Salam dan hai
Perkembangan saya sebulan menyepi?
Sambut hari jadi D yang ke 27 -- D buat muka segaris sahaja dengan kejutan saya buat. Patut la anak pun ada kecenderungan memberi muka segaris sahaja.
Terjah clearance stok Pureen dan berkesudahan, membeli terlalu banyak baju. alahai.
Kena minyak panas dan kemudian doktor klinik tu soal macam polis nak tahu saya kena dera ke tak dengan D hihi
D jr plak sudah pandai meniarap tapi belum kehadapan atau berguling. Statik sambil jerit-jerit marah pasal ingat kitorang pegang kaki dia tak kasi dia ke depan.
Oh tu gambar lama. Gambar baru rambut lebat dah tiada.
Muka pasrah kena tadah kepala
Banyak yang saya ingin tuliskan disini, tetapi kebanyakkannya bukan lagi berligar dalam topik perkahwinan. Ye saya ada juga terfikir, macam tidak adil pulak kepada pembaca yang datang ke blog ini dengan tujuan untuk mencari idea-idea kahwin, tetapi tiada langsung pula artikel berkaitan.
Tapi logiknya, seperti mana-mana fasa kehidupan kita, setiap kita pasti akan menempuhnya dan kemudiannya berlalu untuk fasa seterusnya. Mana mungkin kita boleh berada di satu fasa yang sama selama-lamanya, berada di takuk yang sama. Begitu juga dengan blog perkahwinan. Setelah hampir 2 tahun menulis tentang idea-idea perkahwinan, tidak salah untuk saya berganjak ke topik selepas majlis perkahwinan itu sendiri. Sungguhnya, kehidupan sebenar tetap menanti kita
Cukup dahulu post untuk kali ini *anti klimaks punye penutup kan? hahah*. Post akan datang, saya berkongsi pengalaman menguruskan anak selepas berpantang. Yang boleh saya katakan disini, dalam kita terlalu sibuk membuat senarai semak keperluan bayi seperti berapa helai bajunya, katil dan tilamnya sudah dibeli atau belum, bagaimana dengan jenama lampin mana yang sesuai -- kita akan terlupa,keperluan paling utama adalah kekuatan mental dan emosi kita dalam menggalas amanah Allah tersebut.
.. mental dan emosi itu bukan boleh dibeli secara dozen di kedai keperluan bayi.
30 Disember 2012
Kelip-kelip kusangka api,Tidak.. Blog ini belum terkubur.. Pada yang sudi emel saya bertanyakan post terbaru, ye hari ini adalah harinya. Tiada istimewa kenapa tarikh ini dipilih. Mudahnya, adalah kerana baru pasang Unifi di rumah hehe. Maka tiada alasan untuk tidak mengemaskini blog dan InsyaAllah, mahu memulakan projek khas harapnya.
Kalau api mana dapurnya?
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?