Salam dan hai
Menunaikan janji pertama dengan pembaca blog ini: saya letakkan pantun yang saya gunakan untuk pasu bunga telur dan meja buku tetamu.
Pantun dalam gambar diatas, kami letak di pasu bunga telur {Post} dan pantun dalam gambar kedua, diletakkan di meja tetamu. Rasanya janggal pula kalau nak tulis dalam bahasa inggeris sedangkan kandungan buku itu sendiri dalam bahasa melayu. Biarkan sedondon semuanya. Lagipun, memang diatas meja buku tetamu tu ada botol bunga rampai {Post} jadi sepadan dengan pantun yang disediakan.
Untuk bahagian dalam buku tetamu pula, saya tak sempat nak ambil gambar. Tapi macam yang saya pernah ceritakan dalam {Post} terdahulu, buku tetamu ini didalamnya, saya bahagikan kepada 5 bahagian dan setiap bahagian saya letakkan dengan gambar kami mengikut tema waktu.
Bahagian 1: Zaman kanak-kanak.
Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Bahagian 2: Zaman Persekolahan {Post}
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan pernama datang menerpa
Ajaran guru hendaklah dicari
Mana yang dapat jangan dilupa
Bahagian 3: Zaman universiti {Post} dan gambar majlis konvo kami
Buah pauh diatas batu
Ada berdaun, berbunga tidak
Biarpun jauh ni negeri Satu
Hilang di mata, di hati tidak
Bahagian 4: Zaman kerja dan seterusnya melamar {Post}
Anak Cina memasang pukat
Pukat di pasang di Tanjung Jati
Didalam hati tetapkan ingat
Bagaikan rambut disimpul mati
Bahagian Terakhir: Tiada gambar
Ke Seberang Takir membeli cermin
Beli ikan dimasak gulai
Cinta bersatu dijinjing pelamin
Sama segak kedua mempelai
Kesemua pantun ini saya perolehi ehsan google dan daripada Dewan Bahasa Pustaka.
11 Disember 2010

2 comments:
thanks xora! hihi. saya amat memerlukan ini!
bestnya.. suka pantun2 ni
Post a Comment