22 October, 2010

Deko Bilik Pengantin untuk Pengantin Pemalas Macam Saya



NOTA: Semua post bermula hari ini, telah dijadualkan. Segala komen dan pendapat saya akan baca kemudian. Terima kasih.

Saya paling tak berminat nak hias bilik pengantin. Sebab?

Majlis nikah di masjid, majlis sanding di dewan, jadi tiada siapa nak sibuk tengok bilik pengantin~~~ atau mungkin kah masih ada yang sibuk nak tau??

Tapi pasal ibu bertegas nak gak bilik pengantin dihias (ayat ibu : Nanti orang mengata!) jadi ikutkan sahaja. Ibu nak bilik pengantin dihias tapi dia suruh saya pandai-pandai deko.

Saya tak minat bilik pengantin. Noktah.

Tapi pasal fikir , 'Oh nanti mekap di bilik pengantin, harus la cantik' merupakan antara sebab yang buat saya mengalah.

Ringkasan cerita:

1. Siling ayah dah buat pengubahsuaian [
post dahulu]

2. Almari semua memang jenis terbina dalam (cupboards built in) jadi satu-satunya perabot yang kena beli, cuma katil sahaja. Itu ayah uruskan. Baik daripada segi design, tilam dan semuanya. Saya tak berminat nak amik tahu. Saya cuma cari cadar katil [
post dahulu]. Amik yang praktikal untuk kegunaan harian.



3. Kain ela untuk scallop dah beli [
post dahulu] Kemudian ayah dah mula pasang scallop[post dahulu.

Hasilnya
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
. Amik gambar pakai kamera telefon memang tak best. Dengan sudut camera tak best, memang hasilkan gambar tak best. Harap OP dapat amik gambar lebih cantik.



Idea kristal ni saya dapat masa pergi cari barang di kedai Fah Lean, Balakong. Ada banyak idea deko juntaian kristal macam ni kat siling kedai. Jadi terfikir, ok gak buat macam ni. Tapi kat kedai tu lagi cantik la, memang mewah dengan deko macam ni. Idea scallop ni, dapat masa tengok pergi Muzium Negara + internet.

Tak tau macam mana ayah buat. Pasal elok balik kerja, dah siap. Saya tak perasan dah siap pasal tak pandang siling. Hehe. Juntai kristal tu, beli di SinYin, Semua House. Ada 3 jenis kristal saya beli. Kemudian ayah pisah-pisahkan ikut kesesuaian panjangnya. Warna pink (Geli!) dan putih. Semuanya DIY. Ayah pakai dawai kot.. ke besi.. entah. Tak amik tahu pasal tak berminat. Sebenarnya kristal tu untuk tutup suis wayar kipas. Nak pakai bunga, nanti berhabuk. Jadi pakai kristal. Google cara pasang scallop, kemudian bagitau ayah caranya.

Dulu, saya nak buat deko macam ini masa abang saya kahwin, tapi pasal kipas memang dah pasang jadi takut orang tertekan suis, habis deko semua terbang. Jadi, majlis saya ni, kipas tak dipasang lagi. Tunggu selesai majlis baru dipasang.

Lepas majlis, kain ni boleh digunakan semula untuk rumah kami. Jadi takde la rasa membazir sangat.


Ok. ibu suka, tu aje yang penting. Kalau saya, malas nak amik tahu bilik pengantin. Hehe. Nak sahaja saya pakai bilik abang saya dulu. Tapi ibu dah bagi amaran awal-awal "Nak ibu kena umpat??!!!" . Ok. Nahhh Bilik pengantin ye bu?


22 Oktober 2010

16 comments:

  1. meriah! bilik i tak buleh buat. sebab? konpem la terbang sebab kipas berpusing dengan ligat :D

    ReplyDelete
  2. wow !! cantek nye ...... cantek sgt2 !! pandai ayah awak deko2 kan ..

    ReplyDelete
  3. me pon majlis didewan tapi maybe ada orang yg tak dapat datang masa majlis akan datang rumah kiter sehari atau 2 hari sebelum majlis...masa tu la nak tengok bilik pengantin....lagipon nanti tak nak ker shot jap romantik2 dalam bilik pengantin dengan hubby hik3..btw, cantik bilik pandai ayah u hiasla...;)

    ReplyDelete
  4. sukaaa scallop2 gini! xora sm dengan sy, mati2 xmau bilik pengantin, cm membazir je mula2. tp abah and ummi nak sgt, so dieorg yg DIY segala.

    eh, jgn kata cadar tu yg cotton from AKEMI tue?

    ReplyDelete
  5. lol! bagus dengar cakap ibu, syurga insyaAllah!

    tp seriously cantik Xora :D

    xyah grduging sgt kt ibu ye~ nnt Xora n D juga bergolekan kt bilik tu tgk tmpt yg dihias khas for the both of u :)

    ah excitednya i!!!

    ReplyDelete
  6. cantek la xora! rasa bahang pengantin! uhuhu

    ReplyDelete
  7. xora..hari dah semakin dekat! mimpi jadi kenyataan..hehe. pengantin malas ke xora? definitely no! terlebih rajin suda tauuuuu..hehe :P

    ReplyDelete
  8. amazing dear!! sangat!! tak terpikir pun nak buat macam tu!!

    ReplyDelete
  9. hasilnye maveles xora!!.. waa debaran makin terasa..hehe..credit kepada ayah xora!!cantik!!

    ReplyDelete
  10. wah..ayah xora sangat membantu!!sweet je ..tenang

    ReplyDelete
  11. XORA!!!!kina ad berita baek!!..kina da dapat kad xora..hehe..akhirnya kan?

    bilik pengantin kompem2 ad makcik2 yang sibuk nk tgk..hehe

    ReplyDelete
  12. baru tengok siling bilik dah cantek....semoga majlis ixa berjalan lancar k ...

    ReplyDelete
  13. same goes 2 me last year..xtau nk buat ape..last2..idea sdr..amek lebihan langsir bonda y masih berjela2..den my bro buat mcm 2..siyes santek..kebetulan lak ayah ade bli siput y gantung2 mcm 2..ade bunyi2 lg..haha..jdla scallop y mcm e2..idea kreatif jimat bajet.

    ReplyDelete
  14. sangatla menarik dan fuhhhh...suke habis lah ^_^ pinky2

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)