Salam dan hai
Dah lama tak tulis idea untuk perkahwinan. Mungkin kerana saya sudah jarang masuk laman web perkahwinan yang selalu sahaja ada idea-idea baru yang boleh saya kongsi dalam blog ni.
Baru-baru ni, secara tak sengaja saya masuk laman web deko rumah ni. Menariknya, salah satu idea yang dikongsinya adalah gambar di bawah ni


Ini adalah tulisan Braille.
Idea bilik pengantin moden?
Mungkin bukan kebiasaan, tapi meletakkan sesuatu yang hanya difahami oleh dua insan, bagi saya adalah sesuatu yang amat romantis.
Rahsia itu kan romantis :D
Nota: Selamat ulangtahun perkahwinan yang pertama buat semua pengantin yang telah berkahwin pada tarikh 10.10.10 tahun lepas. Tahun ni, 11.11.11, siapa ya agaknya?
10 Oktober 2011
Salam dan hai
Lega hati saya bila baca banyak komen yang turut merasai dan mengalami apa yang saya sendiri alami hehe. Kiranya, saya bukan lah kes terpencil rupanya.
Ok, tanpa membuang masa, jom kita sambung cerita daripada bahagian pertama {post}
.
.
.
.
.
Masa tu sakit contraction amat la sakit sangat-sangat.
Dan saya cuma asyik kata "SAYA NAK BERAK.. SAYA NAK BERAK"
Tapi rasa macam tiada siapa kasi perhatian pada saya. Masing-masing sedang menyiapkan persiapan di katil bersalin tu.
Maka..
Saya TERbuang air besar kat atas katil tu.
Dalam hati kata "Ha, kan aku dah kata aku nak berak!"
Berlaku sekelip mata, memang tak dapat nak tahan. Malu kot, sudah la doktor lelaki, jururawat sampai 3 orang, di hadapan D lak tu.! Dulu, masa bercinta, nak kentut pun tak berani. Ni dah kahwin, siap buang air besar depan D pulak tu. Haha
Masa tu, saya terfikir, eh bayi dah keluar ke, tapi takde tangisan so saya tahu la yang keluar tu bukan bayi. Terus saya minta maaf, "Minta maaf sangat, tak sengaja", jururawat tenang kata, "takpe, dah biasa jadi macam ni". Kesian sangat jururawat kena bersihkan dulu katil tu.
Malu..
Tapi malu-malu pun sakit tak hilang. Doktor tengok bukaan dah ok, dia kata
Doktor: Ok Puan. Dah boleh push ye
Saya: Nak push macam mana? saya tak tahu, tak pernah beranak.
Jururawat: Buat macam puan nak berak tadi ye, tapi salurannya yang lain. Puan akan dapat rasa macam ada benda nak keluar, tapi kali ni benda tu baby ya.
Saya: *diam pasal malu
Doktor: Ok, Puan jangan push kalau tak rasa nak push ye.Nanti hilang tenaga, baby tak keluar-keluar lagi.
Saya: Ok.. push bila rasa nak push. Ok *macam mana lak rasanya 'nak push' tu?!
Jururawat: Puan tarik nafas dalam-dalam, kemudian push ye. Jangan menjerit, nanti penat.
Tiba-tiba, memang saya rasa macam nak terbuang air besar lagi sekali. Apa lagi saya terus tarik nafas dalam-dalam dan terus push. Jururawat yang nak masukkan air dalam badan saya pun tak dapat nak cucuk pasal saya terus nak push.
Saya tak ingat berapa kali push. Cuma yang saya ingat situasi dalam bilik tu memang bising sangat. Dengan jururawat ingatkan saya jangan angkat punggung, sorang lagi mengiringi bacaan doa saya, sorang lagi pesan push jangan menjerit, ketap mulut dan push. D pulak dok kata dia maafkan saya.
Saya??
Ok, tak cakap dah "Saya nak berak". Saya cuma cakap Allahuakbar aje masa meneran. Yang masa mula-mula nak keluarkan kepala bayi, itu bahagian paling sukar. D kata, sejurus dia nampak rambut baby, dia jadi bersemangat dan dia terus kasi sokongan pada saya untuk push.
Serius, kecoh gila bilik bersalin tu sedangkan yang ada cuma 5 orang sahaja.
alhamdulillah, tepat 11:52 malam, khamis malam Jumaat, saya dengar tangisan pertama baby. Jururawat yang angkat baby tu dan kata, "Puan, tengok. baby boy ke baby girl?"
Saya??
saya rabun dan tak bawa cermin mata ke wad bersalin!!! saya tak nampak lelaki ke perempuan! tapi saya kata aje "Baby boy" pasal masa pemeriksaan, doktor kata lelaki hehe. Masa tu memang badan penat sangat. Saya membayangkan lepas melahirkan bayi, saya akan nangis, macam dalam cerita petang-petang kat tv tu. Tapi saya tidak la menangis, Cuma terasa amat penat. Seterusnya apa yang berlaku dalam bilik tu saya tak ingat. Yang samar-samar saya ingat, jururawat bawa baby untuk dibersihkan dan diperiksa. D keluar ikut jururawat tu. Ada doktor lain datang untuk jahitkan saya. saya Tanya doctor, banyak ke kena jahit. Doktor tu Cuma kata “Eh takde la banyak. Biasa-biasa sahaja”. Tapi saya rasa banyak, saya sudah macam katak makmal terkangkang depan orang hampir sejam.
Kalau ditanya sakit tak kena jahit, saya akan kata tak sakit. Cuma dapat rasa jarum masuk tapi tak sakit. Sakit macam kena cucuk amik darah sahaja. Atau memang sepatutnya sakit tapi pasal badan dah penat, tak terasa sakitnya.
Uri keluar Alhamdulillah tiada masalah. Doktor yang jahitkan saya juga keluarkan darah beku. Hampir 1 pagi lebih, doktor lain pula masuk untuk periksa jahitan yang dibuat oleh doctor yang jahitkan saya tadi. Lepas tu, jururawat bawa baby masuk semula ke wad bersalin dan beri pada saya untuk saya susukan. Tapi dia nak tidur, tak mahu susu. Jadi jururawat letak semula baby.
Bila tinggal berdua sahaja dengan D, kami masing-masing berpandangan. Sebabnya? Kami tak tahu nak pegang baby ni macam mana.
Nasib doktor yang sambut baby tadi, muncul semula. Dia terpaksa tinggalkan saya sebab ada kecemasan di bilik OR. Dia datang semula untuk tengok keadaan saya. Kami terus terang sahaja pada dia, yang kami tak reti dan tak berani nak pegang baby kami. Doktor tu yang ajar D pegang, memandangkan D kena azankan baby.
Sempat berborak dengan doctor tu sekejap. Doktor kata, kata saya pandai push. Suka suka. Rupanya, masa sebelum D masuk wad bersalin, dia Tanya doctor, "bersalin ni, darahnya macam lembu kena sembelih masa hari raya korban ke?" Haih, tinggi betul imaginasi D.
Kira-kira pukul 2 pagi lebih, baru saya dibawa ke bilik saya semula. Baby pun diletakkan disebelah saya. Baby baik, tak menangis. Cuma tidur sahaja. Malam tu saya tak dapat tidur, badan terlalu letih. Saya cuma berbaring sahaja, sehingga la subuh.Berbaring sambil melihat nyawa yang 40 minggu 1 hari saya kandungkan. Macam tak percaya semuanya telah selamat. Terkebil-kebil saya pandang dia, macam tak percaya saya dah jadi Ibu. Saya pegang perut yang dulu buncit, sekarang --erm.. perut berlapis.. huaa~~!!
Saya terlalu letih untuk tidur. Mahunya tak letih, sampai hospital dalam 8 lebih, buat CTG habis dalam 9:45, dengan bukaan baru 2cm. Bayangkan, kurang 2 jam selepas itu, bukaan dah penuh. Bukaan terlalu cepat sampai Doktor Hamidah pun tak sempat nak patah balik ke Hospital.Mungkin pasal tu juga saya rasa, contraction amat sakit.
Alhamdulillah, baby sihat tiada tanda-tanda demam kuning. Saya keluar hospital esok harinya, dalam pukul 3 lebih. Dapat hadiah daripada pihak Hospital. Dalam tu ada set mandian baby.

Sempat juga ambil gambar pose macam Usop Wilcha sebelum keluar hospital.

Walaupun Doktor Hamidah tidak dapat menyambut kelahiran baby kami, tapi dia hadir juga ke bilik saya pagi hari Jumaat tu, sebelum beliau balik ke kampung. Berbual sikit tentang pengalaman saya, dia periksa jahitan dan keadaan saya, dan sempat juga dia ajar saya cara menyusu baby dengan betul.
Jadi, tu la kisah pengalaman saya melahirkan permata hati kami ke dunia ini. Penuh dengan drama. Apa yang saya rancang, semuanya tidak menjadi
Saya rancang mahu bersalin pada hari Merdeka, saya bersalin sehari selepas EDD saya.
Saya rancang nak doktor perempuan, saya dapat doktor lelaki
Saya rancang nak bilik satu katil, saya dapat bilik dua katil.
Saya tak rancang nak buang air besar atas katil di wad bersalin, tapi.. tahu aje la apa jadi kan?
Selepas mengharungi pengalaman ini, apa yang saya boleh kata, rezeki setiap orang memang berbeza. Mungkin rezeki saya, tidak menanggung sakit nak bersalin, tapi saya merasa sakit contraction yang amat.
Untuk orang yang tidak pernah pergi ke mana-mana kelas atau membaca bahan untuk melengkapkan diri bagi menghadapi proses bersalin ni, bagi saya, selagi kita dengar cakap doktor dan jururawat, kita redha dan tawakal padaNya, semuanya InsyaAllah akan OK. Bersalin tak sakit, kalau kita dengar arahan mereka dengan betul dan memang teknik pernafasan amat penting.
Kita bercerita tentang baby tapi saya belum kongsi lagi nama anak kami kan?
Ada kisahnya, nak memberi nama ni. D beri idea untuk gunakan huruf pertama nama kami untuk namakan baby kami. Untuk D, dah tentu la huruf D untuk Dzulq. Saya pula huruf N untuk Nurul.
Saya pula ada impian nak guna satu nama yang sama untuk semua anak kami (kalau ada rezeki hehe), berkongsi satu nama yang sama. Jadi, kena pilih nama yang sesuai untuk lelaki dan perempuan. Maka saya pilih nama 'Iman'. I untuk nama saya 'Izza'
Maka kesudahannya, nama anak-anak kami mesti la bermula daripada DNI.
Perkenalkan:

Nama: Dyzhwar Naushad Iman
Tarikh Lahir: 25 Ogos 2011
Tempat Lahir: Hospital Putrajaya
Waktu Kelahiran: 11:52 malam
Berat: 3.87kg
Tinggi: 56cm
Saya tahu, saya suka letak gambar sipi-sipi, tapi untuk kali ni, saya kongsi gambar baby kami beberapa jam selepas dilahirkan ke dunia. Masa ni, masih lebam lagi. Sekarang pipi tembam dah takde, hari-hari kena picit. Hehe
InsyaAllah, post akan datang saya akan tulis tentang check list barang-barang ke hospital yang praktikal dan pengalaman berpantang saya.
Harap masa mengizinkan, InsyaAllah.
6 Oktober 2011