Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

22 October, 2010

Deko Bilik Pengantin untuk Pengantin Pemalas Macam Saya




NOTA: Semua post bermula hari ini, telah dijadualkan. Segala komen dan pendapat saya akan baca kemudian. Terima kasih.

Saya paling tak berminat nak hias bilik pengantin. Sebab?

Majlis nikah di masjid, majlis sanding di dewan, jadi tiada siapa nak sibuk tengok bilik pengantin~~~ atau mungkin kah masih ada yang sibuk nak tau??

Tapi pasal ibu bertegas nak gak bilik pengantin dihias (ayat ibu : Nanti orang mengata!) jadi ikutkan sahaja. Ibu nak bilik pengantin dihias tapi dia suruh saya pandai-pandai deko.

Saya tak minat bilik pengantin. Noktah.

Tapi pasal fikir , 'Oh nanti mekap di bilik pengantin, harus la cantik' merupakan antara sebab yang buat saya mengalah.

Ringkasan cerita:

1. Siling ayah dah buat pengubahsuaian [
post dahulu]

2. Almari semua memang jenis terbina dalam (cupboards built in) jadi satu-satunya perabot yang kena beli, cuma katil sahaja. Itu ayah uruskan. Baik daripada segi design, tilam dan semuanya. Saya tak berminat nak amik tahu. Saya cuma cari cadar katil [
post dahulu]. Amik yang praktikal untuk kegunaan harian.



3. Kain ela untuk scallop dah beli [
post dahulu] Kemudian ayah dah mula pasang scallop[post dahulu.

Hasilnya
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
. Amik gambar pakai kamera telefon memang tak best. Dengan sudut camera tak best, memang hasilkan gambar tak best. Harap OP dapat amik gambar lebih cantik.



Idea kristal ni saya dapat masa pergi cari barang di kedai Fah Lean, Balakong. Ada banyak idea deko juntaian kristal macam ni kat siling kedai. Jadi terfikir, ok gak buat macam ni. Tapi kat kedai tu lagi cantik la, memang mewah dengan deko macam ni. Idea scallop ni, dapat masa tengok pergi Muzium Negara + internet.

Tak tau macam mana ayah buat. Pasal elok balik kerja, dah siap. Saya tak perasan dah siap pasal tak pandang siling. Hehe. Juntai kristal tu, beli di SinYin, Semua House. Ada 3 jenis kristal saya beli. Kemudian ayah pisah-pisahkan ikut kesesuaian panjangnya. Warna pink (Geli!) dan putih. Semuanya DIY. Ayah pakai dawai kot.. ke besi.. entah. Tak amik tahu pasal tak berminat. Sebenarnya kristal tu untuk tutup suis wayar kipas. Nak pakai bunga, nanti berhabuk. Jadi pakai kristal. Google cara pasang scallop, kemudian bagitau ayah caranya.

Dulu, saya nak buat deko macam ini masa abang saya kahwin, tapi pasal kipas memang dah pasang jadi takut orang tertekan suis, habis deko semua terbang. Jadi, majlis saya ni, kipas tak dipasang lagi. Tunggu selesai majlis baru dipasang.

Lepas majlis, kain ni boleh digunakan semula untuk rumah kami. Jadi takde la rasa membazir sangat.


Ok. ibu suka, tu aje yang penting. Kalau saya, malas nak amik tahu bilik pengantin. Hehe. Nak sahaja saya pakai bilik abang saya dulu. Tapi ibu dah bagi amaran awal-awal "Nak ibu kena umpat??!!!" . Ok. Nahhh Bilik pengantin ye bu?


22 Oktober 2010

16 comments:

Mysarah Rahman on October 22, 2010 at 8:54 AM said...

meriah! bilik i tak buleh buat. sebab? konpem la terbang sebab kipas berpusing dengan ligat :D

elle's laaa~ on October 22, 2010 at 9:38 AM said...

wow !! cantek nye ...... cantek sgt2 !! pandai ayah awak deko2 kan ..

Anonymous said...

me pon majlis didewan tapi maybe ada orang yg tak dapat datang masa majlis akan datang rumah kiter sehari atau 2 hari sebelum majlis...masa tu la nak tengok bilik pengantin....lagipon nanti tak nak ker shot jap romantik2 dalam bilik pengantin dengan hubby hik3..btw, cantik bilik pandai ayah u hiasla...;)

PurPLe LaDy AiFA on October 22, 2010 at 10:00 AM said...

sukaaa scallop2 gini! xora sm dengan sy, mati2 xmau bilik pengantin, cm membazir je mula2. tp abah and ummi nak sgt, so dieorg yg DIY segala.

eh, jgn kata cadar tu yg cotton from AKEMI tue?

Myra on October 22, 2010 at 10:09 AM said...

lol! bagus dengar cakap ibu, syurga insyaAllah!

tp seriously cantik Xora :D

xyah grduging sgt kt ibu ye~ nnt Xora n D juga bergolekan kt bilik tu tgk tmpt yg dihias khas for the both of u :)

ah excitednya i!!!

Cik Belle on October 22, 2010 at 10:11 AM said...

cantek la xora! rasa bahang pengantin! uhuhu

ckynwan on October 22, 2010 at 11:16 AM said...

omaigod cantik!!!!

Mrs.Qarlista on October 22, 2010 at 11:39 AM said...

xora..hari dah semakin dekat! mimpi jadi kenyataan..hehe. pengantin malas ke xora? definitely no! terlebih rajin suda tauuuuu..hehe :P

Anonymous said...

amazing dear!! sangat!! tak terpikir pun nak buat macam tu!!

nizabeba on October 22, 2010 at 1:41 PM said...

hasilnye maveles xora!!.. waa debaran makin terasa..hehe..credit kepada ayah xora!!cantik!!

TheBubblyMe on October 22, 2010 at 1:44 PM said...

sgt cantek bilik pengantin u =D

Byzura Mj (By) on October 22, 2010 at 4:07 PM said...

wah..ayah xora sangat membantu!!sweet je ..tenang

Shakina Farhan on October 22, 2010 at 4:22 PM said...

XORA!!!!kina ad berita baek!!..kina da dapat kad xora..hehe..akhirnya kan?

bilik pengantin kompem2 ad makcik2 yang sibuk nk tgk..hehe

:: Princess Violet :: on October 23, 2010 at 9:31 AM said...

baru tengok siling bilik dah cantek....semoga majlis ixa berjalan lancar k ...

MAY on March 15, 2011 at 11:18 AM said...

same goes 2 me last year..xtau nk buat ape..last2..idea sdr..amek lebihan langsir bonda y masih berjela2..den my bro buat mcm 2..siyes santek..kebetulan lak ayah ade bli siput y gantung2 mcm 2..ade bunyi2 lg..haha..jdla scallop y mcm e2..idea kreatif jimat bajet.

Aimi Hakim on May 10, 2011 at 8:31 PM said...

sangatla menarik dan fuhhhh...suke habis lah ^_^ pinky2

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates