1 September 2009 Salam dan hai..
Sila lihat ticker wedding di sebelah. Lagi 3 minggu 4 hari seorang BFF saya akan menjadi isteri yang solehah (insyaAllah--walau tengok gaya, dia amat garang dan suka melawan)..
Maka pada hari ahad yang lepas, saya dan seorang lagi kawan baik saya pergi ke rumah dia untuk menjalani sesi kerah tenaga membuat hadiah untuk VIP.
Rasanya, mana-mana sesi DIY pun, sejam pertama dihabiskan untuk cari idea dan draft idea. Habis diselak semua majalah pengantin, cari kesesuaian yang dikehendaki oleh bakal pengantin. Jam berikutnya, mencari rentak nak buat. Hanya selepas jam ketiga, kemahiran sudah datang.
Akhirnya, ini yang telah berjaya kami ciptakan. Gulung-gulung riben bagi jadi cam ni rupanya~~
Net pink berisi potpurri. Kami berjaya siapkan lebih kurang 8 uncang-- Another 142 to go~~!!! *pitam
Masa saya buat ni, perbualan di bawah mengambil tempat
Saya: Nanti aku kahwin, agak-agak ko akan tolong aku tak?
Dia: Mestila InsyaAllah ku tolong. Tapi if aku tengah preganant, ko datang la bawa barang, nanti aku tolong"
Saya: Sebab aku tengok pattern kawan-kawan kita yang dah kawin, lepas kawin dah tak jumpa-jumpa dah. Memang la tau tanggungjawab tu dah ke arah lain. Tapi masa nak minta tolong tu, bukan main baik minta.
Dia: InsyaAllah aku tak cam tu.. Aku tolong aku tolong.
Ko tak tolong Kawan, aku jadikan blog ni bukti tau!!!~~ :P Hihihi..
1 comments:
boley laa aku upah ko wat doorgift
Post a Comment