diorang..

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)