Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

04 November, 2011

Lima Pengajaran


Salam dan hai

Post pendek bergambar.

Lima pengajaran buat saya. Mungkin ada yang releven untuk kamu, atau mungkin tidak. Tapi ditulis disini sebagai tanda ingatan buat diri sendiri untuk masa hadapan

1. Jangan beli stroller sebelum bayi dilahirkan sebab:-

a. tak tahu anak akan besar mana, takut bila kita dah nak bawa dia jalan-jalan, tak muat macam si kecik kat bawah ni (atau tak bawa sikecik bersama masa beli, jadi tak dapat nak test kasi dia duduk dalam tu)

Muka ketat kena paksa duduk kat baby carrier yang kecil. haha.

b. tak tahu bila baru boleh bawa anak keluar lepas pantang dan tumbesarannya bagaimana ketika itu.
c. ajal maut ditangan Allah

Selingan

Terus beli dikedainya. Amik model yang boleh gabung terus stroller dan baby carrier. Senang sikit.


Babah lebih teruja daripada baby

2. Makanan yang kita mengidam masa mengandung tapi tak dapat. Kemudian dapat selepas mengandung, rasanya tetap sedap je!


Nasi ambeng di Seksyen 3 Bangi kalau tak silap. Berdekatan dengan Proton Edar dan Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi. Sedap dan murah (RM4.50)!

3. Perempuan beranak pun boleh, apa lah sangat nak kemas rumah yang macam tongkah pecah ni. Tapi ingat, kalau dah berehat 45 hari masa berpantang tak buat apa-apa, jangan terus nak buat kerja rumah menggila. Alamatnya, sakit tulang, urat dan semua yang boleh rasa sakit, akan dialami (macam siapa?? macam saya *angkat tangan). Minta encik suami bersihkan rumah sikit-sikit sebelum balik ke rumah dengan baby demi persekitaran yang sihat dan bersih.


Lihat rumahku, bersepah kan..?

4. Menjadi ibu bekerja memang mencabar. Menjadi ibu bekerja yang menyusu badan, memang teramat mencabar.


Beg menyusu D jr. D for Dyzhwar!


5. Kalau kita ditugaskan hantar anak ke rumah pengasuh/penjaga solo tanpa kehadiran suami, pastikan buat 'warm-up' dulu. Praktis bawa kereta dari rumah ke tempat dituju berdua sahaja. Biasakan si kecil dengan situasi di dalam kereta. Praktis mental kita kuat dulu, mana la tahu, kalau tiba-tiba si kecil mengamuk tengah jalan, kita tak terlalu panik dan tahu macam mana nak atasi


hari pertama practice. Kasi pose ketat pasal pagi-pagi kena kejut gi rumah Opah


Bila dah selalu sangat, layan tido lagi best


4 November 2011

18 comments:

Leonora Halim on November 4, 2011 at 2:48 PM said...

no 5 blum penah try... huhuu.. takuttttt....*jelas mental lom kuat*

lynda on November 4, 2011 at 2:50 PM said...

http://lynda-mylife.blogspot.com/..add kite ye..selmat kenal2..

Unknown on November 4, 2011 at 2:57 PM said...

hmmm..take note :D

cha on November 4, 2011 at 3:03 PM said...

dh lama tak jalan sini :)

~ NANA ~ on November 4, 2011 at 3:04 PM said...

thnx 4 da tips & advice :)

♥ Izni ♥ on November 4, 2011 at 3:04 PM said...

nasi ambeng....sedapnyeee!!!!!!!! murah plak 2.,,

akakeza on November 4, 2011 at 3:04 PM said...

Hye xora, bleh bg x add sweet cherry tu?tq ye

Reen Tart Nenas on November 4, 2011 at 3:06 PM said...

boboi ku yg comel :)

Xora on November 4, 2011 at 3:34 PM said...

Sweet Cherry Enterprise (M) Sdn Bhd (308103-V)
88 & 90 Jln. PBS 14/4, Taman Perindustrian Bukit Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Mysarah Rahman on November 4, 2011 at 3:43 PM said...

xora, stroller sekali dengan baby carrier memang best. tapi klo tak silap baby carrier tu boleh guna sampai dia few months jer kan? so bila besar kena beli baru la. am i right? ;)

Xora on November 4, 2011 at 4:34 PM said...

yup. baby carrier tu saya gunakan utk bawa baby dalam kete, pasal stroller tu takleh jadikan tempat duduk. tapi kalau keluar, selalu pakai stroller pasal boleh baring, jadi baby blh tido lebih lena

lovelyadibah on November 4, 2011 at 10:12 PM said...

eh xora duk kt bangi k?diba dulu suka sgt nasi ambeng kt seksyen tiga tuh.huuu

Unknown on November 5, 2011 at 7:04 AM said...

as.salam xora

kami beli sebelum hannah kuar dr perut =)
tak menyempat kan? kami beli online. maklumlah kami di taiping. tapi service penghantaran sweet cherry ni sgt efisyen. cepat je sampai =)

erk..baby carier tu bukan ngadap kt kite ke kalau letak dalam keta? gambar little D tu mcm ngadap ke depan je.

fana on November 5, 2011 at 9:07 AM said...

warghh berani jugak awak bw dia tnpa husband...huhuhuu...

mama affan on November 6, 2011 at 1:14 AM said...

xora..lama x dtg cni..walau lambat ryna nak wish jgk tahniah dh jd ibu..nikmat sebenarnya jd ibu ni xora, walau x cukup tdo, walau kdg2 susu x cukup..hehe..

affan pn dh nk masuk 8 bulan..kejap jer masa berlalu..

ryna doakan xora jadi ibu yg menyusukan dan berkerjaya yg kuat semangat..tau..

Xora on November 8, 2011 at 8:10 AM said...

Dibah, nasi ambeng tu sedap dan murah kan? best sngt dapat makan nasi ambeng kat selangor :P nak harap balik johor, ntah bila :P

ryna, terima kasih. cepat kan masa berlalu? dulu baru tergedik2 cari baju nikah, skrang dah cari baju anak :P

farhanna, takde pilihan. nak tak nak kena drive sendiri pasal suami naik motor gi keje

modus, kalau kereta yg ada airbag kat depannya, takleh letak mengadap kita kalau tak silap. lagipun, si kecik ni bising kalau taknampak jalan raya.dia pun nak merasa cam org besar :P

Darling Aween on November 9, 2011 at 12:31 AM said...

XORA: sebab apa jarang usha blog bride yg dah begelar MOM ni??? sbb gerammnya tgk anak PUAN XORA nih dan baby2 yg lain..nak anakkk jugaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Fieda_shairazi on November 9, 2011 at 9:25 AM said...

brand kite guna sama.. kaler pon sama.. so far sgt berpuas hati kan?

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates