Ni kali pertama saya hadiri perkahwinan dalam taman. Majlis Khairul Nisa dan pasangannya, di Taman Botani, Putrajaya.
Tema warna oren + putih.
Artificial rose juga berada di mana-mana.
Sebagai centerpiece di meja tetamu dan juga di meja makan beradap
Pomander rose yang berada di mana-mana aje. Pada arch.. pada walkway.
Sesuatu yang berlainan pada pelamin kali ni berbanding kawan-kawan yang lain, pasangan letakkan gambar mereka sebagai backdrop pelamin. Gambar yang cukup besar (lalu saya berfikir, kat mane ye nak letak gambar ni sesudah majlis.. mungkin di bilik pengantin). Rasanya masa pelakon kacukan (serius, terlupa nama dia sekarang, tapi bunyi cam ada 'Kat' dan 'Rose), masa majlis dia pun, dia print gambar dia dan pasangan dia besar-besar sebagai backdrop. Mungkin dapat inspirasi dari situ.
Lama amat menunggu pengantin. Nasib berdekatan dengan tasik, jadi boleh bunuh masa dengan amik gambar sendiri :)
Cuma satu aje gambar yang nampak penuh pengantin camne rupa.
Kalau ada blogger yang ada impian nak majlis di dalam taman, mungkin ini boleh memberi sedikit gambaran tentang majlisnya.
Oh ya, alternatif daripada paluan kompang, majlis ni memilih instrument berbeza. Klik video untuk lihat apa instrument pilihan mereka
Tapi bagi saya, maybe kalau nak arch dan letakkan pomander rose tu, mungkin kena cari arch yang jauh tinggi dari pengantin, atau ketepikan aje pomander rose. Mungkin pada mata saya, cam mengganggu perjalanan pengantin dan bila amik gambar, cam ada 'extra head' pula. Tapi mungkin dengan angle yang betul oleh OP, hasil mereka lebih cantik dari amatur cam saya :p
Dan mungkin kalau pengantin lelaki lengkap berkot, lagi nampak lengkap kot. Macam gambar di bawah ni. sumber Rashdi Amin
Tapi apa-apa pun, majlis memang macam 1 Malaysia, semua bangsa pun ada :)
4 comments:
wow xora, menarik gak wedding dia. especially band persembahan tu..lain dr yg lain
tp tu la, cuaca kat msia ni, kalau nak buat garden wedding kene pikir abis2an dulu..kalau tak panas, ujan..nasib baik tak ujan masa wedding yg xora pegi tu kan
menarik weding dia,, tapi kalau dia ubah warna oren kepada warna pink atau yang lebih lembut,, sure majlis dia nampak lagi canteq dan segar,, sebb warna oren tu terlalu garang ler plak,, jadi janggal mir rasa
Waaaa festime tengok pengantin ada main2 terompet tu,hehe..:) nasib baik cuaca cerah, kalau ujan sian kat diaorg semua..:)
Niss: hari tu nasib panas. panas masih leh tahan. if hujan, bomoh hujan pun tak dapat buat apa :P
Amir: Kadang2, common lagi selamat kan?
Acai:ye, dengan kami dan pengantin pun kesian lencun hokey.. park kete jauh tu, mmg lencun b4 smp kete :P
Post a Comment