13 Ogos 2009 Salam dan hai..
Perbualan minggu ini
Kawan A: Aku nk tunang tau lepas raya ni!
Xora: Fuiyoo! serius?? Tahniah!!!
Kawan A: Nanti masa majlis tu, mungkin mak sarungkan cincin
Xora: Memang la mak yang sarungkan cincin. Takkan ko pulak!?
Kawan A: Bukan. Maksud aku, mak dia sarungkan cincin kat aku
Xora: Jap2. Ko kan lelaki, ngapa mak dia nak sarungkan cincin kat ko?? Bukan mak ko ke sarungkan cincin kat awek ko?
Kawan A: Memang la. Tapi nanti, mak dia pun sarungkan cincin kat aku. Mak aku sarungkan cincin kat dia.
Xora: Adat apa pulak ni?
Kawan A: Ala dunia dah maju, adat pun boleh berubah
Xora: Kan cincin disarung tanda merisik. Kiranya ko pun dirisik ke?
Kawan A: Ala takde hal la sekarang ni. Ko ni tak ikut peredaran zaman la
..bersambung
Ok, terlebih dahulu, minta maaflye kalau post kali ni ada buat hati yang terasa. Hal berkenaan menyarung cincin kepada pihak lelaki.
Mungkin "trend" ni semakin menular dalam budaya orang Melayu kita. Serius saya kurang faham macam mana boleh menular. Yang saya tau, masa Aidil Aman Ramli tunang dengan Emilda, tak silap dia (Aidil) disarungkan cincin tanda pertunangan.
Betulkan saya jika saya salah tentang contoh di atas.
Tapi dari sudut pandangan saya, "trend" ni semacam tak kena.
Jika dulu, kalau rombongan lelaki datang merisik, takkan ada si teruna ikut dalam rombongan. Tapi zaman skrang, mesti akan ikut. Paling kuat pun, ikut tapi takde la masuk dalam rumah masa sesi perbincangan. Logiknya, iye la skrang ni pasangan asal negeri berlainan. Kiranya tugas teruna menunjukkan jalan ke rumah si gadis. Untuk logik itu, masih boleh diterima pakai kehadiran si teruna. Lagipun, rata-rata zaman skrang, lepas majlis mesti ada sesi fotography bersama tunang. Jadi semestinya kehadiran si teruna penting! Kenangan tu..!
Tapi saya rasa semacam kurang manis kalau si teruna datang, siap berbaju melayu, sedondon pulak tu dengan si gadis. Kadang-kadang siap berpelamin mini mengalahkan orang yang nikah, bertiara di kepala bagai ratu Jordan (kalau cekak butterfly masih saya boleh diterima). Duduk sebelah-sebelah bergambar. Mungkin saya adalah 1 dalam 1000 yang membangkang hal ni. 999 mengatakan "tak apa. Apa salahnya". Memang skrang ini pun dikira "trend".
Satu aje soalan mesti terfikir kat kepala saya
"diorang ni tunang ke nikah?"
Semacam ilang seri. Kalau ini tunang, nikahnya bagaimana pulak?
Maaf kalau ada yang terasa.
Pilihan masing-masing.
Ada duit, apa salahnya. Bukan kacau duit kau pun kan?
"Trend" yang ntah dari mana kita serap dalam budaya kita dan asalkan diterima pakai oleh sanak saudara, bagi kita, tak patut timbul masalah.
Saya rasa, saya masih boleh paksa diri terima keadaan jangan terperanjat kalau bertunang pakai baju sama. Pelamin mini masih diterima.
Cuma bila sudah sampai "trend" mak pihak perempuan sarungkan cincin pada si teruna, bagi saya, tu dah melampau sangat rentasi adat.
Memang adat tu dicipta oleh manusia sendiri. Anak generasi kita yang menyambung tradisi dan adat ini. Tapi bagi saya, menyarung cincin kepada si teruna pada hari pertunangan,bukanlah satu adat yang saya akan promosikan. "Trend" yang serba tak kena pada mata saya. Pada hati saya.
Harap "Trend" semacam ini tidak akan menjalar dalam komuniti orang Melayu kita.
Biarlah hanya sigadis dirisik.Kan lebih manis? lebih santun? Ada adatnya, ada moleknya... Tapi mungkin sekarang ni pihak lelaki pun nak merasa disarungkan cincin pulak kot?
.. sambungan dari perbualan di atas
Xora: So, kiranya wang hantaran berapa ko dapat?
Kawan A: Mana ada lelaki terima wang hantaran! Adat apa ko ikut ni...
Xora: Ala sarung cincin kat lelaki masa tunang pun bukan ada kita, tapi ko buat aje. Jadi, baik ko minta wang hantaran la juga, dah alang-alang langgar adat.
Kawan A: (..diam)

Xora: (dalam ati--ha amik ko!!!)
Rukun nikah memang la mudah, tapi adat tu yang mahal.
Mahal ada maksud tu... Mahal ada nilai tu, bang...
7 comments:
haloooss..
ya,roy sgt la bersetuju ngan xora.adat kite semakin hilang ditelan zaman.kite ni kekadang cepat beno terikut2,lg2 klu artis pujaan kite yg buat dulu..
skrg ni org bertunang,lelaki pon sbok nk ikut.siap dok dlm majlis tu lg.pastu siap pakai baju melayu bagai.yg lg latest siap sarung cincin lg tu.ape nk jadi pon x tau la..akan dtg x tau trend mcm mane lg kan..fuhh,dasyat sungguh..
yer aku amat membangkang sesi lelaki disarung cincin. xsilap aku, org indonesia mengamalkan adat neh.tp bkn mak yg sarungkan, pompuan tu sndiri yg sarungkan cincin.same goes to yg pompuan, lelaki tu yg sarungkan cincin.<--kepade mereka2 yg pnh stadi kt saner, betolkan aku jika salah tp ini info yg aku dpt.
Yep... x suka gak laki kena sarung cincin ni. cam x kena je...
and yg pakai baju sedondon tu pon same. kalau lepas majlis dh selesai sume pastu laki tu dtg makan pakai baju biasa je ok gak. yg sedondon ni mcm x sesuai. save la time sanding nanti, ye x..
*just someone passing by*
:)
arrkk.. macam terkena batang idung sendiri.. hehe..
sy pun sebenarnye tak setuju tapi ibu suruh bakal tunang pakai baju melayu time tunang nanti.. alasan ibu, kami tunang nanti time raya.. hari raya ke6.. ibu ayah buat open house sekali.. sebab tu ibu cakap tak pe la bakal tunang pakai baju melayu sekali.. huuu.. time akak tunang dulu, abg ipar pakai kemeja je tapi warna masih sedondon.. hmm tapi time majlis bakal tunang akan duduk dalam kereta je.. bila dah selesai baru jemput makan..
pasal adat sarung cincin lelaki.. sebelah utara memang tak de adat tu.. tapi kawan sebelah pantai timur cakap itu memang adat diorang.. si teruna akan disarungkan cincin oleh bakal ayah mertua..
dalam situasi saya, memang bukan adat family saya utk bagi cincin masa bertunang kepada si teruna.. tapi family sana insist nak ikut adat diorang sebab si teruna tu anak tunggal.. jadinya nak adat semua lengkap.. huuu.. tapi majlis saya nanti, cincin utk si teruna tak disarungkan, cuma di sertakan dalam hantaran..
hihi.. nah dia.. panjang explanation dari ctfza..thanks for the explanation fza. cam tu nye adat pun ada ye? tapi if org tu bukan org pantai timur, tapi ngada2nak ikut orang , camne lak? nak kena babab mereka ni.. as for me, saya nk spotlight hanya pada saya.. camera, tlg fokus hanya pada saya :P
Tiba2 nak komen entry ni plak..:) sypun sangat tak setuju..lagipun masa tu kan lum muhrim lagi ngan mak dia:) Masa mak abah sy merisik, sy duduk umah je sebab sehari sebelum tu tunjuk jalan kat adik. Masa bertunang sy pun tak ikut:) Jadi memang takdelah gambar bertunang ngan dia,hehe..
haha..
pap..terkena kat batang idung..
tapi sarung cincin je la.takde la siap berbaju melayu bagai.n masa perbincangan tu pun,(bakal)tunang xmasuk.cuma masuk time makan2 je.
actually nak bg untuk hantaran je.tapi mak andam suruh sarung jugak kat lelaki..hmmm...and mak pulak yang sarung (belum muhrim..)
takpe la.dah lepas pun.kenangan :)
Post a Comment