Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

12 October, 2009

Jangan Amik Mudah


Salam dan hai

Baru-baru ni, abang saya tiba-tiba SMS saya, minta sediakan hantaran untuk mas kahwin. RM80. Saya pelik. Setahu saya, pada mulanya, ikutkan tiada mas kahwin yang akan diberi kerana wang hantaran yang akan diakad sebagai mas kahwin. Tapi saya yang mengikut perintah, layankan aje.

Kemudian baru-baru ini, ibu saya bagitau hal sebenarnya.
Dari celah mana RM80 tu datang.

Rupanya, baru saya tau, berdasarkan sejarah keluarga yang pernah ada berkahwin dengan orang Terengganu (tiada niat nak burukkan mana-mana pihak), bila wang hantaran di jadikan mas kahwin masa akad nikah, misal kata pengantin perempuan gunakan wang hantaran tu untuk beli perabot rumah, lelaki perlu minta kebenaran untuk menggunakan perabot tu dari isteri setiap kali nak digunakan. Bayangkan kalau dibelinya katil dengan duit tu, takkan setiap kali nak tido kena minta izin :P Berfikir positif, mungkin tak semua macam tu. Tapi dalam kes keluarga kami, pernah berlaku, maka kami tak mahu perkara yang sama berlaku lagi.

Mas kahwin adalah hak isteri 100%. Ibu bapa isteri pun takde hak langsung nak cuit walau satu sen tanpa izin dan kerelaan isteri. Sama juga kalau suami belum menjelaskan mas kahwin isteri, isteri ada hak untuk menolak untuk bersama dengan suaminya (ni ustaz masa kursus kahwin tu bagitau).

Sebab tu, mas kahwin digalakkan digunakan oleh isteri untuk hal peribadi, seperti barang kemas, barang keperluan kecantikan ke, atau apa-apa yang bersesuaian, untuk kegunaan isteri.

Jadi untuk mengelakkan masalah dikemudian hari dan mengurangkan grey area bak kata orang, jadi kedua-dua keluarga setuju menggunakan adat Selangor, iaitu mas kahwin RM80 masa akad nikah nanti.

Ada juga kawan-kawan yang berkahwin dengan orang Terengganu, gunakan lafaz "... aku terima nikahnya... dengan mas kahwin sebentuk cincin..." Jadi jelas sudah, mas kahwinnya dalam bentuk cincin tu. Lebih mudah kan?

Maklumat ini mungkin berguna buat orang diluar sana. Pastikan apa yang dilafazkan tu, tidak menimbulkan salah faham dikemudian hari. Dapatkan penerangan dan penjelasan dari mereka yang lebih berilmu

Yang buruk datang dari saya. Yang baik sentiasa datang dariNya.

12 Oktober 2009

3 comments:

Lisa on October 12, 2009 at 10:46 AM said...

iyer betul tu xora, takleh amik mudah ttg duit mas kawin tu, kena double confirm, klau suami tu byk duit takpe gak, duit utk hantaran lain, mas kawin lain heheheh
soal agama nih takleh dibuat main, cam lisa aritu pun minta suami confirmkan betul2 sbb dia org terengganu, dia kata duit hantaran tu duit mas kawin lisa soh tnya ustaz, br dia faham.. jd suami bg lisa rm100 as mas kawin, senang citer...

nizam_5282 on October 12, 2009 at 11:35 AM said...

Tips menarik ni? Nak copy paste masuk blog saya ye? Thank you...

mama affan on October 12, 2009 at 12:36 PM said...

salam perkenalan..mmg menarik la topik ni..sy link awak eh..

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates