16 April, 2013

Bridezilla at its Finest

Salam dan hai

Gambar sudah cukup meletakkan tahap bridezilla nya


Comel sangat, jadi nak kongsi dalam blog ni


16 April 2013

11 April, 2013

Cupcakes Fondue

Salam dan hai


Saya suka idea untuk sediakan station untuk tetamu menghias cupcakes sendiri untuk kelainan, berbanding chocolate fondue atau fountain. 

Lebih ekonomi untuk disediakan berbanding coklat fountain yang kena disewa peralatannya. Cupcakes senang, letakkan sahaja topping dalam bekas, tak kisah la buttercream ke, aising ke, nutella ke, cream cheese ke, tak perlukan janaan elektrik atau dipasang api macam coklat fondue. Cuma sediakan peralatan untuk tetamu sapu krim atau aising pilihan mereka ke atas cupcakes

Cupcakes ni boleh disiapkan sebelum hari majlis dan dalam jumlah yang banyak, terutama kalau kita pilih cup bite size. Kalau coklat fondue, kena beli buah disaat akhir untuk pastikan kesegaran dan tak semua buah sesuai untuk dicelup dengan coklat. Paling-paling murah, orang pilih anggur atau epal. Tapi kalau nak sedap, kiwi dan strawberi la buahnya.



Kat bawah ni, ada banyak gambar yang boleh dijadikan rujukan

Ni untuk letak hiasan-hiasan cupcakes. Tetamu boleh pilih sendiri nak letak topping apa ikut selera masing-masing. Tuan rumah tak perlu hiaskan, jimat masa kat situ.  Cara nak present hiasan cupcakes ni pun terletak kepada imaginasi tuan punya majlis. 


















Daripada segi kos, kalau cupcakes dibuat sendiri, memang lagi banyak dapat dijimatkan. Tetamu pun boleh pilih sendiri nak cupcakes perasa apa ikut selera masing-masing. Coklat ke, vanile ke, red velvet ke, blueberry ke. 




Tak perlu pun beli cup cupcakes yang warna warni, tu mahal. Lebih ekonomi Beli yang putih kosong tu, pasal lepas tu, cup tu boleh dibuang dan hidangkan cupcakes tanpa cup. Tak payah risau cup bersepah-sepah.

Tak perlu juga nak bungkus cupcakes dalam plastik, jimat kos, masa dan tenaga kerja disitu. Cuma hidangkan dalam bekas bertutup jika perlu, atau boleh letakkan sahaja molek-molek dalam dulang hidangan. Tak perlu nak fikir nak tugaskan siapa untuk basuh dan potong buah-buahan di saat akhir. 


  




Tapi kalau nak juga hidang dengan cup, berjimat sikit pakai yang warna putih tapi celupkan bahagian hujung cup ke dalam pewarna makanan,  ikut warna tema majlis, macam ni



Pencucuk tu kalau takde yang macam kat bawah ni


Pakai lidi sate tu pun boleh. Murah sahaja. Kalau ada budget dan nak personalize sikit, tampal la tag kat hujung lidi tu, macam kat bawah ni.



Kalau nak juga jadi Bridezilla, kena semua ikut warna tema majlis, boleh sahaja guna lidi tu dan buat ikut proses dibawah. Masih dapat berjimat. 


Kalau ada budget lebih, boleh juga gunakan biskut roll macam ni



Atau pun garfu.



Mungkin agak messy kalau tetamu cilik yang ambil tempat. Tapi perkara macam ni la yang akan dapat menyuntikkan element unik dalam majlis perkahwinan tu nanti.



Idea yang bagus. Mungkin nak gunakan idea ni untuk birthday Dyzhwar nanti kalau ada rezeki

Semua gambar adalah daripada pinterest. 


11 April 2012

04 February, 2013

Lagi Idea Praktikal yang Ringkas

Salam dan hai

Lagi kemas kini ringkas

Idea untuk bakal pengantin yang mungkin memikirkan macam mana nak abadikan gambar dayang-dayang mereka





Ni pulak untuk mereka yang nak personalize veil. Tapi ni idea Hidden Mickey.. Mungkin boleh jadi hidden heart shape ke



Yang ni, flower chandelier.. mampuuu..??


Idea terakhir ni dah biasa juga dilihat, sama ada mediumnya adalah tshirt atau jubah mandi, cuma ni lebih praktikal pasal boleh digunakan walaupun selepas hari majlis





Gambar dibawah ni saje letak pasal comel



4 Februari 2013

31 January, 2013

Perincian pada yang Paling Kecil

Salam dan hai


Hari ni, nak kongsi dengan pembaca blog, dua idea perincian yang cantik di bawah.

Wedding date on your wedding dress. Cantik untuk abadikan tarikh majlis dengan cara yang unik. Dah tak perlu nak pakai chalkboard ke, poster ke. Lebih simple, tapi menarik dan unik.



atau pun ayat-ayat jiwang pun boleh.



Untuk pengantin lelaki pun ada ideanya



Letakkan brooch pada penghujung bunga tangan. Dah tak perlu asyik nampak penghujung tangkai bunga yang dipotong lagi.




Iklan: Banyak kali dah terfikir nak letakkan aje baju nikah jadi kenang-kenangan macam ni, tapi masih berfikiran positif, boleh kembali ke badan anak dara--boleh?





31 Januari 2013

16 January, 2013

Muffin Tentera

Salam dan hai

Saya terjumpa gambar deko muffin ni dan rasa nak kongsi dalam blog. 

Untuk perkahwinan dengan pasangan tentera, mufin deko macam ni sangat cantik pada mata saya pasal sangat kena dengan tema



Nak buat aising tiga warna macam ni pun mudah.  Boleh ikut teknik daripada blog ini: Goodlifeeats







Sesiapa nak cuba?



16 Januari 2013

07 January, 2013

Together Since..

Salam dan hai

Cuci mata pagi ni dengan gambar yang comel ni.





7 Januari 2013