Salam dan hai
Saya baca satu artikel yang menarik untuk dikongsikan: berkenaan solat sunat selepas akad nikah
Sumber: Harian metro
Solat sunat selepas majlis akad nikah
JIKA kita ingin melaksanakan solat sunat nikah, bilakah waktu yang paling sesuai? Adakah sejurus akad nikah atau boleh dilakukan apabila semuanya selesai iaitu selepas bersalaman dengan hadirin, solekan dan baju sudah berganti?
JAWAPAN:
Melaksanakan solat sunat nikah boleh dilakukan selepas majlis akad nikah berakhir atau pada masa yang sesuai. Waktu yang terbaik boleh dilakukan bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami.
Kedua-duanya hendaklah bersolat terlebih dulu dan seterusnya berdoa kepada Allah supaya mendapat kebaikan daripada perkahwinan serta memohon perlindungan Allah daripada sebarang keburukan.
Terdapat riwayat daripada Abu Said yang menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya: “Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua” (Riwayat Ibnu Abi Shaybah). (juga boleh baca perbincangannya di laman web ini)
Terus saya teringat pada gambar yang Abang Acai pernah ambil ni

Macam yang pernah saya tulis dalam post terdahulu, berapa kerat sahaja pengantin perempuan yang akan solat berjemaah bersama suaminya selepas majlis akad nikah, macam dalam gambar tu?
Saya tidak.
Saya solat berjemaah bersama dengan D, selepas majlis bersanding selesai. Jadi saya harap, kalian boleh lakukan yang lebih baik.
P.s: bentangkan sejadah siap-siap untuk pengantin solat. Tidak la jadi macam gambar D diatas, teruja nak solat tak pakai sejadah. Hehe
16 Mac 2012