Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

04 August, 2009

Pelakon Terhebat


Salam dan hai.

Ini bukan kali pertama dan pastinya bukan kali terakhir.

Saya rasa, semua antara kita pun mesti penah, paling kurang sekali la pun cukup, pura-pura terperanjat bila disampaikan berita gembira, walhal sudah tau perkara tersebut. Tapi atas dasar janji pada seseorang yang lain, harus menunjukkan muka terkejut bila dibertahu sesuatu perkhabaran dari empunya diri.

Makna kata, kita dah berlatih terlebih dahulu untuk memberi reaksi yang dikehendaki.

Rasa puas hati pulak berjaya jadi tali barut kawan :)

Tapi atas alasan yang munasabah.

Mesti dialog macam ni berlaku

XX: aku nak bagitau ko something ni, tapi ko jangan bagitau sapa-sapa tau
Xora: Ha iye la.. Apa dia
XX: Ko nak tau, si YY tu akan tunang tau tau, lagi sebulan tapi ko kena la buat macam terperanjat time dia bagitau ko. Jangan bagitau yang aku dah bagitau ko dulu.
Xora: Ok, boleh boleh..

Maka, menunggu dan menunggu..

Sehingga tarikh diberitahu, saya akan jadi amat excited. Gilernya seronok, siap tepuk tangan, peluk-peluk sikit. Suara pitching bagi tinggi sikit!

Kadang-kadang rasa cam lakonan over-acting

Tapi tak kisah la.

Bagi saya, macam kepuasan pula bila nampak empunya diri tu ceria dan berseri, lepas nampak kita teruja.

Moment sangat berharga.

Samada lambat atau cepat, khabaran tu saya akan tau juga. Kadang-kadang, bila kita dapat perkhabaran gembira daripada seorang kawan, rasa teruja untuk kawan tu, buat kita nak kongsi khabar yang sama dengan orang lain.

Nak kongsi kegembiraan.

Pura-pura terperanjat. haha

Macam anak buah saya Echa, pura-pura terperanjat bila saya sergah, sedangkan dia dah nampak saya terjungkit-jungkit berlari sorok belakang pintu.

Bila disergah, berdekeh ketawa. Konon terperanjat sangat!

Kemudian terlanggar pintu.

Kali ni dengan makayah dia terperanjat!

3 comments:

Acaii Jawe on August 5, 2009 at 8:44 AM said...

Hahahaha jahatt!! tapi rasanya sume orang penah buat kot,hehe.

khairulhaya on August 5, 2009 at 1:02 PM said...

hak3..bagus2.xora da bole menang award kategori pelakon baru terbaik k..

ala roy pon kekadang mcm tu gak.mcm seronok je kan..

pasal tray tu time kasih sbb sudi bkongsi info..

snm | snm on August 10, 2009 at 10:31 AM said...

hehehehehehehee:p

kdg2 buat bila melibatkan org berkepentingan dalam hidup :p

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates