Sesungguhnya, saya bukanlah sumber rujukan setepatnya. Sebabnya? Saya tak melalui proses pembelian rumah. Saya tak tahu dan tiada pengalaman berurusan dengan pihak bank, pihak pemaju atau proses mencari iklan pembinaan rumah baru. Yang saya tahu, beberapa bulan sebelum kami kahwin, D bagitau saya dia dah beli rumah.
terkesima saya waktu tu*
Pasal tu kalau ada kawan-kawan yang bertanya, macam mana nak uruskan hal rumah itu dan ini, saya akan kata, tanya D. Pasal saya memang tak boleh nak jawab pasal langsung tak tahu apa-apa. Kalau nak cari barang IKEA, tu saya tahu hehe.
Pastinya saya ada juga terfikir, rumah ini memang bukan atas nama bersama saya dan D memandangkan rumah itu dibeli sebelum kami berkahwin, jadi memang ada risiko disitu. Kalau orang bermulut jahat, memang mereka boleh katakan apa sahaja untuk goncangkan emosi saya. Cuma yang saya boleh tulis, mendengar isu petang di IKIM.fm memang amat manfaat. Tak perlu untuk saya ulas disini kerana Allah lebih tahu. *Cuma kadang-kadang bila fikir elaun rumah yang saya layak dapat daripada tempat kerja saya, memang hati jadi marah. Haha.
Yang boleh saya katakan disini, pemilihan pembelian rumah, seperti juga mana-mana pilihan yang kita perlu buat sepanjang hidup kita-- ianya berkenaan keputusan. Kita pilih satu jalan di kanan, kita pastinya tak tahu apa kesudahannya di jalan kiri. Kita tak boleh kata pilihan di kanan lebih baik daripada di kiri kerana kita tak tempuhnya. Melainkan kita sanggup berpatah balik dan terokai jalan di sebelah kiri pula.
Redah dan redha :D
Tapi yang pasti, sebelum kita redah dengan keputusan kita, kita kena siapkan segala ilmu yang kita mampu cari. Maka dalam hal rumah ini, saya syorkan kawan-kawan untuk rajin-rajin google tips mencari rumah baru. Setiap artikel yang kamu akan jumpa, akan mencadangkan pelbagai tips dan idea. Perkayakan ilmu kamu tapi jangan sekadar baca dan terima bulat-bulat. Analisis dulu sejauh mana tips tu relevant untuk kamu dan pasangan kerana setiap pasangan keperluan rumahnya berbeza, bergantung kepada gaya hidup, kerjaya, latar belakang keluarga dan macam-macam lagi. Apa yang kriteria dicari pasangan A, mungkin berbeza daripada kriteria yang kamu mahukan, dan pastinya kriteria mereka, bukanlah apa yang kamu cari-carikan.
Perkara penting lagi, jangan sesekali bandingkan rezeki. Seperti juga rezeki anak, rezeki rumah sendiri ni bukan untuk kita banding-bandingkan. Hidup ini untuk dinikmati, bukan untuk kita tandingi. Jangan letakkan kejayaan hidup kita pada pencapaian material. Takkan ke mana halanya.
Dalam post akan datang, saya akan kongsi *harap dapat transfer gambar hujung minggu ni! pengalaman menguruskan kerja rumah buat pengantin baru yang baru berpindah berdua bersama suami tercinta.. Chewah! .. dan memasak untuk berdua memang tidak membazir, bak pendapat Reen dalam {post} dia tu. Dan perasaan tu tak sama dengan memasak masa tinggal dirumah ibu ayah. Serius~!
Saya akhiri post ini dengan kata-kata azimat daripada D "Masuk rumah baru ni, D rasa macam kahwin lagi sekali dengan B. Belanjanya sama banyak aje"
8 April 2011
12 comments:
nice;)
Tahniah Xora for ur new house..xpela xora, people can always said as what they insist to say..yg penting biar kita dan suami sahaja tau..yg +ve perlu diambil pusing yang -ve tu tolak tepi awal2.. :)
sekadar berkongsi tips mudah sebab sy mengalami prosesnya.
1) sy dtg pameran untuk tengok rumah contoh
2) pihak pemaju akan beri borang dan suruh kita isi ( lot mana yg kita pilih)
3) beri dokumen penting (slip gji utk 3 bulan, kwsp thn tersbut, surt komfem kje)
4) mcm sy pemaju yg akan cari bank jd semua mklumat no 4 akan di beri kepada beberapa pihak bank.
5) Mybank luluskan loan.
6) sign agremnt , byr 10% pendahuluan.
sy pon ade dgr pasal isu petang di IKIM! best kan? banyak manfaat especially pasal yg hak2 wanita bagai.. huhu
actually, ade bgs jugak husband xora dengan xora x beli rumah skali.. even org kata cuci kaki pon, ade baiknye. my husband and i pon beli rumah lain2. satu lg tu boley buat sewa kemudiannye.. you'll find the benefits of it later..
Kiki: tang mana nice? :P
Qaseh: hidup mmg kena sntiasa positif kan?
Erinn: terima kasih ye utk tips tu. hrap pembaca lain boleh dapat manfaatnye juga ye?
Aifa: haah suami saya mmg pn fikir cam Aifa & suami. Dia takmo nama saya digunakan pasal nnt kalau nak beli rumah kedua (pasal dia gomen, jadi subjek utk transfer) kalau nak settle down ke, nak invest ke mudah sikit.
nice post xora. sukeee!
Xora: thanks btw. mmg sometimes rasa nak gamble je beli rumah ni. B4 this asik survey je, bila time nak beli mesti ada something else yg kaco mind kite. tu yg susah tu..hihi.
Erin kechiik: eh, thanks ye. bertambah tips utk saye.. caring awk sbb sharing! :-)
congrats xora terus dapat duk rumah sendiri :D happy for u..
za duk kuarters je dulu heheheh :p
Hanya jiran2 yg beli rumah kat situ je yang tahu..
Ye aku lagi..hahaha..
bestnye dah ada rumah sendiri..biarkan je xora org ckp ape pun..
hopefully one day i pun boleh beli landed house area ampang yg murah~~huhu~~
untuk saya... lokasi memang saya akan dapatkan pendapat ayah saya sebab dia secara natural memang pandai bab2 lokasi mana yang bakal naik.
kalau pasal loan..ermm... alhamdulillah, saya dan tunang banker... ada facilities...=)
aku rasa, kisah aku la paling tragis dlm mencari rumah. dari sebelum kahwin, sampai dah kahwin. dah banyak kali kecewa. huh, mau berkarang2 aku tulis.
Post a Comment