Salam dan hai
Menjawab soalan B2B secara pukal
1. kenapa saya jarang update tentang persiapan majlis saya
-- Issh, mana ada jarang. Selalu juga tau saya kemas kini. Biasanya saya akan kemas kini secara pukal. Kalau ada perkembangan, saya akan kemas kini. Kalau perkembangan masih berjalan, saya akan bagi pengenalan sahaja. Bukan nak sembunyi atau nak bagi kejutan, cuma saya lebih suka, kalau dah dapat hasil, baru saya akan canangkan dan kongsi di sini. Cuma yang saya boleh jawab, persiapan saya berjalan seperti biasa alhamdulillah :D doa kan yang baik-baik ya untuk saya.
2. Kenapa tak senaraikan vendors kat tepi blog saya, senang nak rujuk
-- Saya memang tak mahu terlalu awal menyenaraikan vendors saya. Takut ada perubahan rancangan atau konflik di kemudian hari. Tapi saya memang akan tulis siapa vendor saya dalam post saya. Cuma memang kena rajin baca satu-satu post kot *maaf. Tapi InsyaAllah, lepas majlis nanti, saya buat ulasan semua vendor saya ye?
Ok, sekarang berbalik pada post ni.
Tajuk kat atas pasal Sahibba.
Kalau digunakan sebagai props macam kat bawah ni, selalu juga kan nampak?

Kali ni, terjumpa gambar ini pula. Frame Ikea semurah RM5 3 keping, dengan sedikit kreativiti, boleh buat macam ni. Letak di meja guestbook atau gantung pada tombol pintu bilik pengantin ke.. atau mana-mana sahaja ikut kreativiti kawan-kawan.

Sekurangnya, sebagai alternatif lain daripada cetak tulisan komputer.
15 Julai 2010
