Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

01 September, 2010

Intai Misi Sulit RS (Raja Sehari) VI: Cop Mohor (Wax Seal)


Salam dan hai

Memandangkan saya masih tak dapat nak upload video Save The Date kami atas sebab yang saya tak dapat fahami, saya gantikan dengan pendedahan
Misi Sulit saya seterusnya. Dah boleh nak dedahkan pasal kad-kad nya pun sudah tiba masa nak dihantar sahaja.

Imbas kembali ~~~ Bila tengok sepit baju tu, mesti agak saya akan sepitkan gambar pada sepit baju tu, macam dalam post saya yang dulu ini.


Tak.

Bukan itu rancangan saya.

Fokus penyepit itu bukan pada fungsinya tetapi pada motif hati dihujungnya.


Projek DIY saya: DIY Wooden Wax Seal!

Mulanya, saya terfikir nak buat stamp macam di Mangosteenskin. Cantik, comel dan kemas! Boleh simpan kenang-kenangan. Tapi semuanya berubah lepas saya terjumpa
laman web ni .


Sumber:
ragehaus.com

Tapi impian tinggal impian sahaja, memandangkan saya tak berjaya mencari kayu bulat dan takde peralatan sesuai (tambah lagi dengan masa yang sangat terhad dan tiada kemahiran asas yang diperlukan).

Saya google, carikan maklumat tentang wax seal ni. Terjumpa satu forum ni, bagitau yang boleh cari lilin wax ni di satu kedai di The Garden. Terlupa dah nama kedai ni apa. Tapi rasanya dekat dengan kawasan Robinson (Itu kesannya kalau pergi tempat, menonong ikut orang bawakan. Terima kasih Yayang)

Sampai ke sana, cari punya cari--jumpa! TAPI.. mula-mula ingatkan nak pakai huruf pangkal kami, tapi satu stamp tu harganya hampir RM40 (material besi dan memang tulisannya cukup cantik dan kemas), kalau dua stamp -RM80! (Laju sahaja otak kira apa boleh dibeli dengan RM80 ni) Giler. Bagai membakar mercun di hari raya. Terus batalkan niat.

Beberapa minggu lepas tu, entah macam mana, saya terpandang ketip baju ni yang memang terletak elok di kubikel saya. Terus--TING! dapat idea. Saya akan DIY mengikut cara yang diajar, tapi saya olah ikut bahan yang dah ada pada saya. Masa ni tak tahu lagi, menjadi ke tak wax seal saya kalau saya cuma gunakan bentuk hati tu aje.

Walau tak yakin nak buat, kena juga cuba. Kalau tak sampai bila tak tau.

Jadi saya minta D belikan lilin wax ni sebatang. Harga dalam RM11 (yang mana saya rasa, mesti ada kedai yang jual lagi murah. tapi tak tau kat mana). Ada warna putih, emas dan satu lagi warna lupa. Tapi yang jual sebatang, cuma warna merah. Jadi, amik sahaja. Saya nak cuba buat ini untuk memuaskan tanda tanya saya tentang seni ini sahaja ;p



Nak DIY ni, kena baca dulu daripada beberapa sumber, cara-cara nak buat. Kadang-kadang ada tips yang takde kat laman web satu, ada kat laman web satu lagi.

Tips pertama: buat wax atas cermin untuk mudah tanggal.


Tipu! Saya buat, tapi tak mudah tanggal pun. Makin melekat ada la.

Jadi pergi ke tips kedua: Buat kat atas kertas minyak.

Saya takde kertas minyak, jadi saya pakai kerta A4 yang saya sapukan minyak sikit.

Kertas+minyak= kertas minyak. Haha (Patut pakai kertas penyerap minyak JJ tu pun ok kot?)

Ikut tips laman web yang ajar DIY tu, dia kata kena celup kayu dengan minyak supaya lilin tak melekat kat kayu. Kemudian, nyalakan api kat lilin, senget supaya lilin tu cair di kertas. Kemudian dah dapat diameter yang kita nak, cepat-cepat tekap kayu tadi di atas permukaan lilin. Terus sahaja lilin tu akan beku.



Biarkan dalam 10-15 saat sahaja, kemudian boleh tarik kayu tadi perlahan-lahan dan ini hasilnya.


Saya gunting kertas A4 tu ikut saiznya. Kemudian, tanggalkan kertas perlahan-lahan. Ada gak bahagian lilin yang tertarik dengan kertas pasal lapisan lilin saya terlalu nipis *mad



.. dan tada~ dapat hasilnya.

Ok saya main tipu. Saya cuma tunjuk yang cantik punya sahaja ;p

Realitinya, hasil DIY jarang-jarang memuaskan hati kita, terutama kalau kita bandingkan hasil tangan kita dengan hasil tangan gambar daripada Internet.

Macam ini

Sumber: Google images

Atau yang macam ini

Sumber: Google images


Gebu sungguh seal mereka kan? Saya tak dapat buat macam tu. Entah berapa batang lilin pula yang diperlukan nanti. Haih.

Untuk projek ni, saya ada 10 wax seals yang dikategorikan sebagai hasil gagal. Macam kat bawah ni



Sudah pasti la takkan dapat bulatan penuh macam dalam Internet. Kali pertama buat, kita tak dapat nak anggarkan berapa diameter bulatan diperlukan. Macam mana tebal wax seal itu.

Tapi bila dah buat selalu, sudah dapat anggaran besar macam macam mana.

Ini hasil yang saya kategorikan Lulus dan cukup-cukup makan. Walaupun tak bulat penuh macam bulan purnama, tapi disebabkan bentuknya yang tak sekata tu la, nampak lagi real --bagi saya ;D


Ini rupa wax seal tu diatas kad.


Saya tampal di bahagian belakang kad, tempat nak buka sampul tu. Sebenarnya, saya tak berani nak terus cucuh ke atas sampul kad pasal saya baca, ada orang yang komen kata, wax ni meninggalkan kesan hitam pada kertas. Jadi saya yang dungu ni, pergi buat kat kertas lain, kemudian tampal semula--gunakan gam UHU. haha. Ok, rahsia dah bocor ;p

Disebabkan kos dan keadaan wax seal yang mudah patah ni, tak memungkinkan untuk saya hantar kepada semua jemputan. Jadi saya dan D amik keputusan, kami akan letakkan wax seal ni pada jemputan yang kami jemput untuk majlis nikah sahaja pasal semestinya kami akan bagi pakai tangan. Pasal awal rancangan, ngada-ngada nak buat kad jemputan Nikah, tapi bila fikir kekangan masa dan takda sebarang keperluan, tukar dengan letakkan wax seal ni.

Lebih kurang 12 orang sahaja.



Walaupun wax seal kami tanpa ada huruf pangkal nama kami atau bentuk yang lebih comel dan gebu, cukup tekapan berbentuk hati yang sederhana, tapi yang penting, saya dapat merasa mencuba buat wax seal ni. InsyaAllah selepas ini, tidak lagi tertanya-tanya, susah ke senang nak buat wax seal ni.

Tak suka biarkan diri dalam misteri~! Pasal tu nak cuba.

Ok, sehingga saya membongkarkan lagi misi sulit seterusnya InsyaAllah.

Nota: Am kata macam 'cop mohor cina' haha. Saya kata, 'surat zaman Merlin'.


1 September 2010



20 comments:

Bushra Tajuddin on September 1, 2010 at 1:51 PM said...

Nice~!! susah jugak nak wat wax seal ni ekk..?? btw, congrats sbb dh berjaya diy wax seal.. mmg la xdpt mcm org2 yg pro kat dlm internet tu.. tp at least puas ati kann..?? xsbar nak tunggu xora reveal projek diy yg seterusnya.. :)

mama affan on September 1, 2010 at 2:00 PM said...

cop mohor dah cantik 2..tapi kalau ada huruf..

hehe..nak buat satu pun jenuh eh..tahniah..berjaya juga hasilkan..

Byzura Mj (By) on September 1, 2010 at 2:19 PM said...

best jugak kan? for vip ke? tsk! pasti by akan ke belog xora selalu sebab nak amik ilham :D

Xora on September 1, 2010 at 2:23 PM said...

Nyomel: haah, asal dah pernah merasa, cukup la ;D

Ryna: Jenuh. pasal tu tak sanggup buat semua. pengsan oh

Bai: bukan untuk VIP Bai, cuma kawan2 yang kami nak jemput untuk ke majlis nikah, saya letak seal ni.

Cik Belle on September 1, 2010 at 2:44 PM said...

cantik xora! =)

-cHenta- on September 1, 2010 at 2:53 PM said...

cantik....tapi saya xsekreatif anda. diy buku guest pun hncurr...^^

-cHenta- on September 1, 2010 at 2:53 PM said...

cantik....tapi saya xsekreatif anda. diy buku guest pun hncurr...^^

PurPLe LaDy AiFA on September 1, 2010 at 3:07 PM said...

wah, susah nye. kalo saye mmg give up awal2. congrats2 sbb berjaya merungkai misteri.. hehe

farahfatihah on September 1, 2010 at 3:31 PM said...

oo inilah yer rupanya..ok2 dah menjawab soalan fara

Anonymous said...

OMG!! cop mohor yang sangat kreatif xora.. congrats!! good try!

next reveal is????

hana yoriee on September 1, 2010 at 4:27 PM said...

aiyoooo..sampai ke benda seteliti ini pun xora DIY..wuuu..mmg salute laaa..=)

dumdum on September 1, 2010 at 4:38 PM said...

*geleng kepala* RAJINNYA!!!

Cik Puan Fia on September 1, 2010 at 4:44 PM said...

wah rajinnya dia..rase nak buat jugak la..tapi sempat ke...

Anonymous said...

gigih sungguh xora ni..salute la

Anonymous said...

wahh..!!!..gigihnyer memnag respekla kt awak walaupon ada yg tak jadi but still tak putus asa jugak cayok3..;)

kay kamal on September 1, 2010 at 9:35 PM said...

gile rajin! lol..bgs2

oshinz on October 2, 2010 at 6:25 PM said...

eh comel juga ni.

Aina Farihan on April 10, 2013 at 3:14 PM said...

Hi..berminat ngan wax seal ni..nk beli lilin wax ni kt mane ye?kedai stationery ade x?

Xora on April 11, 2013 at 7:47 AM said...

rasanya kat stationery ada kot tapi yg terpilih. tak semua org nak beli, market pun pada yg tertentu. tapi hari tu ada jual promosi kat Group on. lupa nak capture web masa tu.. tapi mmg murah dan ramai beli.

Anonymous said...

hahahah style haabis pakai cap2 mohor... :p

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates