Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

04 October, 2011

Bahagian Pertama


Salam dan hai

Hari ni, tinggal kurang daripada seminggu sebelum saya habis berpantang.

Amat teruja nak habis pantang. Bukannya kerana sudah bosan dengan makanan berpantang


Jauh sekali tak tahan dengan rutin berpantang yang sudah ibu aturkan. Cuma rasa macam tak sanggup di layan bagai 'tuan puteri' oleh ibu sendiri. Makan dihidangkan, cuma bawa diri sahaja ke meja makan. Pinggan pun ibu yang akan ambil. Air mandi disediakan. Serba serbi memang tugas saya cuma kasi baby susu sahaja * dan nyelit tulis blog :P* Semua yang lain ibu yang buatkan.
Ye, ibu memang betul-betul pastikan saya berpantang mengikut cara-cara tradisionalnya. Semua kerja tak boleh dibuat. Angkat cawan ke dapur pun ibu tak kasi.

Erm.. tak apa. Mungkin InsyaAllah dalam kesempatan lain, saya akan menulis tentang rutin berpantang ketat yang ibu dah susun, dengan tagline ibu "Jangan jadi macam ibu".

Untuk post kali ini, saya nak berkongsi kronologi kisah kelahiran D junior seperti yang sudah saya maklumkan dalam {
Post} ini.

Tapi atas kekangan masa dan idea, saya bahagikan kisah ini kepada beberapa bahagian.

Bahagian Pertama: Kita hanya merancang. Allah tetap yang tentukan.

Selasa, 23 hb--Hari Terakhir minggu ke 39

Aktiviti saya tidak berubah. Saya masih mengemas rumah macam biasa, masak macam biasa. Saya sempat buat {
post} ni pada hari tersebut.

Saya tergerak nak minta D buatkan air selusuh. Siap buat sistem barter dengan D, saya tolong gantikan shif basuh pinggan malam tu, dia buatkan air selusuh.

Saya memang tak mahu amik air selusuh ketika nak bersalin, takut kena uterus hyper stimulation. Tapi untuk cukup syarat, saya tetap nak minum tapi bukan pada hari nak bersalin. Lepas D buatkan, saya rancang nak minum pagi dan sebelum tidur. Tapi terlupa--saya minum sampai habis tengah malam tu pasal haus. hehe.

Rabu 24hb --EDD saya

Masa ni dah sedikit risau bila la baby nak keluar. Sempat ambil gambar untuk emelkan pada
Reen dan Laling untuk sesi gosip kami.


Saya masih ke pejabat seperti biasa. Dialog kerap saya alami

Kawan: Bila due?
Saya: Esok.
Kawan: Ko buat apa datang pejabat lagi?!!!!
Saya: erm..


Masa ni, selalu dah cakap dengan baby, bila la nak keluar jumpa babah dan ummi. Jangan keluar masa babah takde kat sisi ummi.

Hari Kelahirannya, Khamis 25hb Ogos 2011

Pagi tu, saya pergi untuk checkup terakhir di Hospital Putrajaya dengan Doktor Hamidah. Saya amik
Skim FPP di Hospital Putrajaya dibawah Doktor Hamidah, atas nasihat pihak HR saya bekerja. Walau kami ada klinik panel, tapi disebabkan saya takmo terjadinya kos melebihi had yang dibayar oleh majikan, jadi saya pun amik skim tu. Lagipun, rata-rata tanya kawan pejabat yang ambil skim yang sama, semuanya syorkan.

Doktor dah tetapkan untuk temujanji lewat sehari selepas tarikh EDD saya. Pemeriksaan seperti biasa.Hari ni juga adalah pengalaman pertama kena seluk. Masa checkup sebelum ni, Doktor Hamidah ada kata nak seluk, tapi saya tak mahu hahah. Tapi kali ni tak dapat nak tolak pasal dah due dan doktor nak tahu bukaan. Saya dah baca banyak sangat pengalaman sakit diseluk, jadi automatik saya dah bina dalam otak ni, mesti sakit kena seluk..Dan ye memang sakit kena seluk--terutama kalau kita melawan/ halang/ kemut. Haha. Terus trauma. Doktor Hamidah dah kata "jangan lawan", tapi saya kemut juga pasal takut sakit. Bila fikir semula, kena seluk aje kot, bukan kena raba ke apa nak trauma sangat aku ni! Bukaan cuma 1 cm sahaja, jadi memang lambat lagi nak bersalin --- itu yang kami sangka.

Tips: Doktor Hamidah ada bagitau, untuk elakkan induce, bila dah dekat-dekat dengan tarikh EDD, bersama la dengan suami. Tu "induce" yang paling semulajadi.

Disebabkan dah melepasi tarikh EDD, doktor rancang tarikh induce 30 hb Ogos, jadi mungkin boleh bersalin pada 31hb, pada tarikh dia bertugas. Tarikh dah cantik. Bayi merdeka -- itu yang kami rancang.

Selepas pemeriksaan dengan Dr. Hamidah, saya diminta untuk CTG. Nurse baik sangat, siap ajar D cara nak tengok graf yang mana jantung baby, yang mana contraction.



D ada ajar saya juga, tapi saya tak bagi perhatian sangat sebab sibuk nak ambil gambar :p -- Sikit pun tak terfikir, malam tu juga, saya kena baca CTG sendiri.. Wiii!!



Sebenarnya, saya dah rancang untuk habiskan barang dapur pada tarikh EDD saya. tapi memandangkan saya belum bersalin, tapi barang dapur dah habis, jadi kami singgah ke Bilion beli sedikit barang basah selepas checkup dan saya sempat singgah McDonald beli Mc Chicken.

Balik rumah, saya layan McD sambil tengok TV. Masih lapar lagi, jadi saya panaskan bubur lambuk berbuka sehari sebelum. Rasa perut macam sakit sikit, saya ke tandas dan nampak macam ada kesan di seluar. Saya tanya D, ini darah ke. D kata tak. Saya fikir, 'Oh, mungkin pasal masa seluk tu saya melawan, so mungkin terluka kot" -- teori

Dalam 6:30 petang, D kasi hint minta saya masak untuk berbuka. Dah rancang nak buka Kuehteow sahaja petang tu. Saya masih rasa sakit perut, tapi saya tak kira kekerapan *sebenarnya tak pernah tahu macam mana nak kira* Dah siap masak, saya siap kritik lagi kata masakan saya kurang sedap malam tu dan saya salahkan sakit perut saya, jad kurang fokus. Elok lepas baca doa berbuka puasa, selepas sesudu dua kuehteow, tiba-tiba saya rasa ada bendalir mengalir. Hati tak sedap. Terus periksa di tandas. Memang jelas lagi terang, kali ni memang darah. Terus tunjuk kat D, sedikit panik pasal masa tu saya terfikir, kalau-kalau ada apa-apa jadi pada baby masa seluk-- Tak terfikir langsung itu tanda nak bersalin.

D ajak gi hospital. Saya minta D habiskan kueh teow dalam pinggan dia dan saya kemas sikit dapur dan bersiap. Sepanjang perjalanan, kami berdua senyap sahaja. Masing-masing layan perasaan sendiri. Saya risau keadaan baby, jadi saya masih kira pergerakan dia. Masih bergerak
*Sikit pun tak sangka akan bersalin malam tu. Patutnya kira contraction, bukan kira pergerakan baby*.

Sampai hospital Putrajaya, terus ke dewan bersalin. Terpinga-pinga masa sampai kat kaunter. Lepas bagitau jururawat bertugas yang saya amik skim FPP, mereka terus daftarkan saya nak bawa saya masuk untuk buat CTG, lagi sekali.

Masa tu dah mula rasa sakit. tak terfikir itu sakit contraction.Semakin kerap dan sangat sakit. Sakit macam period pain yang kita boleh dapat mc. Tapi pasal masa tu ada beberapa pesakit lain yang buat CTG juga, jadi takde la saya nak menjerit-jerit. Siap berbual-bual dengan pesakit katil sebelah. Tapi bila sakit semakin menjadi-jadi, saya semakin senyap sahaja. Memang sakit contraction amat sakit-- bagi saya. Lepas hampir 45 minit buat CTG dan doktor masuk untuk periksa bukaan, katanya sudah 2 cm dan perlu tahan saya di wad malam ni. Masa tu baru dapat agak "aku nak bersalin kot ni!!"

Nurse bawa 'wilcha' dan kali pertama naik wilcha memang best, cuma tak dapat menikmati moment tu pasal sakit contraction. Sampai sahaja dalam bilik, diminta salin baju hospital yang diberi. Bilik satu katil dah penuh, jadi saya ambil yang ada dua katil. Masa tu memang dah tak peduli bilik eklusif ke tak pasal nak bersalin sahaja, walaupun pada mulanya saya memang rancang nak yang satu bilik.



Saya rehat dulu atas katil, tapi sakit contraction memang tak tertanggung. D solat Isya' dulu di sebelah katil saya dan saya pula cuma mengerang-ngerang atas katil. Bila sakit contraction datang, saya pegang besi katil tu kuat-kuat. Tapi lama-lama tu terfikir, kalau macam ni, mahu nye masa bersalin nanti, saya takde tenaga dah. Jadi saya biarkan sahaja sakit contraction tu datang tanpa dilawan. Terfikir nak buat teknik pernafasan, tapi saya tak ada masuk mana-mana kelas haha. Jadi saya bernafas sahaja macam yang saya tengok kat tv bila ada adengan wanita nak bersalin. sambil tu baca surah Nabi Yunus masa keluar daripada perut ikan tu.

Walaupun saya pesakit FPP under Doktor Hamidah, tapi saya sudah dimaklumkan oleh pihak hospital daripada awal yang dalam kes tertentu kalau doktor yang saya pilih tak dapat nak sambut pada hari saya nak bersalin, pihak hospital tetap akan pastikan doktor pakar lain yang akan sambut bayi saya nanti. Jadi daripada segi itu, saya dah bersedia. Apatah lagi bila saya memang sedia maklum, doktor Hamidah akan mula bercuti pada 26 hb sehingga 30 hb *pasal tu kami rancang nak induce 30 jadi doktor yang dah mula bekerja pada 31hb dapat sambut bayi kami -- kami rancang, tapi Allah dah tetapkan yang lain. Hehe.



Sakit contraction memang nauzubillah amat sakit bagi saya. Walaupun siang tadi saya takut diseluk, tapi masa sakit contraction ni, saya sendiri minta tolong jururawat periksa bukaan saya. Bila dia periksa, sudah 4cm. Kurang daripada satu jam, bukaan dah buka banyak tu.

D sentiasa disebelah saya. Dia tak tahu nak buat apa. Saya cuma minta dia SMS keluarga kami dan beberapa kawan rapat saya untuk maklumkan mereka. Sempat lagi nak update haha. Masa tahan sakit contraction, macam-macam saya fikir dan rasa. Masa tu la terasa macam kepala baby dah nak keluar sangat kat bawah tu. Masa ni la fikir kenapa air ketuban tak keluar-keluar lagi. Masa ni la fikir, saya dah tutup dapur gas ke belum. haha

Mungkin dah ditakdirkan, sakit contraction bagi saya memang tak tertanggung. Nak kira berapa kekerapannya, saya tak pernah tahu pasal tak baca hal ni hehe. *Teori saya, kalau saya tahu terlalu banyak, saya takut saya akan lebih panik. Jadi mungkin ada baik tak tahu. Tapi memang amat sakit. Apatah lagi untuk orang yang jarang kena period pain, jadi saya tak tahu nak samakan sakitnya bagaimana. D disebelah cuma usap kepala saya sahaja pasal dia pun tak tahu nak buat apa.

Walaupun sebelum ni, saya dah tanamkan azam dalam hati tak mahu ambil epidural selepas bermacam-macam pendapat yang saya dengar, tapi bila dah rasa sakit contraction tu, memang saya lemah semangat. Saya minta D panggilkan nurse, saya nak amik epidural. Tapi bila nampak muka jururawat terus lupa nak minta apa. Sebaliknya, saya tanya dia

Saya: Nurse, sakit bersalin tu macam mana?
Jururawat: Sakit macam nak buang air besar
Saya: Saya nk buang air besar sangat-sangat sekarang ni.


Terus dia periksa bukaan saya dan bukaan sudah 6cm. Jadi tak boleh amik epidural. Bukan itu sahaja, ubat buang air besar atau bahasa biasanya, ubat berak pun tak sempat diberi pasal bukaan saya terlalu cepat dalam tempoh sejam. Jururawat terus bergegas minta saya naik wilcha untuk dibawa ke bilik bersalin.

Atas wilcha pun, sakit contraction makin kerap dan amat sakit. setiap kali sakit, saya cuma genggam erat-erat tangan saya. Masa tu rasa, kalau beranak dalam lif tu pun tak apa, asal hilang sakit nak bersalin. D pun turun ke wad bersalin cuma tak mengikut laluan yang sama dengan saya. Masa atas wilcha tu, saya rasa dewan bersalin amatlah jauh sangat. Kenapa la jururawat bawa saya lambat sangat. Saya nak bersalin sangat, dah tak tahan tanggung sakit masa tu.

Saya terus dimasukkan ke wad bersalin kira-kira pukul 11.30 malam. Jururawat minta izin untuk seluk *siap dia minta kebenaran lagi dan saya cuma kata, seluk je seluk je. D sampai beberapa minit kemudian, siap dia angkut handbag saya semua. alahai.. kenapa la tak ditinggalkan sahaja dalam bilik tadi haha. Masa jururawat seluk, bukaan sudah 9cm dan dah boleh sangat nak bersalin.Doktor yang ditugaskan untuk menyambut bayi pun dah sampai dan perkenalkan dirinya. Ye doktor lelaki, tapi masa tu saya dah tak peduli lelaki ke perempuan, saya cuma nak kasi baby keluar dan hentikan contraction.

Jururawat ada tiga orang masa tu. Masing-masing ada tugas sendiri. Saya diajar berbaring dengan kedudukan yang betul. Tangan saya pegang buku lali kaki untuk elakkan saya ternaikkan punggung yang boleh menyebabkan terkoyak. D ada disebelah untuk kasi dorongan.

Masa tu sakit contraction amat la sakit sangat-sangat.

Dan saya cuma asyik kata
"SAYA NAK BERAK.. SAYA NAK BERAK"

...

..

..


Episod seterusnya akan bersambung-- berak di atas katil bersalin-- nice~~~ ahaha * takmo dah bersalin kat Putrajaya pasal segan dengan jururawat dan doktor masa tu






Nota: Ada ke ibu mengandung yang terjerit-jerit kata nak berak selain saya? Harap ada, tak de la saya rasa keseorangan sangat aahahah




4 Oktober 2011

48 comments:

Lala on October 4, 2011 at 8:59 AM said...

xora, xora!
inilah first time lala baca pengalaman bersalin yang buat lala gelak.

SUHAIDA on October 4, 2011 at 9:04 AM said...

berdebar2 su baca pasal ni..adehh..lagi 5 bulan je ni

Lalalatif on October 4, 2011 at 9:27 AM said...

alamak...ni yg jadi nerves gile nak bersalin...:-(

siti nur lala on October 4, 2011 at 9:40 AM said...

x sabar nak baca episod seterusnya. hihi.
tahniah kak xora. :)
& selamat menjalani fasa baru sbg ibu. :)

gurlarroche on October 4, 2011 at 10:16 AM said...

sakit period pain katanya, baru brape % je dari sakit bersalin... ni org yg ckp laa...

cite lg cite lg...aku tunggu sambungan... ;p

:: Sarah Zainuddin :: on October 4, 2011 at 10:17 AM said...

Kelaka la Xora ni..hehe..tak sabar tunggu bahagian kedua.. :)

Gee on October 4, 2011 at 10:17 AM said...

salam;
love to read this post, sampai gee pun terasa2 ngilu ;x
tak sabar nak tunggu next post...
tahniah on ur new born :D

geediaries.blogspot.com

LisaLisut on October 4, 2011 at 10:20 AM said...

tahniah xora :)
mak i kata sakit nak bersalin tu mcm nk berak.haha. skrg kalau nak berak je fikir mcm nk bersalin (apakah?hehehe)joking. take care :)

mira said...

sy silent reader blog awk..jgn risau bkn awk sorg je sebut nk berak time nk beranak,sy pn lalui benda yg sama thn lps..Alhamdullillah,18hb Oktober ni anak lelaki sy genap setahun..=)

~ NANA ~ on October 4, 2011 at 10:29 AM said...

haha teringat my mom cerita...dia pon pernah terberak atas katil sbb tak tahan sgt...kekekeke lawak betol!

Maimuna on October 4, 2011 at 10:37 AM said...

saya rasa comel sangat moment ketika awak nak bersalin... congratulations...

brown19 on October 4, 2011 at 10:38 AM said...

tahniah akak... kerana telah berjaya membawa seorang insan ke dunia.... Alhamdullillah...

Leena on October 4, 2011 at 10:49 AM said...

Siannyer...hihi...itu jer perasaan saya bila baca ney. Ade gak rasa takut skit-skit huhu..

AzilaFaiz on October 4, 2011 at 10:49 AM said...

thx Xora 4 sharing.. i ada 3 bulan lg utk enjoy bersuka ria seblum due bulan Jan 2011! rupenya gitu rs contraction... thx sgt2 kalau tanya kwn2 ofis sume ckp, nnti try la rs sndri..

Lemon on October 4, 2011 at 11:07 AM said...

haha. mendebarkan, ok!

tapi tips yg Dr. bagi tu memang kakak2 office pun ada pesan. "senang sikit dia nak keluar, dah ada laluan" i diam je masa dengar tu. *malu pun ada* lepas tu kakak-kakak tu sambung, "tapi aku tak lalu masa tu." "tula, laki aku pun kesian je tengok aku". hahaha. kelakar betul kakak-kakak ni. tips sendiri pun, sendiri tak ikut.

can't wait for 2nd episode, xora!

Darling Aween on October 4, 2011 at 11:10 AM said...

my friend sume ckp benda yg sama.."saya nak berak" siap cerita ada yg tanya boleh ke saya nak ke tandas?? haha

seronok baca ur entry, dan rasa pengalaman tu hampir sama dgn kwn2 saya yg lain... =)

tahniah ye xora!

roeza on October 4, 2011 at 11:11 AM said...

tersenyum bace kisah awak...tp memang mase sakit tu xkire dah kan...sy pernah once, tapi sayangnya masa tu kandungan baru cecah 4 bulan setengah....xde rezeki bertemu di dunie..

eh ape2 pon, congrates ye!
mesti comel sgt bby!~

missdicup on October 4, 2011 at 11:42 AM said...

heheheh..tergelak2 saya baca entry akak kali ni..hehehehe

sk on October 4, 2011 at 12:00 PM said...

hahahahha xora.. tergelak baca part "saya nak berak" tu. hahahahaha

Anonymous said...

Akupun deliver both alia & alif di Hosp Putrajaya..and i can say "Superb"...very cool staff..itu my personal exprnce... ~ azeimah elias

~~Masha~~ on October 4, 2011 at 12:53 PM said...

Adoiyai..huhu.kelakar + cuak le pulak..thanks for the info dear..sy yg membaca pon dpt imagine mcmana keadaan izza time tu..huhu..
ps: xsabar nk baca entri yg seterusnya..hehe..

PurPLe LaDy AiFA on October 4, 2011 at 1:17 PM said...

haha xora.. sy pon kte eh, npe rs nk berak ni..? haha.

bgs la kalo sakit tu byk, meaning mkn cpt bukaan nye.. huhu

Fieda_shairazi on October 4, 2011 at 1:43 PM said...

bestnye..cpt btul bukaan.. sakit pon sekejap...

Reen Tart Nenas on October 4, 2011 at 1:45 PM said...

1. gilller nyampah gambo ko gediks atas katil tu.

2. ko mmg penglipur lara. wpun dah dengor ko cerita, tp hahahaha nak gelak pasal ko berak! haishhhhhhhhhh. hahahaha

3. aku gelak dulu pasal time aku nanti, ko gelakkan pulak :)

Anonymous said...

xora..pengalaman yg menarik..thanks 4 sharing...kelakar pun ada....so sweet....:-)
tahniah...
from nazila2012

Myra on October 4, 2011 at 2:33 PM said...

oh Xora, cerita pre-contraction u serious i guling2 gelak! *hug!* well done my dear!

jangan risau, kat labour room pelbagai ragam benda yg random lah yg banyak jadi :D rasa nak berak itu, u just said it out loud, belum outrageous lg tu loool

tiba2 cuak untuk diri sendiri when/if the time comes insyaAllah lol

Aty Fared on October 4, 2011 at 3:03 PM said...

tergelak bace part "saye nak berak"...:)

Hasnah on October 4, 2011 at 3:57 PM said...

hahahaha =D nak berak? teran la syg hehe by the way congrats! =D

Unknown on October 4, 2011 at 5:21 PM said...

as.salam xora

macam2 saya bc pengalaman bersalin. seronok walaupun dapat rase kesakitan tu lagi. =)

sambung cepat2 na..

mrs chenta on October 4, 2011 at 5:49 PM said...

saya harap saya pun xterberak masa nk bersalin nanti.ahahahha

Anonymous said...

akhirnya xora da menulis balik.. rindu..
x tahan tergelak2 baca part last masa nak bersalin tuh.. hehehe..

mingming on October 4, 2011 at 9:23 PM said...

hahaha...citer la lagi tau...

fana on October 4, 2011 at 11:36 PM said...

hi xora....me too!!! masa dh tak tahan tu, i pon dok ckp kt nurse, yg i dah tak tahan...nk terberak sgt dh ni....i dont care..nk berak jugakkk..hahahah...same rupenye kite...skrg ni bole la gelak bile pikir balik....tp masa tu, ALLAH je tau betapa nk 'terberak'nye kite...;)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Puan T on October 5, 2011 at 8:35 AM said...

ye kene seluk itu best!!cuak dow~aku br kuar spital sb hampir2 pre-term labour.fpp best sb mandi shower air panas!!~ahahahah!~

Irfan said...

Assalamualaikum Puan Xora. Saya ada kirimkan emel ke diaterimanikahnya gmail. Emel saya al.irfan gmail. Mohon respon ya. Tidak dapat hubungi Puan Xora.

cik fiza on October 5, 2011 at 11:09 AM said...

xora, sy baca dari awal dgn muka yg serius.. fokus... bila part last tu terus tgelak.. sungguh comel kamu..

yanie anuar ~ putrajaya on October 5, 2011 at 12:33 PM said...

ziarah n follow

zella y on October 5, 2011 at 3:24 PM said...

congrats!

sy silence reader blog kamu...wlupn blum kahwin lg tp suka sgt bc pengalaman kamu... mmg xkelip mata bc...fokus... tetibe part akhir tu gelak sorang2...heheheh

xsabar nak tunggu episode seterusnya...hehhehehe

Pn. Ira on October 5, 2011 at 3:29 PM said...

adoi kak xora!! hehe =)

fazrinn on October 6, 2011 at 9:32 AM said...

alamak buat sy takot nk beranak nanti. hahaha (okey lama lg pm kahwin tak lgi) hahaa

Ms Jasmine on October 6, 2011 at 11:18 AM said...

ala jgn malu la..kakak min pun mengalami benda yg sama..tapi izza bertuah sbb sakit bersalin kjap je..min 2hari sakit bersalin..kena induce smpai maksimum 3x..nak "bersama" suami pulak xleh sbb masa tu suami min dh tingglkan min..:-(
nak suruh mak teman dalam blik bersalin pn xleh sbb nurse kata hanya suami boleh..sedih sgt..*lupakan cite sedih mmin* tapi kalau min jadi izza pun msti min xdtg dh hosp tu sbb malu hahahaha

Rina Lia (◕‿◕)✿ on October 6, 2011 at 6:43 PM said...

hahaha..menangis2 rina gelak :p klakar la hihi

debu86 on October 12, 2011 at 9:35 PM said...

salam sis. memang kelakar. rs mcm xtakut pulak bersalin.hehe.. slmt mendidik D Junior pule ye...:)

rRedice on October 13, 2011 at 3:01 PM said...

untuk yg bermasaalah berat badan,sembelit,buasir dsbnya sila klik link dibwh.. sharing is caring ;)

http://rredice.blogspot.com/2011/10/avail-greef-fit.html

Anonymous said...

memang betul uolss...saya baca dengan kusyuknya..tetiba ada terselit cam lawak sikit...*lawak2 sakit tu...
alhamdllh baby dah kuar

FaRaLySsA on November 22, 2011 at 12:53 AM said...

ya Allah...berdebarnye..lagi 7 buln lagi..tp rase cm tkut dh..huhu..
sis xora...nk tny...
kos bersalin kat hospital putrajaya berape ye??...sy btul2 nk tau..
sbb insylh sy akn bersalin kat sane jgk...insyaAllah..
sis tlg bgtau sy ye detail psl hospital putrajaya ni..TQ

email sy : farahmukhlisa@gmail.com

Intan on February 3, 2012 at 11:37 AM said...

hahaha..lucu plak awak nie..sya aritu time contraction, diam jer..tak byk ckp..diam thn skt..tp, sya jadik byk ckp potpetpotpet biler time kena jahit..dan-dan masa tue bleeding plak..adou, mulut tak henti2 tanya doc bahaya tak, dah jumper ker blom punca bleeding..time tue bkn aper..tktk aper-aper yg buruk terjadik kt diri sendiri..tkt tak dpt jumper bb, suami, family dah..tue yg mulut tak diam..biler dah setel dan selamat, lega sgt..tp, time nak tolak kuar dari LR, malu plak tgk doc,hehehe

Kyra on February 11, 2012 at 4:53 AM said...

hahaha cerita awak ni bt kyra tgelak...ade trase same sakit tu bila part awk cerita awak sakit tapi still rase kelakar jgk...comel je cerita awk ni :') btw congratss sis

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates