Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

01 March, 2011

Perkongsian Mereka: Majlis Keyn



Salam dan hai

Saya suka bila ada blogger/pembaca blog yang sudi hantar emel berkongsi gambar majlis-majlis mereka, kongsi idea-idea DIY yang mereka berjaya realisasikan. Seronok sebenarnya baca keterujaan mereka. Kebelakangan ni, banyak undangan perkahwinan saya gagal nak penuhi. Terlalu padat dengan aktiviti masuk rumah baru. Entah berapa kali saya dan D sampai nak demam-demam uruskan hal perabot, kabinet dan urusan dengan pemaju, tambah lagi dalam keadaan cuaca yang tak mengizinkan. Tapi takpe la, sedikit masa lagi pastinya manis. Yeay..

Ok, kembali pada cerita utama. Bila baca emel diorang ni semua, terasa macam kita kat majlis diorang pula. Walau tak semuanya saya dapat kongsikan dalam blog saya, tapi kepada semua yang pernah emel saya dengan gambar-gambar masing-masing, terima kasih banyak-banyak.

Kali ni, saya nak kongsikan majlis Ashekeyn.

Keyn amat teruja kongsikan semua hasil DIY dia dan saya pula lebih teruja tengok hasilnya.. Tambahan lagi bila idea tu sekadar idea daripada post terdahulu saya, tapi dia berjaya merealisasikannya..

Contohnya, sticker dibawah ni daripada majlis dia.



Idea jalanan dalam post saya yang dulu {
Post}



Menarik kan? Comel, dah la dua-dua pun pakai kereta MyVi. Comel bangat!

Tengok pula gambar bunga manggarnya. Keyn gunakan idea kertas crepe yang dibentuk menjadi kuntuman bunga ros kucup dan 'kahwinkan' dengan bunga manggar biasa.



Tiba-tiba teringat kisah bunga manggar saya dulu {
Post} Adakah ianya kelihatan begini~~ T.T

Bantal hantaran~~ dua-dua belah pakai bantal hantaran DIY. Hebat!





Yang ini pula, Keyn gunakan kreativiti untuk sesuaikan dengan apa yang ada dalam tangannya. Dia kata, tak berjaya dapatkan jubah mandi, jadi dia gunakan sweater yang ada hood, hantar buat sulam. Suka!





Suka tengok hasil DIY pengantin-pengantin. Kalau kemampuan daripada segi tenaga, masa, kreativiti dan ketekunan, jangan berganjak daripada ingin cuba DIY yang pastinya boleh memberikan sentuhan personal pada majlis kamu.

Tak sah la post ni kalau takde gambar pengantin.

Tada~~



Puan mantan pengantin bersama sahabat-sahabatnya. Gambar-gambat diatas, saya ambil daripada blog sahabatnya,
cik Lyna yang sudi berkongsi. Terima kasih Lyna! Kalau nak tengok lebih banyak gambar-gambar sepanjang majlis, boleh klik blog Lyna.

Gambar kat bawah ni saje letak pasal saya rasa comel tengok kat bunting tu, kat bahagian bawah tu biasanya orang cuma letak botol air untuk kasi berat bahagian bawah bunting, tapi dalam gambar di atas, dengan bunting ni pun, ada sentuhan kreatifnya. Hehe



Terima kasih Keyn dan Lyna yang sudi berkongsi cerita dan gambar masing-masing.

Mungkin dalam post akan datang, saya akan masukkan pula majlis perkahwinan lain yang pembaca sudi kongsikan dengan saya.


1 Mac 2011

8 comments:

~ NANA ~ on March 1, 2011 at 9:24 AM said...

tak sabar nak kawen...ngeee~

Xora on March 1, 2011 at 9:26 AM said...

Nana, nnt dah dekat tarikh, kamu akan kata "haa takutnya nak kawin. byk tak siap lagi nih~~ " ;p

ainz on March 1, 2011 at 9:56 AM said...

heee..sy la kwn kpd kwn pgntin tuuu...[padahal kwn jgk ngn pengntin :p]

lovelyadibah on March 1, 2011 at 10:26 AM said...

menarik la yang sulam 2:)nk wt la t:)

thanks xora!

Elya Roza on March 1, 2011 at 10:27 AM said...

yg idea jaket tu menarik laaa!!!~
cuz susah nk cari jubahh mandi niii..uhu

ashekeyn on March 1, 2011 at 10:34 AM said...

Thanx kak xora krna mem'fofular'kn sy skjp kt blog manten n mantan manten tersohor abad ini..d(^^)b
Bunga manggar kes kak xora tu, time sy bce entry tu sbb pun sedey jgk tp mak sy awl2 pesan..'kalu org nk amik, biar jelh..akk jgn jd pngntin kedekut'..-__-
tp dlm hati sy, 'adess..penat nih dok kusyuk pintal2 crepe paper jd ros..uuuuu...'
Tp tibe hari mjlis, ntah mcmana cume dlm 2% je kot bunge mggar yg org copet.. Sy dok pk2 knape org xamik ek?? Maybe sbb..
1) btg cucuk bnga mggr tu agk tinggi sbb xsmpat nk potong buluh.. Jd ttmu xsmpai kot nk capai..huhuhu
2) sbb... Kehkehkeh.. Sy bru teringat yg mlm b4 mjlis sy yg cucuk bnga mggr tu kat betik dgn kakak sy, mungkin trlalu dalam kot cucukan lidi kat buah betik tu, sy mmg susah nk dicabut n bergetah.. (gam dri sumber natural ;) ) im not doing that purposely.. Dh jd bru perasan..
Hihihu

Xora on March 1, 2011 at 10:46 AM said...

Ainz: maka.. kawan kepada kawan pengantin pun kawan blog ni hehehe

adibah & Elya: credit pada keyn gak pasal boleh fikir idea lain yg berguna juga!

Keyn: saya baru igt nak pass kat B2B lepas majlis, tapi kena rembat semuanya takde kenangan dah.. gambar pun takde huaaa~~~ sedih bila igt wakakaka

ashekeyn on March 1, 2011 at 11:00 AM said...

Kak xora prasan x bunge kecik ats meja guest book tu.. Yg colorful tu.. Tu la origami ros yg sy penah komen kat entri kak xora dulu2.. Mmg dh simpan lame pstu time mjlis nk kms2 brg, jumpe balik origami rose tu pstu trus letak je jd deko meja guest book yg xbrape sempat nk hias tu.. Hehe

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates