Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

21 March, 2011

Saya Tak Pasti Macam Mana Nak Mengarang



Salam dan hai

Ok, saya rasa kena letakkan post bagi menjawab tanda tanya kepada keyword dibawah ini.



Rasanya, keyword tu bermula bila blog saya ada menerima komen daripada pembaca yang mengusik tentang saya di akhbar. Memang saya tak buat apa-apa post tentang hal ini. Sebabnya; saya tak tau nak mengarang topik tu bagaimana di blog kahwin ni.

Saya tahu, pasti akan sampai masanya, saya perlu menulis sepatah kata (dalam kes ni beratus patah perkataan) berkenaan hal ni. Tapi saya tak tahu nak mula bagaimana.

Jadi, jalan mudah, saya copy paste apa yang sudah saya tulis di blog peribadi saya, ke sini.

-----------------------------------------------

Salam dan hai

Benda ni dah lama. Cuma tak pasti nak tulis ke tak.

Nak ulas dalam blog kahwin saya tu, rasanya takkan tulis kot. Terasa pelik lak letak gambar sendiri besar-besar, kemudian tak tau nk tulis apa pun.

Erm..

Pasal tu jugak la saya tak nak bising-bising dalam Facebook ke dalam blog kawin ke.. Senyap-senyap aje sudah, itu lebih sesuai. Tapi memandangkan ni blog peribadi dan hanya ada beberapa orang sahaja ada akses, maka lebih senang menulis disini, demi memori akan datang.

Ceritanya bermula pada pagi Ahad bersamaan 13 Mac 2011, suasana yang tenang, ketika burung berkicauan, bebas menari di langit yang biru.. Angin sepoi-sepoi bahasa membelai rambutku yang hitam berkilat ni.. apabila tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi.

Sebelum sempat ku ucapkan salam.. Terus si pemanggil berkata

"HOOI APAHAL PAGI-PAGI AKU KENA TENGOK MUKA KO KENA PENUH SATU MUKA SURAT KHABAR NI HOI!!!!!!"

Ya, itu la dia abang ku yang sulung. Apabile ada dua orang abang, wajiblah biasakan diri dengan kata-kata nista dan suka menganjingkan diri kita.

Ok, sebenarnya dua minggu lepas, ada wartawan daripada Sinar Harian temuramah saya. Ikutkan dah hampir sebulan lebih juga dia ajak jumpa untuk temuramah. Mula-mula, saya rasa cam takut gak, pasal tak kenal. *asyik tengok tv Melodi, terasa cam semua wartawan lazer cam tu kot. Tapi pasal demi menghormati pujukan dia, saya pun fikir OK la, boleh la juga tengok camne wartawan bekerja. Pasal saya rasa macam satu misteri tentang tulisan seorang wartawan pasal mereka ada short form sendiri, jadi nak tengok bagaimana mereka bekerja.

Memandangkan hujung minggu sibuk dengan rumahku yang tercinta..


Kabinet ku sayang~~!!!!! Tak sabar nak masak bersamamuu !!

...Maka sesi temuramah dibuat di pejabat saya pada waktu rehat.

Jumpa Aida ni, macam jumpa wakil agensi suruhanjaya juga. Layan aje cam biasa. Tapi sesi berjalan dengan pantas. Rasanya tak sampai 20 minit dah selesai. Suka cara dia bekerja. Soalannya terang, jelas dan takde bersirat. *tak macam wartawan Melodi

Saya ingatkan jawab soalan wartawan ni susah macam cite Melodi ni, tapi rupanya senang juga. Rasa macam cakap dengan kawan sahaja, yang tengah berborak bercerita pasal blog.

Buat penat aje berlatih menjawab soalan dengan D dulu-dulu masa D berlakon jadi wartawan Melodi

D: "Jadi, Puan Xora ni fikir diri tu dah hebat sangat la nak masuk dalam artikel saya ni?"
x: t@#%!#%!#%!!

Tak suka D jadi wartawan pasal dia lazer. Aida tu tak tanya pun soalan cam tu kat saya!

Cuma sesi bergambar tu aje yang saya gagal--mungkin sudah lama tidak bergambar jadi gagal memberikan kerjasama yang diminta oleh encik jurugambar yang dibawa bersama. Pesanan saya cuma satu "Abang, jadikan saya kurus dalam gambar!!!"

Aida minta saya emelkan beberapa keping gambar majlis, jadi saya pun OK aje la, takde masalah. Saya tidaklah bertanya bila cerita saya akan diterbitkan. Terasa cam gedik dan meminta-minta pulak. Kerja dia, pandai la dia atur waktu.

Esoknya saya terima SMS daripada Aida, bagitau yang sisipan cerita saya akan dimasukkan dalam berita hari Ahad. Saya pun OK aje. Cuma saya sebenarnya tak sure sempat ke tidak artikel tu dikeluarkan pada hari Ahad memandangkan salah saya mengemelkan gambar pada dia sedikit lewat, sudah pun hari Khamis masa tu.

Saya hampir terlupa tentang ini pasal sibuk fikir hal rumah dengan teruja,--sehinggala panggilan halir lintar pagi ahad tu memaki saya diatas.

Sebetulnya, saya cuma telefon ayah, bertanya nak beli surat khabar Sinar Harian ada tak di kedai runcit Bansoon.Tak sangka ayah terus pergi beli pasal masa tu saya sendiri tak pasti berita tu ada atau tidak.

Saya sebenarnya lebih teruja nak baca isi kandungan sisipan tu berbanding nak tengok muka saya pasal saya ada buat dua permintaan pada Aida, minta dia tolong rahsiakan dan membaca artikel tu tanpa ada dua rahsia tu tertulis, betul-betul buat saya rasa lega. Lega sangat-sangat. Dia pegang pada janji, tak cam wartawan Melodi.

Lepas tu baru tengok muka sendiri--perasaan.. YES AKU NAMPAK KURUS.

Ye itu sahaja yang penting bagi saya masa tu. Bukan kisah saya atau gambar saya masuk surat khabar. Tapi saya nak tengok pengolahan sisipan yang Aida tuliskan bagaimana. Setiap apa yang saya kata, itu yang keluar dalam sisipan tu. Takde yang kurang atau lebih -- itu lebih penting.

Saya tak bangkitkan pun hal ni dalam blog kawin, pasal saya ingat takde siapa yang perasan. Tapi bila ada dua tiga orang hantar komen dan emel mengusik, terasa alamak~~ diorang perasan ke aku!! Siap dengan D pun kena usik kat pejabat dia.

Ada seorang blogger pengantin yang berbesar hati menulis tentang saya masuk surat khabar walaupun saya sendiri tak berkesempatan tulis sebelum dia.
Cik Ms. Puteri . Terima kasih banyak-banyak, sudi menyelitkan kisah ni dalam blog kamu :)

Ni gambar di bawah saya amik daripada blog dia memandangkan saya terasa pelik nak amik gambar sendiri dan letak dalam blog kahwin tu. Saya print screen aje daripada blog dia.







Sebenarnya, saya membayangkan saya akan menjerit-jerit tengok muka sendiri dalam surat khabar, teruja snap gambar sendiri dan cepat-cepat letak dalam blog, macam blogger lain selalu buat bila diorang masuk dalam majalah/ suratkhabar.

Tapi bila benda ni berlaku, saya cuma berminat nak baca isi kandungan sisipan itu sahaja. Mungkin saya rasa pengiktirafan isi kandungannya adalah lebih penting berbanding rupa sisipan itu sendiri, bukan tentang berapa banyak gambar saya di dalamnya. Nilai artikel adalah pada penulisan, itu pendapat saya. Maka pengiktirafan adalah kepada wartawan itu sendiri yang bersusah payah mencari bahan penulisan untuk pembacanya. Penat aje wartawan tu temuramah kalau saya tak baca apa yang ditulisnya.

Walaupun isi kandungannya yang penting bagi saya, tapi memang tak dapat halang bila gambar saya jadi pilihan untuk dicerca oleh kawan-kawan rapat saya. hehe.

Laling kata "sampai hati kan ko pose cam tu untuk surat khabar? very the gedik" -- Ok tu memang bukan ayat sebutir-sebutir yang Laling kata, tapi lebih kurang la cam tu. Bila saya tunjuk pada Fieza, komen dia "Ko pehal nak posing gedik macam tuh? baget nak masuk URTV ke apa?" Ni belum tunjuk kat Nity lagi. Entah-entah, dia tengok, terus dia remove aku daripada friendlist Facebook dia kot!!?? Harus la mereka gelakkan saya, pasal mereka kenal saya sangat, sangat bukan jenis yang akan letak gambar posing sebegini dalam profile saya. Jadi lihat gambar macam ni, memang jalan mudah la nak bahan saya. Saya pun gelak tengok posing saya macam ni. *Ko fikir apa masa ni hoi!!



.. dan saat melihat gambar tu, saya berkata pada diri sendiri

"HOI HAPA KO INGAT SURAT KHABAR NI KO NAK POSE CAM GAMBAR PROFILE FACEBOOK KE HAPA??!!"

Dalam hujah mempertahankan diri saya, saya berkata "
Abang jurugambar tu amik banyak gambar, ada gak yang buat-buat macam tengah tulis blog bagai. Tapi yang jadi pilihan gambar yang ni, tak apa la. Yang penting, dia berjaya jadikan saya kurus dalam gambar"


Nota kaki: walaupun tak amik gambar surat khabar tu, tapi saya beli dua naskah. Nak framekan nanti. Hehe



-----------------------------

Sekian.

Terima kasih kepada mereka yang sudi menghantar emel berkenaan sisipan akhbar ni. Kepada Aida, terima kasih kerana berpegang pada janji kita. Saya hargai sangat-sangat. Terima kasih untuk kesudian kamu menulis sisipan cerita blog ini yang akan saya simpan untuk kenangan masa hadapan. Saya hargai sangat-sangat jasa kamu.

Nota 1: dengar berita pagi tadi kat TV3, seorang ahli mufti Perlis kata, bernikah di masjid menyerupai upacara berkahwin di gereja oleh orang Kristian??!! Apa?? Tunggu komen mufti Selangor pula la.

Nota 2: Pada mereka yang hantar emel untuk permintaan kertas kerja, InsyaAllah malam ni saya akan balas. Maaf ye kena menunggu sedikit.




21 March 2011



33 comments:

rinn kechiik on March 21, 2011 at 9:15 AM said...

wahhh!!! hebat lah akak. heheee

NoRr on March 21, 2011 at 9:17 AM said...

xora, i'm so proud of u... u go girl!!

Lala on March 21, 2011 at 9:18 AM said...

xora!! kamu sgt humble!! sangat suka!!

Anonymous said...

xora! proud of u, dear...sangat humble la..bangga sangat jadi kawan maya kamu!!

harzharun on March 21, 2011 at 9:30 AM said...

babe...hahaha..gelak lu..lama x komen2 sini....keluar psal ni terus i rajin nak komen...

xtau pun u masuk paper!..kalo i tau i gi cari paper tu..& xde pulak i tbaca kawan2 lain buat review sal ni...

apa2 pun, terus menulis ya!

Mysarah Rahman on March 21, 2011 at 9:34 AM said...

xora boleh tak kalo tak nak komen pasal paper tu? haha

kitchen kabinet tu lawoooo. putih is always my favy (selain merah of course). kalo tak keberatan boleh tak email me the cost for the cabinet? memang suka

my_smyles85@yahoo.com

thanks in advance :)

Xora on March 21, 2011 at 9:39 AM said...

Dear all: segan kot muka penuh 1 page.. ingatkan sipi2, cam selalu saya buat dalam blog ni hehe. terima kasih semua.

Mysarah: boleh!!! teruja sangat tau pasal rumah.. nanti saya emel kat kamu malam karang ye, ada benda nak kongsi gak pasal rumah. kat opis takleh bukak emel :P

~ NANA ~ on March 21, 2011 at 10:08 AM said...

wahh bestnye...tp betol blog xora byk bg idea kat B2B mcm i ni :)

Elya Roza on March 21, 2011 at 10:20 AM said...

alaa..tak sempat nk belii!!
xora lepa sni nak signnnnnn :D

idafirdausi on March 21, 2011 at 10:37 AM said...

hehehhee.. saya pown kenal akak coz incik tunang belikan suratkabar tu..

pssstt.. sayalah yang email akak aritu, and tak sangka akak ni humble! sangat-sangat suka dapat kenal ngan akak... ^_^

puteriraifana on March 21, 2011 at 10:58 AM said...

baru dapat tengok xora betul2. sampai eh, xora ke kat depan 2...hehe...selama nie nampak sipi2 aje..hee

lovelyadibah on March 21, 2011 at 11:00 AM said...

wah!!!xora mmg hebat!!:)suka sangat!!

Reen Tart Nenas on March 21, 2011 at 11:46 AM said...

geliiiiii

Bushra Tajuddin on March 21, 2011 at 12:28 PM said...

Alaaa... nape taktau. kalo x, bole grab satu paper.. congrats xora!

*tetiba rase excited xora masuk paper.. kekekeke.. :D

Xora on March 21, 2011 at 12:36 PM said...

Dear all: segan pula nak bagitau awal-awal, macam "motif ko nak gebang awal-awal pehal xora?" pasal tu senyap2 aje, supaya tidak dikesan :P

reen: Geli bukan??!! Itu la.. tak hamek english edukesyeeenn *buat tangan Usop

Cik Una on March 21, 2011 at 1:36 PM said...

tahniah..baru ni dpt tgk btl2 muka xora..hehe... :)

Byzura Mj (By) on March 21, 2011 at 2:56 PM said...

pergh glamer skang :D pas ni masuk NONA lak :))

Unknown on March 21, 2011 at 3:17 PM said...

salam xora! nampak sweet sangat dlm sina tu. ayu gituu! hehe

"cikkin" on March 21, 2011 at 4:24 PM said...

wah..tahniah sis..hebat laa masuk paper..tp mmg akak inspired ramai b2b bloggers pon..mmg patut pon..hihi..=)

hazlynda kushairi on March 21, 2011 at 4:53 PM said...

puan xora paling hebat!
kenapa la sy tak perasan akhbar tu? pasti dah beli n tunjuk pada anasir² luar bahawa menulis di blog itu pasti boleh berjaya.
im so proud of u bebeh.
eh jap, mana ade gemok daaa!!

Nadia H. on March 21, 2011 at 6:10 PM said...

Tahniah Xora!

Gambar tak gedik, tapi comel..lembut je air muka xora ni rupanya..patutla ayat2 kat blog semua pun yang sedap-sedap di baca..

Harap2 xora takkan berhenti menulis sebab kitorang semua suka baca blog xora.

(^_^)

Unknown on March 21, 2011 at 7:28 PM said...

glamer u =)

confirm dia on March 22, 2011 at 4:45 PM said...

tahniah zora!!!
idea kamu amat dinanti2kan..all da best..

Unknown on March 22, 2011 at 8:40 PM said...

xora,paper tue on my wedding day..but then esknye waktu kemas2 rumah adik tanye,kak ade bce paper smlm x??yg dlm paper tue blogger jgk,bkn kawan kakak ke??hehe..trs excited giler cari paper tue,tp xjmpe.but then nsb bek adik jmpe.tp dh agak lunyai.nsb dpt gak bace n tgk gambar xora smbl tersenyum sndri.hihi.xora hebat n humble!!!

eidA on March 22, 2011 at 11:13 PM said...

hebat la kak xora..tp blog akak mmg best..very humble..
kalau bgtau awal2..leh beli..hee

eidA on March 22, 2011 at 11:15 PM said...

waa..hebat...hebat..suka baca blog akak..very humble..
em,,kalau bgtau awal2..ley bli gak paper tu..hee

LumutHijau on March 23, 2011 at 12:11 AM said...

Hadoi... Kenape la saya tak tergerak nak beli surat khabar hari Ahad lepas. Kalau tak, boleh buat koleksi senarai rujukan di rumah... =(

LumutHijau on March 23, 2011 at 12:11 AM said...

Ala.... Kenape la saya tak tergerak nak beli surat khabar hari Ahad lepas. Kalau tak, boleh buat koleksi dalam senarai rujukan... Hua!!! Sedih3!!!! =(

hana yoriee on March 23, 2011 at 8:48 PM said...

waaahh..congrats xora!! =)

Acaii Jawe on March 25, 2011 at 12:40 PM said...

Waaaaaaa ixa dah jadi celebriti. Harap masih dapat terus berkawan ye,hihii :P

chiq jah on March 28, 2011 at 12:17 PM said...

waaa glemer abis!cayalah~

Aty Fared on March 29, 2011 at 4:29 PM said...

waaaahh..syiok nyer muker terpampang kat srat kabar... kat blog susah nak tengok xora..:)

Izzatul Azma on May 7, 2011 at 11:08 AM said...

Xora!! Bila ada link kat tepi tu, baru saya tau blog kamu ada keluar paper. Hebat. Hihi

Thanx sebab selalu reply je emel saya yang banyak bertanya itu ini.

-Izzatul

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates