Salam dan hai
Post pertama untuk tahun 2011 saya mulakan dengan aktiviti kami selepas dua bulan berkahwin dalam mod segera
1. Bridal shower untuk Nailah-- bakal pengantin baru (tahun lepas :P hihi)
Hadiah sedikit diluar batasan, atas ehsan idea K.Nadzrah.
2. Majlis nikah Nailah yang membuatkan saya berada dalam keadaan kekeliruan.
Pasal pengantin, tetamu, ibu pengantin, kawan-kawan rapat pengantin--semua menangis. Jadi saya tak tahu nak buat apa masa ini, nak tenangkan pengantin atau tetamu yang menangis. Sampai gambar pun saya tak menyempat nak ambil dengan pengantin pasal semua orang menangis, jadi saya tak mo jadi perosak suasana bila saya sorang sahaja terkinja bergembira.
3. Majlis resepsi Nailah di Dewan MBSA.
Ingatkan pengantin datang lewat, tapi kami yang tetamu ini pula yang datang lewat. Dah terkebil-kebil kat pintu masuk pasal masa tiba, tengah bacaan doa. Hehe.
Amat suka tengkolok Selangor! (Ye Nailah, kamu juga amat cantik)
Ini sahaja satu-satu gambar deko dewan yang saya dapat tangkap (tak sempat tangkap pasal asyik borak dengan Chika)
Merasa nak pakai semula baju sanding hari tu. Tapi hanya kebaya lace tu sahaja, yang dress songket saya gantikan dengan dress daripada satin.
4. Berehat di Cyberview Lodge, Cyberjaya.
Dekat yang amat. Pergi Puchong pun lagi jauh. Pernah ke sini sekali sahaja masa buat spa {Post}, tapi baru ini ada peluang masuk ke bilik challet. Memandangkan tarikh voucher dah nak tamat, kami pergi juga walau sama dengan Hari Natal.
Memang best sangat fasiliti kat sini. Semuanya ada. Tak tahu apa yang tak ada. Daripada sejadah, jubah mandi, selipar, set toiletries lengkap semuanya, hair dryer boleh bawa lari, papan sterika, pantry macam dapur rumah.
Ada meja komputer dengan Internet. Jadi D asyik tengok Fantasy Football dia sahaja.
Voucher ini datang sekali dengan pakej spa di Sembunyi Spa. Cuma kali ini, pakej pasangan, berurut selama satu jam dan disudahi dengan makan malam atau makan tengah hari, ikut pada waktu sesi pelanggan.
Memandangkan sesi kami petang, jadi kami ambil makan malam. Rilek sangat.
D diawal pagi hari esoknya, konon nak cuba makan biji kelapa sawit.
5. Saya budak baru belajar
Terima kasih kepada semua bekas penyewa barang-barang saya! Maaf kalau ada yang kurang.
6. Rumah baru
Masih gigih nak uruskan segala apa yang patut untuk rumah kami. Jiran-jiran pun dah ramai masuk, jadi takde la takut sangat nak berpindah. D pakai baju jersi lama bola sepak Malaysia sempena meraikan kemenangan Malaysia ke atas Indonesia.
Kalau saya ada melangkau hari penulisan saya, bermakna saya sedang menjalani kehidupan harian saya yang normal.
3 Januari 2011
16 comments:
wah, dh dua bulan dh xora kawen..cepatnya masa berlalu!
cntiknye pelamin kawan awk itu!!!
ok dah baca :)
2 bulan ye..macam baru je jumpa xora :p
sorry kalau soalan sedikit berbentuk privacy..
xora beli rumah kat mane? rumah baru ke? saya sedang mencari2 rumah ni.. kalau boleh nk cari kwsn perumahan baru..
boleh share?
thanks=)
Wahh! dah dua bulan yea.. tahniah! semoga terus bahagia dunia akhirat yea xora ;)
Dear all, hah pejam celik eh eh dah dua bulan kawin. rasa macma cepat sgt masa berlalu :) terima kasih utk semua ucapan ya. Lisa, kembang nailah dgn pujian tu heheh. buat Saya, survey rumah ini lebih susah daripada survey vendor majlis kawin. takpe buat perlahan-lahan, nanti akan jumpa yg diidamkan juga.maaf ya, saya tak kongsi secara terbuka. mungkin kalau ada yg saya boleh tlg, kamu boleh emel saya ya.
XORA BERADA DI BLOG LIST KELAB SAINS RUMAHTANGGA BLOG MIZZ SUE..HIHI
http://suhaidasupalio.blogspot.com/2010/11/majlis-persandingan-xora-dzul.html
tumpang happy bace cerita xora n rumah baru! semoga kebahagiaan milik anda berdua selamanya..ameen....sudah 2bulan berkahwin..wahh cpt mase berlalu!
xora..mmg cepat waktu berlalu kalau dah lps majlis..
nanti bila dah pregnant, lagi cepat..eh..dah nak bersalin..huhu..
apa2 pun..jg rumahtangga baik2..dan kalau ada yg x stj, jgn sampai calarkan hati masing2 tau..
cyberview lodge tu you dapat voucher kat mana.. boleh share tak?
macam best nak try... :D
sedikit kembang dgn pujian pelamin tu. ehhehe. terima kasih atas pujian utk pelamin. :D
xora: xde ke gmbr kita yg muke agak2 senonoh sikit? isk..isk.. :(
salam xora..:) owh,mcm kenal jer angpow hijau tu..hehehe..bantal nikah kamu mmg superb..take care dear :)
Mizz Sue: terima kasih! saya dah link kan ulasan majlis kamu :p
Ena: tu la psal. Kejap sgt!
Ryna: InsyaAllah :D
Aurinh: saya dapat daripada opis, jadi tak tau kalau boleh beli terus daripada cyberview lodge atau tak. mungkin kamu boleh call mereka?
Anony: TU la Nailah.. takde gambar kita dgn kamu. Semuaorang nangis, kita takut nak minta amik gambar.
Siti: best kan duduk. best gak buat tidur tu hehe
2 bulan da ye xora..cepatnye mase berlalu..hikhik..weh, rumah baru tu kat mane?
Post a Comment