Salam dan hai
Kali terakhir saya menulis dibawah label Perkongsian Hidup, rasanya kira-kira 2 minggu yang lepas. Kali ni, terpanggil untuk menulis lagi tentang perkongsian hidup kami yang lain.
Tapi terlebih dahulu, saya nak berkongsi satu emel yang agak menarik isiannya, yang saya terima selang beberapa hari selepas post saya yang pertama. Pengirimnya saya rahsiakan, tapi objektif isi emelnya menyentuh tentang isu tugas sebenar seorang isteri daripada kaca mata Islam.
Saya bukanlah orang yang selayaknya untuk mengulas dimana sebenarnya tembok yang memisahkan tugas sebenar-benar seorang isteri daripada sudut agama dan adat. Memang ada saya terbaca, mengatakan tugas mengemas rumah, termasuklah memasak, mencuci baju dan sebagainya bukan tugas seorang isteri. Itu merupakan tanggungjawab seorang suami. Jika dia tidak mampu, dia perlu mengupah pembantu rumah untuk menguruskannya. Isteri tugasnya melayan suami, menjaga maruah, harta benda benda suami (termasuk anak-anak), dan beberapa tugas lain yang saya malas nak google sekarang hehe.
Tapi dalam konteks zaman sekarang dan apa yang saya pegang, adalah lebih penting untuk saya menjalankan hak saya yang masih belum saya penuhi, daripada memperjuangkan hak sama rata. Kalau benar la tugas membasuh baju, memasak dan rutin rumahtangga yang lain bukan tugas seorang isteri, tapi yang pastinya saya tak rasa menyediakan makan minum suami saya bertentangan dengan ajaran Islam. Mungkin daripada segi hak saya, saya kurang arif, tapi bagi saya selagi saya ada kudrat dan kesihatan, saya akan laksanakan.
Dalam rumah tangga, tak kan dapat hitung seadilnya dacing isteri dan dacing suami. Ada lebih dalam kurangnya. Ada kurang dalam lebihnya. Takkan dapat nilai seadilnya walau sudah dicampur tolak bahagi darab semuanya.
Jadi, untuk diri saya dan bukan mewakili semua golongan isteri, saya tak kisah melakukan kerja-kerja rumah ini kerana daripada apa yang saya nampak, D pun berusaha untuk sama-sama menolong saya buat kerja rumah (mengikut spesifikasi dan standard saya, semestinya heheh) dan bukannya sekadar memakai kain pelekat dan membaca surat khabar di ruang tamu. *Sudah warning D awal-awal, jangan buat peel macam ni. Memang saya akan ngamuk. Dan saya berharap, kami dapat kekalkan momentum kerjasama ini selama-lamanya, InsyaAllah.
Berbalik kepada tujuan sebenar post ini, berkenaan tugas dobi.
Gambar di atas adalah bakul dobi kami masa mula-mula berpindah masuk.
Tak terfikir pula saya akan ada masalah dalam hal dobi ni. Masa kat rumah ibu, baju dibasuh dalam selang 2-3 hari kerana ibu ada di rumah, jadi kalau hujan pun, baju ada orang tolong angkatkan pasal saya tak suka baju saya takde 'bau matahari'. Rendam pelembut apa sekali pun, tetap saya nak bagi kena matahari.
Bila tiba masanya untuk kami beli mesin basuh, seperti pasangan yang lain, bila nak beli barang mesti ada percanggahan pendapat.
Keutamaan D: Budget
Keutamaan saya: Memudahkan rutin membasuh baju
Saya dan D memang tidak mencari di pasaraya terkemuka kerana kami tahu, kedai-kedai apek berdekatan dengan rumah kami, harganya jauh lebih murah. Tapi tetap juga, kami jalan-jalan survey harga di pasaraya. Sekadar nak puaskan hati.
Selepas tahu kedai mana nak dibeli, soalan seterus kami: berapa kilogram basuhan?
Kami ada bertanya pada orang sekeliling tentang berapa muatan seeloknya, saya pun ada survey di Internet jenama-jenama yang dicadangkan orang. Ada yang cadangkan cukup 6kg sahaja, tapi itu mungkin praktikal kalau basuh baju kerap, selang sehari; berbeza dengan saya yang mungkin hanya dihujung minggu.
Akhirnya, kami beli mesin basuh muatan 10kg. Alasan sedapkan hati: harga dengan 8kg lebih kurang aje; nak basuh comforter senang; penutup mesin basuh warna pink (???)
Seperkara yang perlu saya kongsi disini, mana-mana kedai elektrik saya pergi, mesti taukeh kedai kata:
1. Barang elektrik zaman sekarang kualiti tak sehebat zaman dulu
2. Jenama tidak lagi menjamin keutuhan barang. Cara penggunaan oleh pembeli tu yang menentukan panjang dan pendeknya hayat barang elektrik tu.
Gambar di atas adalah mesin basuh kami pada hari pertama diletakkan. di ruang dobi Cuma ada sabun sahaja, tanpa ada penyidai, penyepit baju, dan segala keperluan yang perlu ada untuk membasuh. Ruang dobi masih suci lagi :P
Saya memang nak beli satu rak untuk letak semua barang-barang keperluan ditepi mesin basuh.
Inspirasi daripada gambar ini
Suka ada kawasan dobi sendiri. Tapi dalam suka tu, saya terlupa yang tugas membasuh baju ini perlukan strategi dan perancangan menghadapi masalah-masalahnya..*Atau mungkin saya terlalu banyak berfikir..
Masalah pertama: Asingkan baju
Memandangkan kini aktiviti membasuh dibuat hanya pada hujung minggu, kena asing-asingkan aktiviti membasuh ikutkan kategori pemakaian.
Masalahnya, baju saya dan D bercampur habis di dalam bakul dobi tu. Setiap kali nak membasuh, saya kena keluarkan semula baju dan asingkan, sampai penuh lantai dengan longgokan baju ikut kategori.
Setiap kali membasuh, saya fikir "apasal lak aku kena luang masa sampai 10 minit nak asingkan baju??!!" Bila ada masalah, kena fikir penyelesaiannya. Niat dihati mahu beli bakul kain baru yang dapat asingkan baju-baju ikut jenis, macam gambar kat bawah ni
Tapi dah dapat bayangkan, D geleng-geleng dan kata "Keperluan ke kehendak?" Jadi, saya fikirkan alternatif, saya sediakan empat bekas plastik berbeza yang diletakkan dalam bakul biru besar kami diruang dobi. Tak perlukan bekas yang cantik-cantik pun, sekadar bekas plastik laundry beg yang kami amik daripada hotel yang pastinya amat besar dan kukuh materialnya.
Kategori plastik saya seperti berikut:-
1. Baju kerja
2. Baju bewarna putih, termasuk singlet D *Serik pasal pernah sekali singlet D warna putih tukar jadi warna pink heheh
3. Baju bewarna yang dikhuatiri akan luntur warna nya/ basuhan tangan
4. Anak-anak baju (ni saya masukkan dalam laundry beg yang khas untuk basuhan terus masuk ke mesin)
Yang takde dalam kategori ni adalah baju basahan. Saya masukkan baju basahan terus ke dalam mesin basuh, jimat ruang dan masa memandangkan baju basahan lebih cepat dikumpul berbanding baju kerja dan sebagainya.
Perkara pertama selepas dapat penyelesaiannya, adalah untuk maklumkan pada D. Saya tunjuk kat dia bekas-bekas plastik ni dan kategorinya. Dia angguk-angguk, tak tau dia faham ke tak sistem saya.
Esok pagi D dah boleh asingkan baju-baju dia ikut kategori. Hehe. Cuma baju basahan dia humban kat tengah-tengah bekas biru. Mungkin dia terlupa yang baju basahan kena letak terus dalam mesin. Hehe. Tak pe, sekurangnya dia berusaha. Sekarang dia dah pakar dah.
Selesai masalah pertama.
Masalah Kedua: Kosongkan poket
Ibu selalu kata "check dulu poket, jangan ada duit, resit ke, sikat ke, duit siling ke. Kalau termasuk dalam mesin basuh, susah". Peraturan ini tiada tempiasnya kepada saya kerana baju kurung saya tiada poket dan saya memang takde habit simpan duit dalam poket seluar.
Maka, pelaku yang disyaki adalah D seorang. Tapi perlukan kesabaran juga nak dapatkan kerjasama D untuk periksa poket seluar dia. Alasannya : "Dulu, mak buatkan ok aje" ---TETTT!! Red button alert!!! *Kesudahannya pasti lah saya yang menang. Noktah. Tiada was-was disitu.
Tapi tetap ye isteri-isteri, kita kena periksa juga poket suami kita. Ada masa mereka terlupa nak periksa, ada masa mereka tak perasan, ada masa mereka rasa dah periksa tapi tak jumpa apa-apa (apa lagi ye alasan D pernah kasi..) Jadi sentiasa periksa dua kali dalam poket seluar mereka bagi pastikan tiada bendasing yang tak sepatutnya.
Kalau ada, disini la peranan untuk kita sediakan satu bekas untuk letak 'bahan-bahan bukti di lokasi kejadian'. Bukan sahaja memudahkan kita daripada tercari-cari nak letak dimana, tapi juga untuk kita tak hilangkan barang-barang yang kita jumpa. Mungkin kita sendiri pun, kadang-kadang brooch di tudung lupa nak ditangalkan, jadi boleh tumpang bekas ni untuk sementara waktu.
Antara idea yang saya jumpa di Internet, yang ini.
Tapi 'bekas bahan bukti' kami saya dah gunakan untuk letak penyepit baju (gambar ada dibawah), jadi sedang selongkar hadiah barang-barang kahwin yang mungkin sesuai untuk dijadikan bekasnya.
Masalah ketiga: Jadual membasuh
Macam yang saya nyatakan di awal post, saya mesti nak kain saya kena matahari. Memandangkan saya dan D kerja, jadi untuk elakkan risiko hari hujan, jadi saya cuma menjemur baju pada hari Sabtu dan Ahad.
Tapi sebab ingat pesan uncle kedai tu, kata "Adik jangan guna mesin basuh non-stop. Kasi itu motor dalam mesin rehat. Dia pun macam manusia, perlu rehat", Maka, saya pun buat rutin macam ini:-
1. Jumaat malam Sabtu - Basuh baju basahan
2. Sabtu pagi-pagi - Basuh anak-anak baju/ baju putih
3. Sabtu tengah hari/ pagi Ahad- Basuh baju kerja.
Jadi, pagi Sabtu, boleh sidai baju yang dah dibasuh malam hari tu ke ampaian. Bila baju tu dah kering, dah boleh pakai ruang ampaian untuk sidai yang seterusnya. Rezeki kami, matahari pagi betul-betul mengadap kawasan belakang rumah kami, jadi kain memang cepat kering kalau cuaca mengizinkan. Jadi aktiviti menjemur baju harus dilakukan waktu pagi.
Maka, pada mereka yang berpindah ke rumah baru, cari jadual yang bersesuaian dengan keadaan rumah dan diri kamu sendiri.
Tapi tidaklah saya ikut betul-betul jadual basuhan ni. Semuanya kena fleksibel, ikut aktiviti kami dan keadaan cuaca hari itu. Cuma memang aturan baju ikut keutamaan, baju basahan la dulu. Baju kerja boleh tahan pusing sekurangnya 3 minggu tak jumpa baju yang sama. Tapi anak-anak baju memang kena basuh dengan kadar segera; atau perkara dibawah terjadi
Masalah Keempat: Lokasi mesin basuh dan ampaian
Isu lokasi nak sidai baju juga penting ye kawan-kawan. Walaupun mungkin pada mulanya kita boleh sidai sahaja baju di pagar-pagar, akan tiba masanya kita sendiri rasa rimas.
Seeloknya, lokasi mesin basuh dan tempat sidai baju tidak jauh antara sama sama lain supaya kamu tidak penat nak berulang alik. Lagi satu, sambungan elektrik untuk mesin basuh kamu juga sama penting, sama ada sudah disediakan atau kena buat wiring baru.
Untuk rumah kami, kenyataannya, walaupun ruang dibelakang rumah kami hanyalah sekangkang kera, macam yang saya pernah post kan dulu disini {Post}, tapi disini la satu-satunya lokasi strategik untuk kami menjemur baju *matahari memang terus ke ruang belakang rumah kami pada waktu pagi.
Walaupun ada yang mencadangkan jemur baju di ruang balkoni bilik tidur utama, saya rasa cam segan pula nak buat tayangan tanpa sedar koleksi baju-baju kami pada jiran tetangga dan orang lalu lalang. Tambahan lagi, kena fikir isu suis dan wiring (RM RM RM--Kaching!) yang perlu dibuat jika nak tempatnya mesin basuh di atas, tak lupa juga saluran air sabun juga perlu disediakan untuk buang air sabun daripada tingkat atas ke tingkat bawah.
Kalau nak fikir cara lain, mungkin boleh letak mesin basuh diruang bawah dan tetap menjemur di ruang balkoni atas. Tapi bila fikir logik, tak ke penat nak turun naik tangga sentiasa. Sekali dua mungkin tahan, tapi kalau dah banyak kali, saya rasa tak sabar kot saya ni.
Nak jemur baju di bahagian ruang kereta tak muat kerana sudah parkir untuk dua buah kereta dan satu motor. Lagipun, macam segan kalau tetamu datang dan disambut dengan 'anak-anak' baju kami. Tapi jangan salah faham. Rumah ibu saya pun jemur baju di ruang hadapan, tapi itu kerana sudah tiada pilihan lain. Ibu pun tetap akan jemur di belakang rumah jika kain tidak banyak. Memandangkan buat masa sekarang kami ada ruang untuk berbuat sebaliknya,maka ruang di belakang rumah merupakan pilihan yang terbaik untuk kami, memandangkan kawasan belakang rumah kami sememangnya tiada barisan rumah lain. Nak buang air sabun pun mudah pasal terus ke saluran longkang dan saluran suis untuk mesin basuh memang sudah disediakan.
Maka, seelok-eloknya, fikir lokasi mana yang paling memudahkan aktiviti dobi kita. Memang orang sekeliling bebas memberi pendapat, tapi akhirnya yang paling penting, kita yang menjalankan aktiviti tu yang perlu selesa dengan pemilihan itu.
Bila lokasi mesin basuh sudah ditetapkan, baru fikir nak letak mana ampaian baju. Atau soalan lebih penting, rupa macam mana la ampaian baju kita ni..~
Satu tips yang saya rasa elok untuk mereka yang baru berpindah, jangan terlalu tergesa-gesa nak beli itu dan ini untuk lengkapkan rumah. Ada masa, elok kita rilek dan tengok bagaimana jiran tetangga kita mengisi rumah masing-masing kerana ada kala, idea mereka lebih praktikal daripada apa yang kita fikirkan.
Dalam kisah kami, pada mulanya, D nak beli ampaian besi yang ada roda kat bawah tu. Tapi bila fikir, mesti ampaian tu makan ruang (..dan saya sebenarnya tidak mahu ampaian yang itu pasal ada kenangan pahit hampir dihimpap ampaian baju roda tu masa ibu suruh tarik kain ke dalam masa hari hujan dan saya buat dengan semi-ikhlas *masih terasa ngerinya.)
Sehingga la satu hari, entah daripada mana D dapat idea beli ampaian besi yang lekat ke dinding. Kami tinjau-tinjau rumah jiran, memang ada juga yang gunakan ampaian besi tu.
Maka, kami pun beli satu untuk rumah kami (siap tunggu harga diskaun baru pergi beli). Tapi kami tak pasangkan, minta tolong orang yang pasangkan grill kami tolong pasangkan--takde kos upah Hehe.
Memang ngam-ngam ampaian dengan ruang yang disediakan.
Selesai lagi satu perkara.
Masalah Kelima: Deko deko deko..~
Tak semua orang suka aktiviti membasuh. Tapi tetap ada cara untuk menjadikan aktiviti ni sesuatu yang tidak membebankan kita, dengan menggunakan --Dekorasi!
Saya suka tengok benda cantik. Jadi untuk menjadikan saya tak rasa rutin membasuh baju tu satu beban, saya deko ruang dobi saya ikut citarasa saya supaya saya senang berada di ruang dobi tu.
Buat masa ini, saya cuma sempat aplikasi idea untuk sabun basuh baju sahaja. Idea asal daripada gambar-gambar dibawah.
Saya berdepan dengan cabaran merealisasikan impian ini. Hehe. Gigih beli bekas biskut di Ikea, yang riwayatnya saya akan tukar menjadi bekas simpan sabun. Masa amik tu pun, sorok kat bahagian bawah troli, takut D tanya lebih-lebih. Tapi D ternampak dan tanya "Ni untuk apa", saya kata "Tu-- *fikir -- untuk letak biskut ... kot (yg ni cakap perlahan-lahan)..". Kalau kasitau dia saya nak isi sabun, mesti kena marah pasal membazir. Tapi saya perlukan bekas kaca Ikea kedap angin tu untuk -- erm.. Oh ye, supaya sabun tak berketul kena angin dan air pasal kotak kertas tak melindunginya; dan juga supaya senang nak tengok stok ada lagi ke tak :D *senyum lebar yakin!
Bila balik rumah, saya isi sabun senyap-senyap. Petang tu, D senyap-senyap kata kat saya, "B, bekas biskut Ikea B beli RM16 tu ada sabun dalam dia" sambil sengih-sengih.
*bunyi cengkerik
Takpe, kena perli pun tak apa, asal impian nak bekas kaca untuk sabun berjaya dilaksanakan.
Gambar di bawah dapat menerangkan kedudukan barang-barang diruang dobi kami dalam imej yang luas. Saya tetapkan tema untuk bahagian dobi ni bewarna biru (D geleng-geleng masa saya bentangkan idea saya nak setiap kawasan rumah ikut tema warna)
Dalam imej zoom--
Tingkat teratas: Barang-barang keperluan untuk aktiviti dobi: berus baju, sabun baju (dalam balang kaca biskut Ikea :P), pelembut kain, penyidai baju sotong (pasal banyak 'tangan'), penyepit baju. Letak paling atas pasal senang nak capai.
Tingkat kedua: Penyidai baju. Beli yang seragam, baru susun baju kat almari sekata aje nanti. Nak sidai kat ampaian pun nampak cantik.
Tingkat bawah sekali: Bahan-bahan pencuci bilik air. Pasal tak mahu campur di ruang kabinet dapur, jadi saya letak di ruang bawah sekali. Lagipun memang tingkat ni kosong tanpa penghuninya. Paling jarang dicapai, jadi letak paling bawah.
Yang ini saya letak di tepi dinding. Saya sangkut pakai penyangkut beli di Ikea, untuk sangkut penyidai baju bersaiz kecil. Ibu selalu guna penyangkut saiz kecil ni untuk baju adik saya masa dia kecil. Jadi saya praktikkan untuk sidai singlet D dan anak-anak baju.
Perkara yang asas sudah lengkap kiranya, cuma tunggu ruang masa untuk lakukan sedikit deko pada ruang ni. Saya rasa macam tak 'bernyawa' ruang dobi ni.
Suka deko macam di bawah ni
Bila la nak mulakan aktiviti DIY ni~~
Hampir sebulan lebih kami tinggal sebumbung dan setiap hari juga saya pasti akan belajar sesuatu yang baru.
Ok, sekian sahaja perkongsian hidup saya untuk pagi ni. Pada pembaca yang mungkin ada pengalaman sendiri untuk dikongsi, boleh kongsikan di ruang komen ya? Mana tahu, pengalaman kamu saya boleh guna pakai untuk diri saya.
Nota 1: Tahukah anda, rupanya sabun buku Lux amat berkesan untuk hilangkan kesan daki peluh di kolar leher baju kemeja suami kita?? Ye, lebih berkesan daripada mana-mana serbuk pencuci.
Nota 2: Suka tengok blog ni iheartorganizing.blogspot.com
18 Mei 2011
15 comments:
oh, sangat suka entry ini! penuh info yang berguna dan tersenyum2 juga ketika membacanya ... hehe. thanx for sharing dear, sharing is Loving! ;)
part basuh saye memang suker.. bab melipat memang failed..!! huhu... saye n asben tak suker sabun serbuk..bukan gediks..tapi kuLit memang agak sensitif ngan sabun serbuk...
[bukan susah pakai mesen auto kan...boleh harap pada si dia untuk tolong membasuh sama] tapi tu lar..selalu gaduh ngan asben sebab dia selalu tak cek poket biler nak basuh baju sendiri..tengah2 basuh dengar bunyi duit syiling 'krek kruk' dalam mesen..!!
n yup.. dolu2 dalam 4 rutin dobi[basuh-jemur-angkat-lipat] hanye 1 atau 2 sahaja yang dibuat [saat ni rase berterima kasih sangat pada mak] tapi sekarang..kalau tertinggal salah satu rutin dobi tu...tak akan ade sape yang nak buat..!! malainkan kalau asben di minta tolong..dan diingatkan selalu...supaye tak lupa angkat kain baju time hujan biler saye tak ade kat rumah waktu tu..:)
alahai.. sukanya baca entry ni.. best2... tak terfikir pun pasal deko dobi ni.. mcm berminat pulak.. thanks sebab berkongsi info ni.. akan dicuba nanti.. hihihi..
*peristiwa yg mengajar zil, zil pernah terlupa nak cek seluar hubby zil.. terus je basuh.. tak sngka dalam seluar tu ada kunci kereta.. hihhi.. terus alarm tak leh guna. tp hubby tak tahu apa puncanya dan nasib baik dia pandai bab teknikal ni. dia betulkan sendiri.sib baik ok dah.... zil senyap2 je dan diam buat2 tak tahu.. huhuh... next time memang kena selalu cek poket seluar dia...
sy letak barang2 mencuci dalam bakul rotan cam gambar kat atas tu. huhu.
ohh, sabun lux mmg berkesan, nak cuci daki ke, nak cuci kesan darah pon lebih berkesan dr pencuci lain.. ;)
god.u mmg organize habis.gigih pulak i baca entry panjang u ni.haha
anyway,mmg betul la pasal sabun buku tu.mak i pernah ckp,guna sbun wangi cuci badan tu utk kolar2 baju,ketiak,seluar dalam pun bole.mmg hilang kotoran.wink wink ;p
another tips: dlm seminggu basuh baju jgn tiap2 hari.kesian mesin.betul la apa u buat tu.tp i sllnye basuh jumaat malam je.or sabtu. water saver washing machine + dryer sesuai untuk siapa yg apartment/kondo sbb kdg2 cahaya matahari susah nk masuk/limited space nk sidai.so bila ade dryer bj sidai cpt kering je wpun kurg cahaya matahari.
Terima kasih :)
apa nak komen ek. hehe
1. mesin basuh belum beli lagi!
2. sabun debu - i prefer sabun liquid sebabnya bila basuh debu2 putih tak melekat dekat baju (always happened to me sebab tu dah serik. hehe). tapi memang suka sangat bila sabun letak dalam bekas. lebih kemas n yes lebih menonjol keadaan sabun tu (apakah??)
3. tunggu masa nak reno bahagian belakang rumah yang lebih kurang 4-5 kaki tu untuk buat ruang dobi. memang dari awal takmo letak dalam rumah (biasanya dapur) sebab tak kena. n paling penting serabut la!
4. penyidai besi boleh lipat tu memang sangat praktikal. dari awal dah target. mesti ada dekat rumah nanti :P
xora, saya hanya mampu tersnyum membaca entry ni..walaupun tajuknya agak simple tapi kamu kupas begitu banyak..suke!
part check bendasing dalam seluar kerja memang teramat kelakar! pernah sekali zaa terlupa nak check, sekali bila basuh, ada seketul saputangan yang lembab! arkk....beware lain kali! heheheh
sabun lux juga berkesan utk basuh kesan sambal dekat baju. senang cite utk apa2 kesan aaa~~
harap saya nanti boleh jadi housewife mcm xora jugak.. u r my idola.. :)
ari tuh ntah ape x kena, abis baju basuhan kena kesan habuk² kaler putih.rupanyer ada tisu yg tak kuarkan dar mana² poket suami..huhuh..kena lah bersihkan putih² & basuh kali ke-2...uwaaaaaa
salam,
buat masa ni mendobi tugas en.suami..
ikutkan saya pun bila membasuh mesti asing2 kan baju mengikut warna.. tapi kesihatan xmengizinkan terpaksa la buat xkisah je..
en.suami nak tolong pun dah bersyukur..
dan idea letak rak disebelah mesin basuh ni memang saya suka..seronoknye tgk orang deko2 rumah..
xsabar nak beli umah sendiri..hehe
salam... hai xora... saya pun selalu ada masalah pasal nak kosongkan poket... baju kurung xde poket, so memang xpenah amik kisah pun selama ni...kadang2 bila nak lipat baru jumpak macam2 benda dalam poket seluar & baju my hubby... huhuhu... sekarang ni tiap2 kali hubby nak masukkan baju dalam laundry bag mesti saya ingatkan kosongkan poket dulu... takut terlepas pandang, terpaksa basuh semula... =)))
suka jugak! topik simple, tapi tak pernah terpikir pon nak conteng pasal topik ni... :)
panjang nye xora!!!!!hahha..
lama nk abes kan...
maklumla line tak clear kan ofis niii...huhu...
xora..jumpe kamu di wedd atia yah!
Post a Comment