Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

24 November, 2010

Reen yang Terakhir



Salam dan hai

Baca dulu post Reen {
Post} tentang Bridal Shower dia. Tapi ko cite tak ikut kronologinya Reen! Cis.. Bak sini aku cite lak ok! Ko dok Temerloh, gi racik bunga rampai sekarang!!

Saya dan Laling memang dah pakat nak kenakan Reen kaw-kaw punya untuk Bridal Shower ni. Kami berdua dah kahwin jadi memang ada lesen besar nak beli benda merepek-repek. Tapi memandangkan Reen ni jenis suka mengamati sesuatu tindakan, jadi kami rasa kalau kami pakai modus operandi yang sama untuk buat Bridal Shower dia, seperti mana yang mereka buat untuk saya {
Post} dan Laling sendiri {Post}, mesti tak jadi kejutannya. Jadi saya bagitau Laling, kita pura-pura macam tak sempat beli apa-apa untuk dia. Janji untuk beli selepas majlis. Alasan tak sempat: masing-masing sibuk dengan kehidupan lepas kahwin dan Reen sendiri pun cuti sakit lama juga.

Saya dan Laling tak sempat nak pergi beli barang sama-sama, jadi kami cuma berhubung pakai MMS sahaja. Main setuju sahaja untuk semua benda.

Pada hari kejadian, kami makan di Secret Recipe.





Kemudian, lakonan kami pun bermula. Kami beli sepotong kek untuk Reen.




Kami minta maaf, pasal tak sempat raikan dia. Jadi sepotong kek buat peganti sehingga kami dapat beli hadiah untuk dia.



Dia tak tahu yang sebenarnya, tengah hari sebelum keluar makan tengah hari, saya pergi ke kereta saya dan letakkan kotak hadiah siap-siap di dalam bonet. Siap tiup belon yang ada cetakan Bridal Shower tu. Tak tahu macam mana saya boleh tiup kasi kembang. Haha. Mungkin semangat berkobar barangkali.Sebelum tu, pagi-pagi lagi Laling dah singgah tempat saya untuk serahkan kotak tu dan kami siap dapat tulis sedikit ucapan semangat untuk Reen. (.. 'tapi indah' tu Laling yang tulis Reen. Bukan aku!)


Sepanjang kat kedai tu, Reen nampaknya tak syaki apa-apa lagi. ke ko dah mula syak apa-apa Reen? :P

Balik ke kereta, saya minta dia alihkan kotak di tempat duduk belakang ke bonet belakang. Daripada awal, memang sengaja letak kotak tu kat tempat duduk belakang. Nanti boleh minta Reen alihkan dengan alasan semak sangat. Saya dah pakat dengan Laling, dia kena duduk depan, jadi baru nampak logik Reen yang kena alihkan kotak ke bonet.

Ini reaksi Reen


Bawa masuk hadiah dalam kereta dulu, baru sambung jerit



Satu-satunya sebab kami tak mahu serahkan hadiah ni kat tempat awam pasal kami tahu reaksi daripada Reen akan sangat hiper!





Ok-- happy bunny :P Misi tercapai!


Lengkap lah pusingan Bridal Shower kami. InsyaAllah, Reen akan melangsung perkahwinannya hujung minggu ini. Sama saing dengan
Farah dan Kay Kamal. Harap majlis Farah berjalan dengan lancar InsyaAllah. Maaf ya Farah, saya tak dapat hadiri majlis kamu. Maaf sangat-sangat, saya di Temerloh. Ada tugasan khas daripada Bakal Ratu Sehari di atas tu :p

Ini diantaranya. Hantaran untuk pihak lelaki *arrgg aku rasa cam tak reti nak buat aje nih!!


Sebut pasal jemputan, InsyaAllah akan cuba menghadiri majlis Yanie pada 4 Disember.


Nasib majlis Yanie malam. Kalau siang, tak tau sempat ke tak pasal kami ada 2 jemputan lagi.

.. Dan ini kad yang saya baru terima.. Ehem ehem.. Siap ada nota lagi ok! Siapa punya kad ni, sila angkat tangan :P


InsyaAllah, saya akan cuba hadiri bersama D. 11 Disember kan? Saing dengan Hana .

Selingan: Dapat hadiah yang amat saya mahukan. Walaupun takde sapa heran, tapi saya nak sangat-sangat hadiah ni:-


Berjaya dapatkan mangkuk tingkat akhirnya!!! Hadiah daripada kawan pejabat! Ok, tipu. Saya buat wishlist dan saya bagitau saya nak mangkuk tingkat.

Saya suka. Nak mangkuk tingkat. Pasal nanti kalau dah pindah rumah, balik rumah keluarga hujung minggu, boleh masak daripada rumah dan bawa ke rumah mereka. Macam ibu selalu buat bila balik kampung.

Sehingga saya menulis lagi!!


Nota: Saya pernah pakai idea kejutan letak hadiah dalam bonet kereta masa hari jadi D yang ke 25 rasanya. Esok hari jadi D, tak tau nak kasi kejutan macam mana pula.


24 November 2010

23 November, 2010

Memaniskan Lagi Bulan Madu Kamu



Salam dan hai

Saya tau saya masih berhutang post terakhir untuk ini {
Post}. Hutang post bulan madu kami dalam hujan. Sebenarnya, tidak lah lencun, cuma sepanjang 4 hari disana, 2 hari juga la hujan dipagi hari. Romantik juga berlari sana sini berteduhkan peta Langkawi. Haha. Tapi ibu ayah memang risau la keselamatan kami disana, pasal masa tu tengah heboh Kedah tenggelam dek banjir.

Kami tinggal di Federal Villa yang diuruskan oleh Holiday Villa. Nasib D penjawat awam, jadi dapat la jimat sikit daripada segi tempat tinggal. Dapat pakej spa dan makan malam di restoran mana ntah tak amik pot, tapi tak mahu pasal saya nak merasa makanan tempatan Langkawi. Satu-satu perkara yang saya kesal, ada kitab Bible di dalam laci meja sisi katil kami. Kami cuma perasan hari terakhir di sana. Jadi kepada semua bakal pengantin, sila periksa dulu semua laci di bilik hotel korang semua ya.

Saya masih mencari-cari rentak bagaimana saya boleh mulakan post tentang bulan madu kami tanpa terlalu terperinci. Cukup la sekadar kenangan dalam blog ini. Saya tak mahu tuliskan post yang terlalu cliche apabila menulis tentang bulan madu. Saya mahu post saya secara tak langsung, memberi faedah dan tips kepada bakal pengantin. Jadi setelah difikir-fikir, saya jadikan post saya begini.

Tips memaniskan lagi bulan madu kamu.


Jika kamu SUAMI, pastikan kamu

1. Rancang bulan madu kamu dengan teratur, baik daripada segi tempat tinggal, makan, pengangkutan dan paling penting --membeli belah (ni program khas untuk isteri tercinta)



2. Bawa salinan surat nikah kamu



3. Bawa tripod supaya kamu dapat bergambar dengan dia pada latar belakang yang kamu kehendaki, dan bukan sekadar kamu memegang camera dan kesudahannya, gambar fokus pada muka; atau gambar kamu dan dia sorang-sorang.



4. Lindungi si cinta hati kamu ketika dia dalam ketakutan (walau dibuat-buat)


5. Pastikan semua barang dia tiada yang tertinggal di hotel, kereta sewa atau mana-mana tempat yang kamu kunjungi (Atau kamu tetap dipersalahkan)

Rayban ku dalam kenangan T.T. Salah D la ni, tak ingatkan B!


6. Bawa cinta hati kamu ke mana sahaja dia mahu pergi (walau ke kilang proses gamat :P)



7. Pastikan bawa krim UV (atau dia akan membebel kata kamu menyebabkan dia hitam)


8. Abadikan bulan madu kamu dalam bentuk lukisan, karikatur atau t-shirt





9.Layani kerenah seleranya (walaupun kesudahannya kamu yang kena habiskan)Tapi awas, kalau dia naik berat badan selepas berbulan madu, kamu adalah objek paling mudah untuk dia salahkan










10. Tulis nama kamu dan dia di pasir (Walaupun lepas tu hilang dek ombak)







11. Biarkan dia dengan peelnya di tempat melawat (tapi pastikan tiada pelawat lain berada berhampiran)




12. Bagi dia cuba benda dan aktiviti baru



13. Biarkan dia buat posing merepek






14. Join dia sekali buat posing merepek




15. Jangan paksa dia baca peta.

D: B, kita kat mana ni sekarang ni?
X: Kita.. kita.. kita kat Langkawi!!
D: Memang. Langkawi kat part mana?
X: Kat.. kat.. Kat belakang kereta putih ni!




Jika kamu ISTERI, pastikan ..

1. Ada siaran sukan di bilik penginapan kamu.



.
.
.
Itu sahaja. D amat gembira dapat tengok bola sepak T.T



23 November 2010

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates